Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

Miaooo dah tak ada...

Miaoo....
Ya Allah, baby dah meninggal...Baru sahaja ingat kat baby.. Tapi dapat khabar dah meninggal. Tak sepat jumpa. Kesian baby kemalangan digilir tayar kereta. Masa hidup baby, baby manja sangat, lari sana, lari sini. Panjat-panjat... Pantang tengok orang makan, mesti nak jengah dalam pinggan apa yang kami makan. Bila malam bukan main atktif lagi dia dengan si manja tu..Dua beradik bergurau..Rindunya pada baby. Baby dalam kenangan. tak tahu lah kenapa sedih saja rasa ni. Sebab bela sejak dia lahir. Akhirnya umurnya tak panjang.  Nanti mesti manja bosan. Dah tak ada kawan bergurau. Dah lah itu kakak dia....
   p/s: Nak Nangislah....

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433

Dalam tidak sedar terlalu pantas masa berlalu. Hari ini kita kita bakal melangkah ke tahun baru. Berhijrah dari yang lama kepada yang baru.. Bukannya masih kekal di takuk lama tanpa ada secebis kekesalan. Dengan berbekalkan nikmat akal, menanam azam untuk melakukan transfomasi terhadap diri. Hiba yang teramat tatkala mengenang kembali dosa-dosa lalu, diri dalam kelalaian. Sesungguhnya aku adalah orang yang rugi. Masih belum terlambat lagi untuk kembali ke jalan-Nya. Dia Maha Pengampun dan Maha Pengasihani. Namun terdetik di hati ini layakkah aku masuk syurga??? 

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.


Manfaatkan Dua Bibirmu


Bibir merupa antara nikmat pancaindera yang Allah kurniakan untuk kita. Sama ada kita perasan atau tidak, atau mungkin sengaja membuat tuli. Kita makhluk ciptaan Allah yang cukup sempurna. Bibir pelengkap wajah, memudahkan kita melontarkan kata-kata, tertawa tersenyum riang. Syukurilah nikmat ini dengan memanfaatkan kedua bibirmu. Gunakanlah untuk beribadah kepada Allah. Janganlah mengerakkannya kecuali untuk membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah dan berkata-kata baik dan bermanfaat. Bukanlah menggunakannya untuk perkara yang sia-sia. Kekanglah kedua bibir itu dari berkata-kata kotor, berkata-kata nista, mencium sesuatu yang tidak halal bagi kita sebagai Islam, dan banyak lagi. 


Tanpa sedar lancar bibir menuturkan kata-kata,
Tanpa sedar ada hati yang terguris,
Tanpa sedar ada yang bertelingkah,
Tanpa sedar tersenarai anak derhaka,
Tanpa sedar menjadi pendusta,
Tanpa sedar diri bergelumang dalam noda.

Merah munggilnya bibir bak delima, manis dilihat namun siapa duga racun berbisa. Kerana mulut badan binasa. Silap bertutur, bahanalah diri....mungkin tidak menduga, hanya bibir boleh menyebabkan diri terjerumus dalam neraka jahanam.  Mungki ia perkara yang remeh temeh. Namun andai ia sekecil zarah jika dikumpul akan membukit jua.... Jagalah bibirmu. 

"Aku sentiasa bersama hamba-Ku apabila dia mengingati-Ku dan menggerakkan kedua bibirnya untuk berzikir kepada-Ku"
(HR Ibnu Majah)

p/s: Ingatlah Allah, sekali kita ingat Allah...berganda-ganda Dia mengingati kita. Muhasabah diri ini jua, tak sedar diri dalam keadaan yang lalai.

Penceraian terpantas..


Dasyat...baru saja lepas nikah..tup-tup cerai...
Tanggal 11.11.11 sangat istimewa dan tidak mungkin kita jumpa  selepas ini. Para mempelai memilih tarikh bersejarah ini untuk mendirikan mahligai indah hasil cinta mereka yang telah disemai. Namun apa yang terjadi pada pasangan ini sangat mengejutkan.

