Catatan

Lihat Alam Ciptaan Allah

Imej
Assalamualaikum | Selamat Pagi Jika kita terasa resah, hiba dan seakan hendak berputus asa, maka lihatlah alam dan kehidupan lain yang ada di hadapan kita. Allah Maha Sempurna, maka Allah mencipta alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang, maka Allah mencipta alam ini dengan penuh kasih sayang. Allah Maha Bijaksana, maka Allah ciptakan setiap kehidupan ini dengan serba lengkap dan tahu segala kelemahan, kekurangan, keperluan dan kekuatan.  “Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya zahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan.”  (Surah Luqman: 20) Dengan melihat alam dan setiap ciptaan Allah, nescaya akan terbit rasa syukur atas setiap nikmat kurniaan Allah, pasti akan tercuit rasa menginsafi diri, pasti akan menuntun diri ke ar

SABAR ITU INDAH

Imej
"Bersabarlah..." Erti lainnya, "Bertahanlah.." Ujian datang bertimpa-timpa, siapalah yang tidak runtun hatinya, bagai hendak menghamburkan segala sesak yang bersarang di dada, selepas satu, datang satu lagi, baru hendak menghela nafas lega tiba lagi ujian, sudahlah jatuh ditimpa tangga pula. Pasti wujud rasa putus asa, terbeban, rasa tidak kuat untuk teruskan, andailah semua ini segera berakhir. Memang benci dan muak mendengar perkataan 'sabar'! Tetapi itulah yang perlu kita lalui dalam kehidupan ini. Ujian itu tanda Allah kasih dan ingat akan kita. Allah hendak menghadiahkan pelangi setelah hujan.  Sabar itu indah, meskipun payah..itulah perjuangan diri untuk tetap bertabah supaya tidak mudah melatah dengan ujian. Sabar itu separuh dari iman..agar tidak terperosok dengan perasaan putus asa dari rahmat Allah, kerana sabar itu adalah mentaati perintah Allah. Meskipun ujian silih berganti, hadapilah dengan sabar dan tenang, kerana sesungguhnya orang yang bersa

Sembang LIVE SOCMED

Imej
Pernah tak menyembang LIVE tapi orang tak ada penonton, terus patah hati, stop live? Heee.. Elil Husna selalu kecewa di FB! Ahhaha.. tapi demi personal branding EH beralih LIVE di Tiktok, di Tiktok sentiasa akan ada penonton baru dan rasa lebih selesa untuk bawa watak tersendiri. EH masih proses melatih diri sebab sejenis gelabah. Yang dalam gambar ni, team marketing ELZHA. Tu dia 3 sekaligus screen dia. Jom kita cerita sikit tentang LIVE! Secara ringkas je lah ya.. LIVE di sosial media ni kami gunakan tujuan untuk tarik trafik ke laman web dan dalam masa yang sama sebagai awareness dan branding..ini merupakan salah satu cara untuk susun strategi, orang marketing kata “funnel”. Zaman sekarang, LIVE ni jadi keperluan! Kalau diri sendiri sejenis “camera-shy” maka gajikanlah orang lain untuk bercakap bagi pihak atau sebagai pasukan pemasaran. Hahah, manalah tahu gelabah semacam, tak pun tiba-tiba otak kosong, lidah kelu tak terkata..rasa ramai mata yang memerhati padahal bercakap depan ka

[Menjelajah Dunia Dengan Buku]

Imej
[Menjelajah Dunia Dengan Buku] Dari dulu hobi saya membaca, sambil membaca saya akan mengkaji kemudian menulis semula sebagai catatan rujukan di blogspot saya, menandakan topik ini dah diserap masuk ke dalam otak. Maksudnya saya sudah mempunyai pengetahuan tentangnya. 6tahun saya tinggalkan dunia buku, yang ada hanyalah ‘muka buku’. Terasa otak ni semaki tepu dan bagaikan tin kosong.  Mujur berkahwin dengan suami yang juga pencinta buku, tetapi suami lebih gemar akan buku berkaitan sejarah dan politik, sebaliknya saya lebih kepada motivasi, rohaniah, herba dan wanita. Kami memang rajin beli dan mengumpul buku, tapi sayang ilmu di dalamnya terbiar berdebu begitu sahaja di rak. Sekarang proses mendidik diri untuk kembali membaca, untuk memupuk jiwa cinta pada ilmu.. Baru mula 2 hari yang lalu, sekarang di muka surat 144/262ms berada di topik memahami ideologi..target setiap hari langsaikan 50 muka surat.  “Abang, sayang dah berjaya baca 50 muka surat lagi hari ni..” Saya dengan riang ber

SUPPORT BISNES MEMBER

Imej
[Support Bisnes Member?] Semua orang sedang gigih berjuang dengan cara tersendiri cari rezeki demi memenuhi keperluan kehidupan. Ramai juga yang dah mula berubah, keluar dari zon selesa dan buat perkara yang mereka sendiri tak jangka mereka akan lakukan iaitu berbisnes. Jadi kita sebagai kawan mereka, ada caranya untuk bantu dan support perjuangan mereka.  1- LIKE, COMMENT & SHARE Gigih dah kawan tu buat content, tapi sepi. Nak dapat 5 like pun payah. Perkara yang paling senang nak buat, hanya perlu klik klik klik button yang ada...walaupun kita tiada keinginan atau keperluan untuk beli apa yang mereka jual. Mungkin dengan cara ini mampu menaikkan semangat kawan kita untuk lebih giat berusaha untuk hasilkan content. 2- NO DISCOUNT  Awakkk..kawan tu baru lah haaa nak mula niaga, modal dah lah ciput, tah tah itu lah duit yang ada , tah dia pinjam ke, tah dia gadaikan emas ke, dilaburkan untuk bisnes dengan harapan balik modal boleh beli pampers anak.. apalah perasaan dia orang minta

Lebih Baik Fokus Untuk Bertindak

Imej
Assalamualaikum... Impian! Semua orang ada impian untuk berjaya. Tapi..halangan dan ujian yang hadir di dalam proses untuk menuju kejayaan itu jika dilayan dengan rungutan pasti proses untuk berjaya itu jadi lambat malah boleh jadi terhenti. Hidup ini teramat singkat dan esok belum tentu ada kerana ia adalah hal yang ghaib. Banyak perkara yang dikehendakkan, tetapi kita leka melayan rungutan yang sia-sia dan tiada hasil.  Adalah lebih baik kita bangkit, keluar dan cari solusi untuk kita raih impian dan apa yang dikehendakkan. Fokus untuk usaha...walaupun apa yang kita mahu itu tidak tercapai 100%, itu adalah lebih baik daripada tiada apa-apa hasil... sekurang-kurangnya terdapat proses untuk kita meraih impian.. Ayuh bangkit untuk lebih positif. #anugerahkebaikan

SYUKUR

Imej
Dengan BERSYUKUR pastikan akan wujud rasa BAHAGIA Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Untuk setiap nikmat yang diberikan, Berkat Rahmat dari Allah Yang Maha Pengasih..