Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

Berdoalah Setiap Masa


  "Barangsiapa yang ingin dikabulkan doanya oleh Allah ketika dalam keadaan duka, maka perbanyakkanlah berdoa sewaktu dalam kesenangan." (HR Abu Dawut)
Apakah debar ini...
Bagaikan ombak berdebur..

Mana lagi tempat yang tenteram....
Semuanya kusam, gelita...
Mana arah patut dituju..
Rasa tersepit...
Semua menghimpit..
Lelah, hilang arah...
Sambutlah tangan ini..
Tolonglah.. 
Saat ini, langkah kaki longlai,
Memandang langit llahi,
Baru sedar akan keperitan,
Mana kemasyuran, mana teman karib, mana kemewahan..  
Hilang sekelip mata... 
Lalai saat senang.. 
Kini aku dilalaikan juga oleh Penciptaku... 
Semua yang di mata, semua yang cinta, menjadi kebanggaan...
Hilang!!!...
Ya Allah..
Ampunkanlah hamba-Mu ini...
Aku tahu akan kealpaan aku....
Tolonglah aku, ampunilah aku...
Aku tidak kuat menghadapi semua ini...
Allah,
Terangilah aku dengan sinar rahmatmu..
Aku hina, berlumur noda, dosa mewarnaiku...
Aku bersimpuh, menadah, menongkah lagit...
Aku mohon ampunlah aku... 
 p/s: Keangkuhan membawa penderitaan di kemudia hari....

Tips tambahan untuk buat apam polkadots.

Saya jumpa ini dari blok Cik Tom.... Semoga berguna masa nak buat apam polkadot, dot, dot ni ya....

 1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). So cara untuk keraskan filling ialah first panaskan 1 sudu besar butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkn jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem..
2. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.
3. Kukus apam dengan api sederhana. Kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah.
4. Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus.
5. Selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.
 Cik Tom kata >>>*Sesiapa yang nak copy resepi ini dipersilakan. Kalau nak copy masukkan dalam blog/ website, sila nyatakan sumber dari cik tom. Memang sumber asal resepi cik tom ambil dari shell@myresepi. Tapi segala ayat dan tips dalam entry resepi apam polkadot blog cik tom ini telah digubah mengikut kesesuaian, pengalaman dan ayat cik tom sendiri. Terima kasih.
                             p/s: Memikirkan aktiviti seterusnya.

Apam Polkadot

Salam Ukhwah kepada semua rakan pembaca...
~_~  Menjadi kewajiban untuk kita mencari jawapan disebalik persoalan. Di sinilah bermulanya cerita. Maka adalah sesi/fasa mencari, mengkaji, meniliti, mempelajari kemudian mempraktikkannya. Nak di jadikan cerita dan nak kongsi sedikit di ruangan ini, pertama kali saya jumpa makanan ini.

Wah...!! Pelik, menarik, cantik..sayang nak makan. Sampai ke sudah memerah otak fikir macam mana buat benda ni. Sabarnya si pembuat. Sudahlah kecil, banyak pula tu..Amboi, coraknya. Ada muka upin ipin, lebah, rama-rama, kumbang dan pelbagai corak lagi. Mental perlu kuat nak selesaikan buat apam yang comel ni. Huhuhu...
Sabar itu berbaloi... Meh belajar buat apam pokadot...
 /
 /
 / 

Bahan2:


3 biji telur(dari peti sejuk)
 250 gm tpg gandum
 220 gm gula halus 
 150 gm susu segar
 3 sudu teh baking powder
 1 sudu ovellette
 1 sudu esen vanilla/
Filling blueberry/ strawberry/perisa apa-apa (ikut selera inti jemnya) 
 Pewarna (ikut suka)

Cara:
A) 
~Pukul telur,gula dengan ovellete sehingga kembang. Masuk tepung (yang telah diayak bersama baking powder) berselang seli dengan susu segar secara kaup balik.
~Tuangkan adunan dalam mangkuk kertas. Guna acuan kuih lompang untuk acuannya.
~Kukus acuan itu terlebih dahulu selama 20/25 minit.