DHAKA - Seorang lelaki Bangladesh yang berkahwin pada 11.11.2011 pada pukul 11.11 pagi akhirnya bercerai dengan isterinya beberapa minit selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung.
Lelaki Bangladesh itu, Shawkat Ali Khan berkata, dia tidak mengetahui kenapa isterinya itu bertindak keluar dari majlis perkahwinan mereka.
Namun, pasangannya itu, Farzana Yasmin berkata, dia berasa marah ekoran permintaan keluarga Shawkat yang mahu hantaran perkahwinan termasuk sebuah peti sejuk dan sebuah televisyen.
Amalan hantaran perkahwinan oleh pengantin wanita telah dilarang di Bangladesh.
"Untuk menjadikan majlis tersebut istimewa, saya mengeluarkan kad mahal, mengundang rakan dan saudara-mara untuk menyertai majlis perkahwinan," kata Shawkat yang berusia 32 tahun.
Menurutnya, majlis itu diadakan pada pukul 11.11 pagi pada 11.11.2011.
"Majlis itu berlangsung di sebuah masjid tepat pada waktu itu," katanya yang merupakan seorang guru besar.
Dia percaya 11 merupakan nombor yang bertuah.
"Kami telah merancang parti selepas perkahwinan dua hari kemudian.
"Saya menunggu majlis yang mempunyai nombor tersebut selama bertahun-tahun lamanya.
"Saya tidak mengetahui bahawa ia akan berakhir," tambahnya.
Farzana yang berusia 27 tahun dipuji oleh ramai penduduk Bangladesh kerana pendiriannya berhubung hantaran perkahwinan itu.
Amalan hantaran dalam perkahwinan itu dikritik kerana keluarga pengantin perempuan perlu memberikan hadiah yang mewah kepada si suami.
Ketua polis tempatan, Babul Akhter menyokong dakwaan Farzana dengan menyatakan perkahwinan tersebut berkecai berhubung ekoran tuntutan hantaran yang dibuat oleh ibu saudara Shawkat semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Namun, Shawkat menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan dia berkemampuan untuk tidak menerima hantaran itu. [Sumber]
Berani sungguh pengantin perempuan.. Menegakkan kebenaran. Sememangnya hantaran bukanlah perkara yang wajib dalam pernikahan. Yang pentingnya akad nikah itu sendiri dan mas kahwinnya.  Secepat kilat penceraian terjadi. Siapa boleh jangka...
p/s: Takut plak dengar kes cerai berai ni....

Mengapa Allah Mengutuskan Malaikat Mengajar Ilmu Sihir?

Sepertimana yang ita ketahui bahawa Allah telah mengangkat Nabi/Rasul dari golongan manusia untuk memberi peringatan dan mengajar manuisa pelbagai ilmu. Tetapi untuk mengajar ilmu sihir Allah tidak mengangkat golongan manuisa tetapi malaikat.

Ini kerana malaikat tidak dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan. Malaikat tidak memerlukan daya khidmat dari tukang sihir itu kerana sifat malaikat yang diciptakan dengan tidak ada nafsu, tidak ada padanya perasaan iring hati, dengki, cinta dan lain-lain seperti manusia. Jadi hal ini tidak menjadi salah faham terhadap manusia, bahawa kedua malaikat itu menggunakan ilmu yang diajarkan.

Seandainay Allah mengutuskan golongan manusia untuk mengajar ilmu sihir, sedangkan Rasul dari golongan  manusia adalah menjadi contoh teladan dan dari ajaran yang dibawanya bagi meyakinkan manusia bahawa semua ajaran yang dibawa adalah baik dan bermanfaat bagi manusia keseluruhannya.
Manusia akan berkata, "Kami telah mendapat pelajaran dari Allah, Rasul itu merupakan contoh terbaik teladan bagi kami, kami mengikut jejaknya dan mengamalkan ajarannya (ilmu sihir) itu."

Maka itulah sebabnya Allah mengutuskan malaikat untuk mengajar ilmu sihir kepada manusia kerana malaikat bukanlah contoh teladan bagi manusia dan waktu yang sama Harut dan Marut telah memperingatkan orang-orang yang belajar kepada keduanya, bahawa ilmu itu (sihir) adalah fitnah yang menjerumuskan kepada kekafiran.

