Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

SOLAT SUNAT KERANA NIKAH

Imej
Mungkin ramai yang melihat sesudah majlis akad nikah kebanyakkan mempelai lelaki akan solat sunat dua rakaat dan ada juga kedua-duanya sekali. Tapi solat apakah yang dilakukannya…? Solat sunat syukur mungkin. Ada juga yang berkata itu adalah solat sunat pengantin atau solat sunat nikah.  [sumber] Adakah solat sunat khusus untuk selepas nikah ya? Menjawab persoalan ini sebenarnya tidak ada solat khusus yg dinamakan solat sunat nikah. Cuma ada hadis Ibn Mas'ud (HR Ibn Abi Syaibah dengan Isnad Hasan) yang menyatakan sunat solat dua raka'at bersama isteri di malam pertama di mana suami menjadi Imam kepada isteri. Tujuan solat itu memohon keberkatan Ilahi supaya sejahtera perkahwinannya dunia dan akhirat. Solat sunat nikah ini boleh dilakukan sejurus selepas nikah atau pada waktu-waktu yang sesuai. Waktu yang terbaik boleh dilakukan solat sunat nikah berjemaah bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami. Riwayat daripada Abu Said, ada menyebutkan

KEUTAMAAN SELAWAT NABI SAW.

Imej
Assalamualaikum sahabat… Pengisian kali ini adalah mengenai KEUTAMAAN SELAWAT NABI SAW. Mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan salah satu penghormatan dan kecintaan seorang muslim terhadap baginda. Selawat ke atas Rasulullah SAW ini dianjurkan di dalam  Al-Quran, sebagaimana fimanNya: “ Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatnya berselawat atas Nabi (dari Allah bererti memberi rahmat dan dari malaikat bererti memohonkan ampunan) Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadaNya.” Mencintai Nabi hendaklah kita dahulukan daripada mencintai diri sendiri dan keluarga. Dengan demikian barulah tergambar kecintaan kita terhadap Allah SWT.  Rasulullah bersabda maksudnya: “Tidaklah, salah seorang dari kamu benar-benar beriman sebelum mencintai melebihi anaknya, orang tuanya dan manusia seluruhnya.” Terdapat keutamaan selawat Nabi SAW, iaitu: 1)       Bersama Nabi Pada Hari Kiamat R

Sambal Ledok

Imej
Assalamualaikum semua… Yuhuu..musim durian datang lagi. Sedapnya durian. Syokkknya makan sehingga menjilat jari. Heeee, tapi tak boleh lah makan semua, simpan sikit buat tempoyak. Di sini saya nak kongsikan satu resepi senang tapi sedap. Alah sama macam sambal tumis tu, bezanya pakai cili api and tambah tempoyak saja. Bahan-bahannya: 7 biji bawang besar (kalau suka bawang banyak, tambah lagi)- Dihiris Segenggam Cili Api (suka pedas, letak lebih) – Ditumbuk bersama kunyit, dikisar pun boleh. ½ sudu serbuk kunyit 4 senduk tempoyak (ikut suka) 3gram Ikan bilis Minyak masak (agak2 lah untuk menumis) Garam secukup rasa Gula (jika perlu) Caranya: 1)       Goreng ikan bilis yang telah dibelah dua sehingga garing. Kemudian angkat. 2)       Tumiskan cili api yang telah ditumbuk/dikisar bersama serbuk kunyit itu tadi sehingga garing. Masukkan bawang yang telah dihiris gaul rata selama 2minit. 3)       Masukkan tempoyak, tambah sedikit air, garam se

SOLAT SUNAT WUDHUK

Imej
Solat sunat wuduk adalah merupakan solat sunat lain. Ia disunatkan selepas seseorang mengambil wuduk.  Tidak ada waktu yang ditetapkan, samaada ‎‎pagi, petang, siang ataupun malam.‎ Solat sunat ini juga tergolong kepada sembahyang ‎sunat muqayyad iaitu ‎sembahyang yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu ‎Solat Sunat Wuduk ‎boleh dilakukan walaupun dalam waktu terlarang untuk melakukan ‎sembahyang sunat.‎ Dalam hal ini al-Nawawi ada menjelaskan, Barangsiapa yang berwuduk menurut sunnah Nabi  shallallahu ‘alaihi wasallam  lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Menurut Humran pembantu ‘Uthman, ‘Uthman pernah menceritakan bahawa Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wasallam  bersabda: Bilal bin Rabah r.a. Dalam hadis riwayat al-Bukhari 4/428 [no 1149]dan Muslim 16/141 [no 6478] :   Maksudnya :         " Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal ketika solat Subuh: Wahai Bilal, ceritakan