B)
~Pewarna,ovelet dan susu yg digunakan (botol sos/piping bag untuk mendot-dot). Siapkan mangkuk kertas dalam acuan lompang.
~Pukul telur, gula, ovelette dan esen vanilla sehingga kembang.
~Masukkan separuh mangkuk kertas (adunan yg telah diwarnakan), letakkan jem. Kemudian tambahkan lagi adunan sehingga penuh pcup.
~Setelah itu, dot..dotkan dengan warna kegemaran. (Boleh juga buat pelbagai corak/kretiviti)
~Kukus selama 20minit dengan api yang kecil atau sederhana dan lihat hasilnya. Comel....^_^



 p/s: Sedap dan comel. Tapi jangan makan selalu, banyak pewarna.

Surah As Sajdah

Surah As-Sajdah (سورة السجدة) adalah surat ke-32 dalam Al Qur'an, kitab suci agama Islam. Surat ini terdiri atas 30 ayat dan termasuk golongan surat Makkiyah serta diturunkan sesudah Surah Al-Mu’minun. Dinamakan As Sajdah berhubung pada surat ini terdapat ayat sajdah (sujud), iaitu ayat yang kelima belas. Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.


Terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain itu ditegaskan dasar tauhid dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, di samping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.

Isi Kandungan
1.  Keimanan: Menyatakan bahawa Nabi Muhammad  saw itu benar-benar seorang rasul dan menjelaskan bahawa kepada musyrik Mekah belum pernah diutus seorang rasulpun sebelumnya; menegaskan bahawa Allah Maha Esa, bahawa Dia-lah yang menguasai alam semesta dan Dia-lah yang mengaturnya dengan aturan yang paling sempurna; menyatakan bahawa hari berbangkit benar-benar akan terjadi.

2.    Hukum: Anjuran melakukan sembahyang malam (tahajjud dan witir).

3.  Dan lain-lain: Keterangan mengenai kejadian manusia di dalam rahim dan fasa-fasa yang dilaluinya sampai ia menjadi manusia; penjelasan bagaimana keadaan orang-orang mukmin di dunia dan nikmat serta pahala-pahala yang disediakan Allah bagi mereka di akhirat; kehinaan yang menimpa orang-orang kafir di akhirat dan mereka pada waktu itu meminta supaya dikembalikan saja ke dunia untuk bertaubat dan berbuat kebaikan, tetapi keinginan ini ditolak; keingkaran kaum musyrik terhadap hari berbangkit dan mereka menganggap bahawa hal itu adalah mustahil.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.

1. Banginda tidak akan tidur sebelm membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.
2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.
4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirina semasa ia mati.

Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakkan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut insyaAllah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.

 Credit: WikipediaTulahan
            p/s: Bahawasanya Allah Taala Bermegah, dengan hamba-hambanya yang bangun di tengah malam kerana beribadat...

Doa ketika Berwuduk


Dulu pernah terbaca bahawa ketika berwuduk kalau kita niatkan atau berdoa dalam hati di setiap anggota wuduk yang dikenakan air, insyaAllah akan mendapat pahala dan keberkatan dari Allah swt. Tapi, baca hanya sepintas, maka tidak melekatlah di dalam ingatan ini. Walau macam mana pun masih mengamalkannya dengan bait-bait ayat atau doa yang lain dan baik. Setelah mencari akhirnya saya terjumpa. Mari kita praktikkannya. 


Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati:

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat
 maksiat".

Allah SWT berfirman maksudnya: “Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin lelaki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): Pada hari ini ada berita gembira untukmu, iaitu syurga yang mengalir di bawahnya sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang banyak.”  
(Surah al-Hadid, ayat 12)

p/s: Sesungguhnya bekas air wuduk di wajah kita menjadi penyeri wajah. Segar lepas berwuduk....



Baca Al-Quran Ketika Haid


Banyak persoalan mengenai hal-hal kewanitaan yang berkaitan agama menjadi keraguan kepada ramai wanita i luar sana, malah saya sendiri. Walaupun telah banyak kali diperjelaskan namun masih tetap ada yang bertanya dan kurang pasti mengenainya. Jadi saya kongsikan sedikit bagi menjawab persoalan tersebut.

Soalan:
Bolehkah wanita yang didatangi haid/ sedang haid membaca Al-Quran dan masuk ke dalam masjid?