Dengan demikian ilmu yang diinginkan kepada manusia telah sampai dan sesuai dengan yang dikehendaki oleh Allah sendiri dan dikatakan bahawa sihir itu adalah satu kejahatan dan bencana kekafiran.

p/s: Meniti waktu....

Kisah Sihir Malaikat Harut dan Marut

Bilakah bermulanya sihir? Tidak ada manusia yang mengetahui bilakah secara pasti bermulanya sihir. Sebahgian kitab menyebutkan bahawa sihir bermula sejak malaikat harut dan marut mengajarkan sihir pada manusia. Ada juga mengatakan sejak Nabi Sulaiman a.s dan ada pula yang mangatakan sejak Nabi Saleh a.s dan sebagainya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Sebenarnya pekerja tukang sihir dibantu oleh jin yang memang menyesatkan manusia. Nyatanya juga, semua pekerja sihir tidak akan terjadi tanpa izin Allah juga. Untuk mengetahuan sebenarnya tentang sihir kepada manuisa, Allah swt mengutuskan dua malaikat Harun dan Marut di negeri Babiil. Kedua malaikat ini mendedahkan dan mengajarkan kepada manusia teori ilmu sihir.

Apakah gunanya manusia diajar ilmu sihir?
  • Untuk menentang keburukan-keburukan yang dilakukan oleh tukang-tukang sihir yang menjadi kawan jin dan mendakwa dirinya Nabi.
  • Untuk memberi penerangan kepada manusia perbezaan antara mukjizat dan ilmu sihir. Sihir dapat dipelajari dan boleh digunakan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh tukang sihir. Tetapi mukjizat tidak dapat dipelajari dan tidak boleh dijadikan bahan tontonan sihir.
  • Untuk memberi penerangan pada manuisai bahawa sebenarnya sihir tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan izin Allah swt.
Dengan tujuan itu Harut dan Marut diutuskan untuk memperkenalkan ilmu sihir kepada manusia. Maka sebelum memulakan tugasnya mengajar ilmu sihir, kedua malaikat itu telah mengatakan kepada manusia, "Sesungguhnya kami hanyalah cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir." Maksudnya sesiapa yang mempelajari ilmu sihir untuk mencapai keinginan dan kehendaknya ataupun menyakiti seseorang, maka dia telah menjadi kafir.

Malangnya sebahagian dari murid-murid yang diajar oleh malaikat Ahrut dan Marut tidak mengikut arahan mereka, sebaliknya mereka mempergunakan ilmu sihir itu untuk menceraikan pasangan suami isteri dan lain-lain lagi.

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat dan tidak memberi manfaat. Demi sesungguhnya mereka telah menyakini bahawa siapa yang menukar (kita Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual diri dengan sihir, sekiranya mereka mengetahui." (Surah Al-Baqarah: 102)

p/s: Ilmu sihir itu adalah satu fitnah yang menjerumuskan manusia kepada kekafiran....

Hukum Mencukur Alis

Trend sekarang demi kecantikan dan untuk nampak lebih kemas ramai perempuan mencukur alisnya...
Alis atau lebih senang faham bulu kening. Hal ini seolah-olah menjadi keperluan bagi mereka.  Tapi sedarkah kita bahawa mencukur alis ini hukumnya HARAM bagi wanita muslimah. Tidak kisahlah sama ada cukur dengan mencukur habis, memendekkannya atau menggunakan bahan kimia yang dapat menghilangkan sebahagian atau keseluruhannya. Mengapa jadinya haram? Kerana perbuatan ini disebut an-namsh (menghilangkan alis) yang dilaknat Nabi Rasulullah saw. Baginda sungguh melaknat wanita yang membuang alisnya (keseluruhan atau sebahagiannya untuk kecantikan). Perbuatan ini termasuk MERUBAH CIPTAAN ALLAH. 

Syaitan berbisik keras menyuruh manusia melakukan itu. Katanya sebagaimana diceritakan oleh Allah:
....dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan Allah, dan mereka pun benar-benar melakukannya
(An-Nisa': 199)

Mereka yang melakukan ini, yang diminta melakukannya...pakej dua-dua dapat point dosanya. Dosa besar... Para wanita juga tidak boleh menuruti suaminya jika dia menyuruh melakukannya, kerana itu adalah maksiat.

p/s: Peringtan buat saya juga...

