Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Berdoalah Setiap Masa

Imej
    "Barangsiapa yang ingin dikabulkan doanya oleh Allah ketika dalam keadaan duka, maka perbanyakkanlah berdoa sewaktu dalam kesenangan." (HR Abu Dawut) Apakah debar ini... Bagaikan ombak berdebur.. Mana lagi tempat yang tenteram.... Semuanya kusam, gelita... Mana arah patut dituju.. Rasa tersepit... Semua menghimpit.. Lelah, hilang arah... Sambutlah tangan ini.. Tolonglah..   Saat ini, langkah kaki longlai, Memandang langit llahi, Baru sedar akan keperitan, Mana kemasyuran, mana teman karib, mana kemewahan..    Hilang sekelip mata. ..  Lalai saat senang..   Kini aku dilalaikan juga oleh Penciptaku...  Semua yang di mata, semua yang cinta, menjadi kebanggaan... Hilang!!!... Ya Allah.. Ampunkanlah hamba-Mu ini... Aku tahu akan kealpaan aku.... Tolonglah aku, ampunilah aku... Aku tidak kuat menghadapi semua ini... Allah, Terangilah aku dengan sinar rahmatmu.. Aku hina,  berlumur noda,  dosa me

Tips tambahan untuk buat apam polkadots.

Imej
Saya jumpa ini dari blok  Cik Tom .... Semoga berguna masa nak buat apam polkadot, dot, dot ni ya....   1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). So cara untuk keraskan filling ialah first panaskan 1 sudu besar butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkn jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem.. 2. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang. 3. Kukus apam dengan api sederhana. Kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah. 4. Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus. 5. Selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap ud

Apam Polkadot

Imej
Salam Ukhwah kepada semua rakan pembaca... ~_~  Menjadi kewajiban untuk kita mencari jawapan disebalik persoalan. Di sinilah bermulanya cerita. Maka adalah sesi/fasa mencari, mengkaji, meniliti, mempelajari kemudian mempraktikkannya. Nak di jadikan cerita dan nak kongsi sedikit di ruangan ini, pertama kali saya jumpa makanan ini. Wah...!! Pelik, menarik, cantik..sayang nak makan. Sampai ke sudah memerah otak fikir macam mana buat benda ni. Sabarnya si pembuat. Sudahlah kecil, banyak pula tu..Amboi, coraknya. Ada muka upin ipin, lebah, rama-rama, kumbang dan pelbagai corak lagi. Mental perlu kuat nak selesaikan buat apam yang comel ni. Huhuhu... Sabar itu berbaloi... Meh belajar buat apam pokadot...  /  /  /  Bahan2: 3 biji telur(dari peti sejuk)   250 gm tpg gandum   220 gm gula halus     150 gm susu segar   3 sudu teh baking powder   1 sudu ovellette   1 sudu esen vanilla/ Filling blueberry/ strawberry / perisa apa-apa (ikut selera inti jemnya)     Pe

Surah As Sajdah

Imej
Surah As-Sajdah   (سورة السجدة)  adalah surat ke-32 dalam  Al Qur'an , kitab suci agama  Islam . Surat ini terdiri atas 30 ayat dan termasuk golongan surat  Makkiyah  serta diturunkan sesudah  Surah Al-Mu’minun . Dinamakan  As Sajdah  berhubung pada surat ini terdapat  ayat sajdah  (sujud), iaitu ayat yang kelima belas. Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak. Terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain itu ditegaskan dasar tauhid dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, di samping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam. Isi Kandungan 1.  Keimanan: Menyatakan bahawa  Nabi Muhammad    saw itu benar-benar seorang  rasul  dan menjelaskan bahawa kepada  musyrik   Mekah  belum pernah diutus seorang rasulpun sebelumnya; menegaskan bahawa  Allah  Maha Esa, bah

Doa ketika Berwuduk

Imej
  Dulu pernah terbaca bahawa ketika berwuduk kalau kita niatkan atau berdoa dalam hati di setiap anggota wuduk yang dikenakan air, insyaAllah akan mendapat pahala dan keberkatan dari Allah swt. Tapi, baca hanya sepintas, maka tidak melekatlah di dalam ingatan ini. Walau macam mana pun masih mengamalkannya dengan bait-bait ayat atau doa yang lain dan baik. Setelah mencari akhirnya saya terjumpa. Mari kita praktikkannya.  Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati: 1. Ketika berkumur , berniatlah kamu de ngan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". 2. Ketika membasuh muka , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". 4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Baca Al-Quran Ketika Haid

Imej
Banyak persoalan mengenai hal-hal kewanitaan yang berkaitan agama menjadi keraguan kepada ramai wanita i luar sana, malah saya sendiri. Walaupun telah banyak kali diperjelaskan namun masih tetap ada yang bertanya dan kurang pasti mengenainya. Jadi saya kongsikan sedikit bagi menjawab persoalan tersebut. Soalan: Bolehkah wanita yang didatangi haid/ sedang haid membaca Al-Quran dan masuk ke dalam masjid? Jawaban: Bismillah... Ulama berselisih pendapat tentang hukum wanita haid yang masuk masjid. Ada yang memperbolehkan dan ada yang melarang.  Pendapat yang mendekati kebenaran adalah pendapat yang memperbolehkan wanita haid masuk masjid . Di antara dalilnya adalah: Dalil pertama : Disebutkan dalam hadis riwayat Bukhari, bahwa di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam  ada seorang wanita berkulit hitam yang tinggal di masjid. Sementara, tidak terdapat keterangan bahwa Nabi  shallallahu ‘alaihi wa sallam  memerintahkan wanita ini untuk meninggalkan masjid ketika masa haidn