Jawaban:
Bismillah...
Ulama berselisih pendapat tentang hukum wanita haid yang masuk masjid. Ada yang memperbolehkan dan ada yang melarang. Pendapat yang mendekati kebenaran adalah pendapat yang memperbolehkan wanita haid masuk masjid. Di antara dalilnya adalah:
Dalil pertama: Disebutkan dalam hadis riwayat Bukhari, bahwa di zaman Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam ada seorang wanita berkulit hitam yang tinggal di masjid. Sementara, tidak terdapat keterangan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan wanita ini untuk meninggalkan masjid ketika masa haidnya tiba.
Dalil kedua: Ketika melaksanakan haji, Aisyah mengalami haid. Kemudian, Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan beliau untuk melakukan kegiatan apa pun, sebagaimana yang dilakukan jamaah haji, selain tawaf di Ka’bah. Sisi pengambilan dalil: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam hanya melarang Aisyah untuk tawaf di Ka’bah dan tidak melarang Aisyah untuk masuk masjid. Riwayat ini disebutkan dalam Shahih Bukhari.
Dalil ketiga: Disebutkan dalam Sunan Sa’id bin Manshur, dengan sanad yang sahih, bahwa seorang tabi’in, Atha bin Yasar, berkata, “Saya melihat beberapa sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam duduk-duduk di masjid, sementara ada di antara mereka yang junub. Namun, sebelumnya, mereka berwudhu.” Sisi pemahaman dalil: Ulama meng-qiyas-kan (qiyas:analogi) bahwa status junub sama dengan status haid; sama-sama hadats besar.
Dalil keempat: Diriwayatkan dari Aisyah radhiallahu ‘anha bahwa Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berkata kepadanya, “Ambilkan sajadah untukku di masjid!” Aisyah mengatakan, “Saya sedang haid.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya, haidmu tidak berada di tanganmu.” (HR. Muslim). Sebagian ulama menjadikan hadis ini sebagai dalil tentang bolehnya wanita haid masuk masjid.
Dalil kelima: Tidak terdapat larangan tegas agar wanita haid tidak masuk masjid. Dalil yang dijadikan alasan untuk melarang wanita masuk masjid tidak lepas dari dua keadaan:
1. Tidak tegas menunjukkan larangan tersebut.
2. Sanadnya lemah, sehingga tidak bisa dijadikan dalil.
Allahu a’lam.
Dijawab oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina Konsultasi Syariah).Artikel www.KonsultasiSyariah.com 

                  p/s: Banyak persoalan, banyak penjelasannya, maka semakin bertambahlah kepandaian.

Meraih Pahala Ketika Haid

Wanita yang didatangi haid, selama tempoh haidnya pasti kelihatan letih, tidak bermaya, lebih gemar bersendiri, dan sebagainya. Selalu meletakkan alasan 'aku period' untuk mengelak daripada sebarang aktiviti. Mungkin bersendiri adalah bagus. Tetapi perlulah ada pengisian supaya waktu itu tidak dibiarkan berlalu sia-sia. Barulah diri jadi tambah yakin, kelihatan ceria dan cergas.

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath Al-Bari, wanita pertamay yang didatangi haid adalah bonda kepada seluruh umat manusiaiaitu Hawa, saat beliau dilkeluarkan dari syurga dan menghuni bumi.

Allah berfirman yang bermaksud:
”Demi masa, sesungguhnya manusia itu kerugian, kecuali seorang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar.” 
(Surah al-‘Asr 103: 1-3)


Jadi wanita yang didatangi haid yang membiarkan hari-hari tempoh haidnya begitu sahaja tanpa sebarang pengisian, mereka adalah golongan yang rugi.

Oleh sebab itu, janganlah memasukan diri anda ke dalam golongan yang rugi, penuhi mada yang ada dengan perkara yang bermanfaat sebaik mungkin. Di bawah terdapat beberapa aktiviti yang disarankan, insyaAllah bermanfaat:

1) Selaraskan niat sebagai ibadah.
Lakukan setiap pekerjaan niat kerana Allah swt dan ikhlas kan hatimu. InsyaAllah akan bertambah saham akhirat.

2) Berzikir.
Pelbagai jenis zikir yang boleh diamalkan. Bertasbih, bertahmid, beristghfar, Al-Mathurat, dan sebagainya. Zikir ibarat tali yang sentisa mengikat hati kita kepada Allah. Membuatkan kita rasa semakin hampir dengan Allah.