Yes, beg baju dah siap kemas....

... Selamat kembali ....


                            
                                         Perpustakaan.
                                          Lubuk ilmu kami....

Kampus Melaka (KAG)
Setelah sebulan bercuti, kini tiba masanya kembali semula ke kolej. Duduk rumah lama-lama tak tahu nak buat apa dah. Takut nak keluarkan perkataan ni... Tapi itulah hakikatnya, agak BOSAN...!!! Kadang-kadang saja rasa macam ni... 

Hihi... Ditanya kawan ada buat fitness tak, dengan bangganya saya jawab...Mestilah!!! Fitness jari, apa lagi mengadap laptop ni ha... Bina sixpack lagi tu..bukan sixpack tp onepack..makan isi perut..Almaklumlah masakan di rumah berbeza dengan masakan kat kedai. Menikmati keseronokan di rumah. Itulah yang bestnye di rumah makan, tengok tv, tidur...Tapi ada lah juga pengisiannya. Tak adalah kosong, terbazir macam itu saja....

Tapi yang seronoknya sekarang, beg baju dah siap kemas. Bukab tak sabar tapi persediaan awal. Walaupun nak baliknya sabtu ni (19/11/2011). Dulu saya ni kerja suka bertangguh, tapi dah ada kesedaran ni, berubahla sikit. Takkanla masih ditakuk lama.

 Abah saya dulu selalu perli saya, "NAK BERAK BARU NAK KOREK LOBANG ...!!!" Minta maaflah bahasanya kasar sedikit tapi itulah perumpamaannya... Apa yang dimaksudkan ialah..contohnya saya ni esok pagi nak balik kolej, tapi malam ni baru nak kemas barang, jam tulah itu tak ada, ini tak ada...kiranya saat-saat akhirlah baru nak buat.. Hebat tak perumpamaan ni???

Jadi bagi mengelakkan dari kena macam tu dan mendatangkan marah pada abah, saya siapkanlah awal-awal... Menyenangkan hati ibu bapa tu kan menjadi kewajiban bagi anak-anak. Kerja siap, hati lapang jiwa pun tenang.....Senyum kan sentiasa terukir di wajah....


Kolej Siswi



p/s: Lapang fikiran...satu kerja dah selesai...

Kaedah Belajar

MEMERHATIKAN APA YANG ORANG LAIN LAKUKAN
PERBINCANGAN DAN MENDENGAR DARIPADA ORANG LAIN
MENENANGKAN DIRI DAN MENGHISAB DIRI
MENGKAJI DAN MERANCANG
BERLATIH DAN MENYEMPURNAKAN KERJA
BERTINDAK!!!

Di bilik guru>>
Puan Zarina baru sahaja selesai mengajar. Dia kembali ke mejanya. Baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi empuk tiba-tiba dia didatangi oleh pelajarnya.

 "Assalamualaikum cikgu, maaf mengganggu cikgu."

"Waalaikumussalam Lela...tak mengapa. Ada apa yang boleh saya bantu? Awak tak faham tajuk yang saya ajar tadi tu ke?"

"Eh, tak ada lah cikgu...Saya faham sangat apa yang cikgu ajar tadi tu. Cuma.... Cuma saya nak mintak nasihat dari cikgu."

"Nasihat tentang apa tu?"

"Ermm...tentang teknik belajar. Saya nak tingkatkan lagi pelajaran saya. Tapi saya tak tahu cara mana yang betul. Boleh cikgu?"

"Owh, boleh....ha, dengar betul-betul....catat yaaa....

