Doa ketika Berwuduk


Dulu pernah terbaca bahawa ketika berwuduk kalau kita niatkan atau berdoa dalam hati di setiap anggota wuduk yang dikenakan air, insyaAllah akan mendapat pahala dan keberkatan dari Allah swt. Tapi, baca hanya sepintas, maka tidak melekatlah di dalam ingatan ini. Walau macam mana pun masih mengamalkannya dengan bait-bait ayat atau doa yang lain dan baik. Setelah mencari akhirnya saya terjumpa. Mari kita praktikkannya. 


Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati:

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat
 maksiat".

Allah SWT berfirman maksudnya: “Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin lelaki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): Pada hari ini ada berita gembira untukmu, iaitu syurga yang mengalir di bawahnya sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang banyak.”  
(Surah al-Hadid, ayat 12)

p/s: Sesungguhnya bekas air wuduk di wajah kita menjadi penyeri wajah. Segar lepas berwuduk....



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?