3) Menambah Ilmu. 
Bacalah buku agama, tafsir Al-Quran, mendengar ceramah keagamaan dan sebagainya. Pasti memberi banyak manfaat dengan pertambahan ilmu ini melahirkan rasa yakin dan bertambah cinta pada Yang Esa.
  
4) Mendekati Al-Quran.
Tidak mampu untuk membaca Al-Quran tidak mengapa, terdapat alternatif lain, dengarlah rakaman Al-Quran. Pada zaman sekarang mudah didapat dalam pelbagai format. Tiada alasan wanita haid tidak boleh solat maka jauh dari Al-Quran.

5) Berbakti kepada orang tua/ berkhidmat kepada suami.
Ikhlaskan hati, rasa seronok dan lapang dada berkhidmat untuk orang lain, yang layak menerima layanan istimewa. Keran selalunya jika tidak didatangi haid kita sibuk beribadah seolah-olah tidak sempat berbakti kepada mereka tersayang. Jadi pada waktu ini adalah sebaiknya dimanfaatkan untuk meluang masa bersama mereka.

6) Memperbanyakkan berdoa.
Wanita yang didatangi haid juga boleh memperbanyakkan doa terutamanya pada waktu-waktu yang mustajab seperti satu pertiga malam, selepas azan, ketika hujan dan sebagainya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pemurah. 

7) Melipatgandakan sedekah.
 Bersedekahlah, dengan wang ringgit, barangan, makanan dan tidak terhad disitu sahaja, kata-kata yang baik juga samalah erti seperti bersedekah, samalah juga mengelak daripada mengumpat dan menfitnah. 

Sama-samlah kita amalkan ilmu ini. Saya sendiri adalah wanita, saya tidak mahu rugi, jadilah usahawan yang tamakkan keuntungan, dan ingin memborong semua peluang dan pahala yang berlipat kali ganda.

Allah berfirman, yang bermaksud: 

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. "
(Surah Al-Ahzab 33:35)

        p/s: Alhamdulillah bertambah lagi ilmu hari ini...

PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA


Semua orang nak kekal cantik dan sihat....Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara/menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta...Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin. Lihat di bawah, baca dan praktikkan. InsyaAllah pasti menjadi..yakin pada Allah...pasang niat yang baik..maka baiklah jadinya. Cubalah....:

  • Udrutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
  • Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
  • Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
  • Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. 
  • Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
  • Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

  • Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  • Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
  • Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
  •  Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
  •  Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
  • Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
  • Amalkan solat tahajud.
  • Sentiasa tenang dan bersikap positif.
  • Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.

    p/s: mesti amalkan ni..untuk kebaikan diri. Kalau badan sihat wajah pun ceria...barulah ada aura..sejuk mata memandang...xyah buang duit nak melawa punya pasal...Sia-sia belaka...

Adab Terhadap Ibu Bapa

Seorang datang menghadap Rasulullah saw dan bertanya:
"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku perlakukan dengan baik? Rasulullah menjawab yang bermaksud: “Ibumu.” Dia bertanya lagi: Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab: “Kemudian Ibumu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab: “Kemudian Ibumu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab lagi: “Kemudian ayahmu.” (Riwayat Muslim)




Adab terhadap ibu bapaTerdapatnya dasar-dasar yang ditetepkan adab terhadap ibu bapa, antaranya:
  • Taai perintah ibu bapa kita dengan saksama.
  • Segera menjawab panggilan mereka.
  • Tidak bermuka masam dalam apa jua keadaan.
  • Tidak keluar ke rumah tanpa izin mereka.
  • Tidak membat keputusan kecualai setelah mendapat izin daripada mereka.
  • Memberikan hadiah kepada mereka pada waktu-waktu tertentu.
  • Memuliakan sahabat mereka.
  • Sabar ketika menjaga mereka jika mereka telah lanjut usia.

Tidak perlu gundah gulana dan bingung jika kita pernah bersikap buruk terhadap ibu bapa kita. Segera bertaubat dan kembali kepada Allah swt.

Firman Allah, bermaksud: Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri mereka, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Zumar:53)

Bertaubatlah dan lakukan kebaikan kepada ibu bapa kita. Hendaklah kita menjada silaturrahim antara dengan keluarga terdekat, nescaya keluarganya akan mencintainya, dperluaskan rezekinya, ditambah umurnya, dan Allah memasukkannya ke dalam syurga yang dijanjikanNya.