Meraih Pahala Ketika Haid

Imej
Wanita yang didatangi haid, selama tempoh haidnya pasti kelihatan letih, tidak bermaya, lebih gemar bersendiri, dan sebagainya. Selalu meletakkan alasan 'aku period' untuk mengelak daripada sebarang aktiviti. Mungkin bersendiri adalah bagus. Tetapi perlulah ada pengisian supaya waktu itu tidak dibiarkan berlalu sia-sia. Barulah diri jadi tambah yakin, kelihatan ceria dan cergas. Menurut Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath Al-Bari, wanita pertamay yang didatangi haid adalah bonda kepada seluruh umat manusiaiaitu Hawa, saat beliau dilkeluarkan dari syurga dan menghuni bumi. Allah berfirman yang bermaksud: ”Demi masa, sesungguhnya manusia itu kerugian, kecuali seorang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar .”  (Surah al-‘Asr 103: 1-3) Jadi wanita yang didatangi haid yang membiarkan hari-hari tempoh haidnya begitu sahaja tanpa sebarang pengisian, mereka adalah golongan yang rugi. Oleh sebab itu, janganlah memasukan diri anda ke da

PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA

Imej
Semua orang nak kekal cantik dan sihat....Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara/menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta...Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin. Lihat di bawah, baca dan praktikkan. InsyaAllah pasti menjadi..yakin pada Allah...pasang niat yang baik..maka baiklah jadinya. Cubalah....: Udrutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari  anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah

Adab Terhadap Ibu Bapa

Imej
Seorang datang menghadap Rasulullah saw dan bertanya: "Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku perlakukan dengan baik? Rasulullah menjawab yang bermaksud: “Ibumu.” Dia bertanya lagi: Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab: “Kemudian Ibumu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab: “Kemudian Ibumu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab lagi: “Kemudian ayahmu.” (Riwayat Muslim) Adab terhadap ibu bapa Terdapatnya dasar-dasar yang ditetepkan adab terhadap ibu bapa, antaranya: Taai perintah ibu bapa kita dengan saksama. Segera menjawab panggilan mereka. Tidak bermuka masam dalam apa jua keadaan. Tidak keluar ke rumah tanpa izin mereka. Tidak membat keputusan kecualai setelah mendapat izin daripada mereka. Memberikan hadiah kepada mereka pada waktu-waktu tertentu. Memuliakan sahabat mereka. Sabar ketika menjaga mereka jika mereka telah lanjut usia. Tidak perlu gundah gulana dan bingung jika kita pernah bersikap buruk ter

Percaya Diri

Imej
Jangan sesekali merasa letih dan berputus asa terhadap sesuatu. Meskipun keinginan tersebut tersekat dengan pelbagai ujian. Kepayahan itu akan membuka pintu kesenangan yang tidak disangka-sangka. Saat itu kepuasan yang tidak terhingga pasti menjelma.  " Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. "(Yunus:101) Hebatnya ciptaan Allah, memerhatikan dan menikmati alamnya membuatkn hati tenang, lapang dada. Inilah 'kitab yang terbentang'. Saat itu pasti semangat bangkit dan kian membara. Percayailah diri, bina keyakinan diri, dan perkara utamanya yang jgharus ditanam di lubuk hati+fikiran bahawa sesungguhnya Allah benci pada orang yang mudah berputus asa. Senyumlah.... Meskipun peluang tampak tipis, tetapi apasalahnya jika kita mencuba sedaya mungkin.  Kerana tiada siapapun yang tahu apa yang bakal terjadi pada sesaat depan. Samaada hidup/mati, miskin/kaya, sihat/sakit, gagal/berjaya dan sebagainya.                            p/s: M

Realiti MUka BuKu

Imej
   Um, selalunya update status yang mana satu eh????   Saya rasa saya hot, cun, nak buktikan pada semua orang saya memiliki kecantikkan semulajadi yang Allah kurniakan pada saya....bla,bla,bla...kalau haiwan pandai cakap, apalah agaknya kata haiwan tu ya...  Janganlah kamu menzalimi diri sendiri... berwaspadalah...!!! Subhanallah...Sesungguhnya yang baik datagnya dari Allah, yang buruk datangnya dari diri kita sendiri...Sama-samalah kita saling nasihat-menasihati....      p/s: Setiap kata-kata,kepandaian, perbuatan malah dalam segenap hal pasti akan diuji Allah...Semoga tidak tergolong di kalangan orang-orang yang lalai....

Malaikat Tidak Masuk Rumah?

Imej
22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda     Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim.   Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.   Rumah yang memelihara anjing.   Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para   Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.   Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain  daripada Allah SWT.   Rumah yang sering meninggikan suara.   Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT   seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti   pinggan dan mangkuk daripada emas. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok,   perokok, penagih dadah. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang  dengan maksiat. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu   bapa. Rumah pemakan riba. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan   r