  • MEMERHATIKAN APA YANG ORANG LAIN LAKUKANKaedah ini mendatangkan faedah yang banyak pada diri. Tetapi mungkin kita tidak akan mengetahui akan sebenarnya sebalik apa yang dilakukan.
  • PERBINCANGAN DAN MENDENGAR DARIPADA ORANG LAIN
    Berbincang dan dengar dari mereka terutamanya pada orang yang mengetahui. Kita patut belajar daripada orang yang tahu dan dia tahu dirinya mengetahui sesuatu perkara. Orang inilah yang dianggap bijaksana.
  • MENENANGKAN DIRI DAN MENGHISAB DIRI
    Untuk memajukan diri sendiri, kita perlulah memperuntukkan masa untuk berfiir dan menghisab diri sendiri serta mencari jalan untuk melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.
  • MENGKAJI DAN MERANCANG
    Tidak cukup mendengar dan memerhati sahaja, kita sepatutnya mengkaji tentang potensi diri dan kelemahannya serta membuat perancangan yang sistematik bagi mencapai apa yang kita sasarkan.
  • BERLATIH DAN MENYEMPURNAKAN KERJA
    Berlatuh dengan apa yang kita ketahui. Pada mulanya kita mungkin melakukan banyak kesilapan tetapi usah patah semangat. Teruskan dan sempurnakan kerja itu sehingga kita bertambah yakin.
  • BERTINDAKUntuk mencapai apa yang kita sasarkan. Lakukan dengan bersungguh-sungguh. Yakin bahawa Allah akan memberi petunjuk ke arah kejayaan. InsyaAllah kita akan berjaya.
Faham, Lela?"

"Ha, baru saya tahu kaedah yang betulnya. Saya faham cikgu. Hihi, selama ni saya bukan peduli semua ni. Bagi saya tiada faedahnya, rupa-rupanya....hihi..."

Kring...!!! Krinnggg!!!! (loceng berbunyi)


"Baguslah awa faham, ermm, saya ada kelas ni, saya pergi dulu ya...Ingat amalkan ilmu ni...dan sebarkannya, jangan tamak...hehehe...Assalamualaikum.."

"Baik cikgu...InsyaAllah...Terima kasih cikgu..Waalaikumussalam..."


p/s: Muhasabah diri yang lalai ini....

Cara Memilih Sahabat

Nasihat ini boleh diikuti dalam membina persahabatan sebagaimana pesanan Al-Qamah yang merupakan sahabat Rasulullah saw kepada anaknya.


  1.  Pilihlah Sahabat yang suka melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupkan keperluan.
  2. Pilihlah Sahabat yang apabila engkau menghulurkan untuk memberikan jasa baik atau bantumu, dia suka menerima denga rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghintungnya (menyebut-nyebut dan mengingati).
  3. Pilihlah Sahabat yang apabila engkau minta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi dengan senang hati. Jikalau engkau diam, dia menyapamu terlebih dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran atau kesedihan yang menimpamu, dia suka membantu meringankanmu dan menghiburkanmu.
  4. Pilihlah Sahabat yng apabila engkau berkata, dia suka membenarkan ucapanmu dan bukan mempercayainya saja, jikalau engkau mengemukakan persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika berselisih denganmu, dia suka mengalah demi kepentinganmu.

p/s: Semoga kusentisa di kelilingi oleh sahabat2 yg baik dan 
 membimbingku ke jalan Allah

Demi Matahari


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampilkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah.... Allah, Subhaallaah
Allah, Subhanallah.... Allah, Subhaallaah

Allah mengilhamkan
sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya...
Subhanallah

Album: Di Pintu Langit
oleh Snada

p/s: Lagu ni salu nyanyi ramai2 klu ade kem motivasi

Sedapnya Kalau dapat...


Cendol Pulut...
Sedapnya ....
Di kala kepanasan,
berjalan-jalan di kota, 
di bawah terik sinar mentari, 
kerongkong terasa perit,
Pergghhh...sedapnya cendol buat basah tekak...bukan basah tekak lagi...
Menikmatinya, tak terperi rasanya...bertambah-tambah...

p/s: Lame dah xjmpe cendol ni...

Hidup ini adalah ujian....



Hidup penuh dengan cubaan dan dugaan,
Walau sehebat manapun ujian,
Didiklah diri, ingatkanlah diri bahawa hidup ini adalah ujian....

Kumpulkanlah segala kekuatan untuk menghadapinya....
Tiada kekuatan yang lain selain bersandar kepada Allah swt
Dekatkanlah diri pada Allah swt
Sesengguhnya insan yang kuat adalah insan yang mengaku kelemahan dirinya pada Allah swt.....

  p/s:  Otak kosong ke hati kosong...