Ingatlah wahai sahabat, sehebat  manapun kejayaan kita hubungan dengan ibu bapa mesti dijunjung ingatan. Letakkan dikedudukan tertinggi setelah cinta pada Allah dan rasul kerana sehebat manapun kita menongkah dunia, tidak termampu untuk kita membalas jasa dan tiap titis peluh ibu bapa kita ini untuk membesarkan  dan memberi keselesaan kepada kita.

Ikhlaslah sepenuh hati tanpa meminta balasan, kelak berhadapan Allah swt, InsyaAllah kita dimasukkan ke dalam golongan yang memlakukan kebaikan dan kebajikan. Wallahu a’alm.

   p/s:Tanpa sedar doa ibubapa kitalah yang menjadi kekuatan untuk kita m'hadapi kehidupan ini....

Percaya Diri

Jangan sesekali merasa letih dan berputus asa terhadap sesuatu. Meskipun keinginan tersebut tersekat dengan pelbagai ujian. Kepayahan itu akan membuka pintu kesenangan yang tidak disangka-sangka. Saat itu kepuasan yang tidak terhingga pasti menjelma. 

"Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi."(Yunus:101)

Hebatnya ciptaan Allah, memerhatikan dan menikmati alamnya membuatkn hati tenang, lapang dada. Inilah 'kitab yang terbentang'. Saat itu pasti semangat bangkit dan kian membara. Percayailah diri, bina keyakinan diri, dan perkara utamanya yang jgharus ditanam di lubuk hati+fikiran bahawa sesungguhnya Allah benci pada orang yang mudah berputus asa.
Senyumlah....

Meskipun peluang tampak tipis, tetapi apasalahnya jika kita mencuba sedaya mungkin.
 Kerana tiada siapapun yang tahu apa yang bakal terjadi pada sesaat depan.
Samaada hidup/mati, miskin/kaya, sihat/sakit, gagal/berjaya dan sebagainya.
     





      

      p/s: Malu bertanya sesat jalan, malas masak lapar,malas mandi busuk..huhu..merepek sudah...

Realiti MUka BuKu

 Um, selalunya update status yang mana satu eh????  

Saya rasa saya hot, cun, nak buktikan pada semua orang saya memiliki kecantikkan semulajadi yang Allah kurniakan pada saya....bla,bla,bla...kalau haiwan pandai cakap, apalah agaknya kata haiwan tu ya... 

Janganlah kamu menzalimi diri sendiri...berwaspadalah...!!!

Subhanallah...Sesungguhnya yang baik datagnya dari Allah, yang buruk datangnya dari diri kita sendiri...Sama-samalah kita saling nasihat-menasihati....

     p/s: Setiap kata-kata,kepandaian, perbuatan malah dalam segenap hal pasti akan diuji Allah...Semoga tidak tergolong di kalangan orang-orang yang lalai....

Malaikat Tidak Masuk Rumah?

22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda  
  • Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim. 
  • Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram. 
  • Rumah yang memelihara anjing. 
  • Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya. 
  • Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT. 
  • Rumah yang sering meninggikan suara. 
  • Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.
  • Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
  • Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah.
  • Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
  • Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
  • Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
  • Rumah pemakan riba.
  • Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.
  • Rumah yang memiliki patung-patung. 
  • Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja. 
  • Rumah yang didiami peminum arak. 
  • Rumah yang mempercayai tukang tilik. 
  • Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki. 
  • Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub. 
  • Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ). 
  • Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

    
 Subhanallah, mungkin tnapa kita sedari kita telah melakukan perkara-perkara yang sedemikian, yang menyebabkan kita semakin jauh dari Allah, hati kian hitam, maka bertambah cintalah pada dunia sehingga lalai akan keabadian kehidupan hari depan kita iaitu akhirat. Sekadar peringatan, andai ini menjadi amalan, sebaik-baiknya kita hindari. Mudah-mudahan mendapat keberkatan Allah swt. InsyaAllah...


     p/s: Sedang kita mengejar sesuatu yang bernilai pada padangan mata, tidak tersagka sebenarnya kita terlepas sesuatu yang lebih berharga.

Rakan Yang Setia