SABAR ITU INDAH
"Bersabarlah..." Erti lainnya, "Bertahanlah.." Ujian datang bertimpa-timpa, siapalah yang tidak runtun hatinya, bagai hendak menghamburkan segala sesak yang bersarang di dada, selepas satu, datang satu lagi, baru hendak menghela nafas lega tiba lagi ujian, sudahlah jatuh ditimpa tangga pula. Pasti wujud rasa putus asa, terbeban, rasa tidak kuat untuk teruskan, andailah semua ini segera berakhir. Memang benci dan muak mendengar perkataan 'sabar'! Tetapi itulah yang perlu kita lalui dalam kehidupan ini. Ujian itu tanda Allah kasih dan ingat akan kita. Allah hendak menghadiahkan pelangi setelah hujan. Sabar itu indah, meskipun payah..itulah perjuangan diri untuk tetap bertabah supaya tidak mudah melatah dengan ujian. Sabar itu separuh dari iman..agar tidak terperosok dengan perasaan putus asa dari rahmat Allah, kerana sabar itu adalah mentaati perintah Allah. Meskipun ujian silih berganti, hadapilah dengan sabar dan tenang, kerana sesungguhnya orang yang bersa