Maher Zain Live in Concert 2011


Maher Zain... Nama yang tidak asing lagi. Menjadi buah mulut orang. Mula menjadi sebutan peminat dunia hiburan sejak pertengahan tahun 2009. Mempunyai lebih sejuta peminat di facebook dalam tempoh hanya setahun dan hampir separuh dari jumlahnya diraih sepanjang kedatangannya ke Malaysia sebelum ini.
Kali ini...sekali lagi Maher Zain datang menemui peminat-peminatnya....Dengar harga tiketnya.. Wahh.....Cukup buat beli buku untuk sem baru ni...Duit makan seminggu, dua minggu, sebulan pun boleh....bayar yuran pun lepas tu, tambah sikit je.... Nilai sekeping kertas tu, fikirkanlah, nak digunakan untuk apa, bermanfaat atau........
Hahaha....
p/s: Otak tengah sarat ni....

Nenek yang Misteri

Saya ada seorang nenek, yang saya panggil wan acik. Wan acik ni isteri baru atok. Uiish, apa kata orang brutel... Sempoi gayanya.. Seronok gurau senda dengannya. Manis orangnya. Suka tersenyum dan ramah. Sebab itulah kami senang dengan wan acik ni. Badannya masih tetap tegab dan sihat walaupun usia dah lanjut. Banyak pengalamannya, orang tua, biasalah ya, mereka lebih dulu makan garam. Jadi tahulah rasa masinnya garam tu macam mana. Timbul minat nak belajar sikit ilmu nak hidup ni, pertua-pertualah... Namun, wan tinggalkan persoalan untuk saya untuk saya berfikir...

Ceritanya mula macam ni. Ni masa pulang ke kampung sempena hari raya Aidil Adha. Lepas makan malam saya duduklah dekat tangga di dapur tu. Mama, wan dan adik-adik saya saja yang ada dekat dapur tu. Borak-borak, gelak-gelak, tiba-tiba saya mencelah. "Wan, kalau ada apa-apa pertua,makan ulam-ulaman ke, pertua awet muda ke, bagitahulah una....manalah tahu boleh diamalkan ke...hihihi.." Sambil tertawa bertanya.

Dengan senyuman dan tawa yang bersahaja wan tunjukkan jari. Jari telunjuk. Saya jadi pelik. Saya pun tekalah.Bukan, ha..salah..eh, tak juga. Dah tu apanya. Tunggu juga apa yang wan nak cakap. Aik, senyap...senyum pula yang lebih. Lepas tu dibengkokkan pula jarinya tadi tu. Apa yang nak sampaikan ni...??? Mama dan adik-adik pun teka. Wan angguk, gelak. Angguk-angguk, geleng-geleng...dah macam lagu pula ya....huhuhu..

Saya ditinggalkan penuh persoalan. Fikir sendiri jawapannya. Ikut ni, ingat ni. InsyaAllah selamat dunia akhirat. Itu pesan wan...

Ingin Kekal Langsing

Banyak cara untuk menurunkan berat badan. Antaranya pemakanan, rutin harian, dan juga senaman. Berat badan saya mudah naik dan mudah turun dengan disiplin yang saya amalkan.
Mesti ramai yang tahu perkara ini, makan sambil bersulam air akan menyebabkan perut kita buncit. Sebab badan kita akan berlebihan dengan air. Tulah jadinya gemuk air. Jadi jangan makan bersulam air. Minum air hanya setelah selesai makan sebaik-baiknya minumlah kira-kira 1/2jam sehingga 3jam. Minum air suam, jangan asyik telan air sejuk yang berais. Boleh nak minum tapi jangan terlalu kerap.


Untuk mendapatkan perut yang sihat juga, amalkanlah meminum air suam setiap kali sebelum dan sebaik sahaja bangun dari tidur pada awal pagi. Jangan lupa selawat 3x, dan minum dengan satu nafas sahaja.
Boleh mengatasi masalah kembung perut dan juga melancarkan pembuangan air besar.


