Meraih Pahala Ketika Haid
Wanita yang didatangi haid, selama tempoh haidnya pasti kelihatan letih, tidak bermaya, lebih gemar bersendiri, dan sebagainya. Selalu meletakkan alasan 'aku period' untuk mengelak daripada sebarang aktiviti. Mungkin bersendiri adalah bagus. Tetapi perlulah ada pengisian supaya waktu itu tidak dibiarkan berlalu sia-sia. Barulah diri jadi tambah yakin, kelihatan ceria dan cergas.
Menurut Ibn Hajar al-Asqalani
dalam Fath Al-Bari, wanita pertamay yang didatangi haid adalah bonda kepada seluruh
umat manusiaiaitu Hawa, saat beliau dilkeluarkan dari syurga dan menghuni bumi.
Allah berfirman yang bermaksud:
”Demi masa, sesungguhnya manusia itu kerugian, kecuali seorang yang beriman dan
beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar.”
(Surah al-‘Asr 103: 1-3)
Jadi wanita yang didatangi
haid yang membiarkan hari-hari tempoh haidnya begitu sahaja tanpa sebarang
pengisian, mereka adalah golongan yang rugi.
Oleh sebab itu, janganlah
memasukan diri anda ke dalam golongan yang rugi, penuhi mada yang ada dengan perkara
yang bermanfaat sebaik mungkin. Di bawah terdapat beberapa aktiviti yang
disarankan, insyaAllah bermanfaat:
1) Selaraskan niat sebagai
ibadah.
Lakukan setiap pekerjaan niat kerana Allah swt dan ikhlas kan hatimu. InsyaAllah akan bertambah saham akhirat.
Lakukan setiap pekerjaan niat kerana Allah swt dan ikhlas kan hatimu. InsyaAllah akan bertambah saham akhirat.
2) Berzikir.
Pelbagai jenis zikir yang boleh diamalkan. Bertasbih, bertahmid, beristghfar, Al-Mathurat, dan sebagainya. Zikir ibarat tali yang sentisa mengikat hati kita kepada Allah. Membuatkan kita rasa semakin hampir dengan Allah.
3) Menambah Ilmu.
Bacalah buku agama, tafsir Al-Quran, mendengar ceramah keagamaan dan sebagainya. Pasti memberi banyak manfaat dengan pertambahan ilmu ini melahirkan rasa yakin dan bertambah cinta pada Yang Esa.
4) Mendekati Al-Quran.
Tidak mampu untuk membaca Al-Quran tidak mengapa, terdapat alternatif lain, dengarlah rakaman Al-Quran. Pada zaman sekarang mudah didapat dalam pelbagai format. Tiada alasan wanita haid tidak boleh solat maka jauh dari Al-Quran.
5) Berbakti kepada orang tua/ berkhidmat kepada suami.
Ikhlaskan hati, rasa seronok dan lapang dada berkhidmat untuk orang lain, yang layak menerima layanan istimewa. Keran selalunya jika tidak didatangi haid kita sibuk beribadah seolah-olah tidak sempat berbakti kepada mereka tersayang. Jadi pada waktu ini adalah sebaiknya dimanfaatkan untuk meluang masa bersama mereka.
6) Memperbanyakkan berdoa.
Wanita yang didatangi haid juga boleh memperbanyakkan doa terutamanya pada waktu-waktu yang mustajab seperti satu pertiga malam, selepas azan, ketika hujan dan sebagainya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pemurah.
7) Melipatgandakan sedekah.
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam
serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman
serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat
serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta
orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta
orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri
(kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah),
dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang
bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan
yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta
orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki
yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang
menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya
keampunan dan pahala yang besar. "
(Surah Al-Ahzab 33:35)
(Surah Al-Ahzab 33:35)
Ulasan
Catat Ulasan