Sembang LIVE SOCMED


Pernah tak menyembang LIVE tapi orang tak ada penonton, terus patah hati, stop live?
Heee.. Elil Husna selalu kecewa di FB! Ahhaha.. tapi demi personal branding EH beralih LIVE di Tiktok, di Tiktok sentiasa akan ada penonton baru dan rasa lebih selesa untuk bawa watak tersendiri. EH masih proses melatih diri sebab sejenis gelabah.



Yang dalam gambar ni, team marketing ELZHA.
Tu dia 3 sekaligus screen dia.

Jom kita cerita sikit tentang LIVE! Secara ringkas je lah ya..
LIVE di sosial media ni kami gunakan tujuan untuk tarik trafik ke laman web dan dalam masa yang sama sebagai awareness dan branding..ini merupakan salah satu cara untuk susun strategi, orang marketing kata “funnel”.
Zaman sekarang, LIVE ni jadi keperluan! Kalau diri sendiri sejenis “camera-shy” maka gajikanlah orang lain untuk bercakap bagi pihak atau sebagai pasukan pemasaran. Hahah, manalah tahu gelabah semacam, tak pun tiba-tiba otak kosong, lidah kelu tak terkata..rasa ramai mata yang memerhati padahal bercakap depan kamera je pun..
😂
Tak ada orang kacau kiri kanan pun, tapi rasa tak keruan. Sekiranya ada keberanian nak live, buat je, pedulikan walaupun view atau penonton yang masuk boleh dikira satu dua.. lama-lama akan peningkat dengan sendirinya. Chaiyokkk bebeh!
Paling syok LIVE di Facebook, Shopee, Instagram, TikTok atau mana-mana platform sosial media ni, kita dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara langsung dengan pelanggan dan pengikut, boleh baca komen dan respon secara terus! Sekarang pun dah boleh jemput penonton untuk masuk sama-sama dalam LIVE kita, nampaklah meriah bersembang. Dalam masa yang sama secara tak langsung LIVE ni sebenarnya dapat mewujudkan hubungan pelanggan yang lebih bermakna tanpa sempadan.
Mungkin akan wujud pengikut yang setia tersendiri, setiap hari akan ada yang ternanti-nanti nak lihat kita berceloteh walaupun hanya di skrin gadget.
Paling penting untuk kita ada tajuk khas atau topik yang menarik, dan buat homework terlebih dahulu sebelum live. Supaya fakta atau maklumat yang ingin disampaikan adalah tepat..dan penonton jelas dengan apa yang sedang kita sampaikan. Tak ada lah syok sendiri atau membosankan penonton.
Eh, panjang pula menulis. Haa.. untuk pemulaan buat je dulu, dalam masa yang sama dari masa ke semasa teruskan mengkaji dan tambah ilmu berkenaan cara nak baca laporan analitik, insights video yang kita boleh tengok waktu puncak live penonton, jumlah jangkauan, berapa banyak orang kongsi (share) dan komen. Dari situ kita tahulah LIVE atau perkongsian yang kita sembangkan tu berkualiti atau tak. Kalau content kita tu diterima baik oleh penonton makanyaaaaaaa, bolehlah kita hasilkan lebih lagi content yang sedemikan, dan kalau sebaliknya, teruskan mencari atau ber-experiment hinggalah kita jumpa yang terbaik!
Acewahhh..cakap macam pakar.. okehh, rasa macam sampai sini je kot.
😂
Jadinya, LIVE di Sosial Media ni adalah salah satu inisiatif pemasaran. Penting untuk kita tahu target audiens kita dan adalah penting untuk kita memahami kebiasaan mereka dan itu akan menjadi kunci untuk dimanfaatkan strategi apa pun.
Kesimpulannya carilah ILMU dan BUAT!
Lebih cantik lagi “bertindak dengan Ilmu”.
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini.

#anugerahkebaikan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?