Untuk kurangkan berat badan juga saya mengamalkan meminum air oren atau limau setiap hari, tak pun air mangga. Selain itu, air perahan lobak merah (carrot) dan timun yang telah diparut serta dicampurkan dengan perahan limau nipis boleh melangsingkan tubuh. Minum 2x sehari.

Saya juga mengikuti latihan kecergasan dan seni mempertahankan diri dua kali seminggu. Bukan sahaja dapat tambah ilmu, bahkan dapat menyihatkan tubuh badan dengan keluarnya peluh dari badan kita. Jadi badan pun tidaklah lesu. Nak buat apapun jadi bersemangat. Jika anda tidak minat seni mempertahankan diri, cubalah lakukan sukan yang lain yang diminati. Asalkan mengeluarkan peluh, kerana tenaga yang tersimpan dan tidak digunakan boleh mendatangkan mudharat kepada diri. Maka berpenyakitlah tubuh.

Tidur juga kena jaga. Tidur yang berlebihan tidak baik untuk tubuh badan dan otak. Saya dah perasan perkara ni, kalau saya tidur lebih dan bukan pada waktunya, badan mesti berat semacam dan kepala akan sakit.

Pemakanan yang seimbang perlu juga dititik beratkan. Jangan ambil makanan yang berminyak terlalu kerap. Elakkan minum air yang bergas. Dan yang saya ingat yang selalu saya amalkan lagi adalah, makan bila perlu sahaja. Tak ada lah terlalu melahap macam orang tak makan tiga hari. Maksudnya di sini, makan bila betul-betul lapar.

Ishh, kalau nak cerita pasal pertua-pertua ni banyak. Tak terikut....
Ni saja nak kongsi supaya berat bada kita kekal macam yang kita inginkan. Kalau malas nak joging, jagalah makan. Kalau malas nak buat dua-dua ni atau salah satu daripadanya, ha, sediakan jelah duitnya...bersepah produt kesihatan yang ada dipasaran.

Apa-apa pun semoga perkongsian ini bermanfaat. InsyaAllah...

p/s: Kalau dah malas semua benda tak jadi, sayalah tu....huhuhu...^_^

Kedatangan Sahabat lama

Sunshine group..itulah nama kumpulan kami semasa zaman sekolah dulu. Kami berenam. Terpisah beberapa tahun disebabkan ada di antara kami yang berpindah sekolah. Kini kami membawa haluan hidup masing-masing. Melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA. Kami terputus hubungan. Rindu untuk berkumpul bersama kembali.

Kedatangan sahabat saya sangat mengejutkan dan mengembirakan saya. Kedatangannya menghantar kad undangan perkahwinannya yang akan berlangsung pada pada 24 Disember ini. Alhamdulillah, jodohnya sampai awal. Bakal suaminya pun datang dari keturunan baik-baik.

Mengenang kembali kenangan perbualan dan keakraban kami, rasa tercuit hati ni. Mana tidaknya, masing-masing menyatakan hasrat untuk berkahwin lambat. Namun hanyaku seorang sahaja menjawab untuk kahwin awal, dan akan jadi paling awal. Masing-masing mengelak. Dalam gurauan saya membetah, " sapa yang cakap nak kawen awal tu, sekali dielah yang kawen dulu...tengoklah...!!" huhuhu....Masin juga mulut saya. Jangan saya yang kahwin paling lambat sudahlah... Allah itu Maha Tahu...

p/s: Tengah tengok cerita dongeng ni,  kepel iwel-iwel..Apa maksudnya ye???


Pak Uda ku James Bond

Kereta pak uda, kemalangan di Palong 3

Malang tidak berbau...
Tanpa diduga, macam-macam boleh jadi...
Nasib baik semuanya selamat, tiada yang cedera parah dan kehilangan jiwa.

Alhamdulillah..
p/s: Kecut perut....

Gurau senda ustaz dan anak murid

Dalam Kelas... Mata pelajaran pendidikan islam hampir tamat... Sebelum keluar... Ustaz pun menberitahu kepada murid-murid...

USTAZ: Minggu depan kita akan belajar tajuk baru...Jadi ustaz nak kamu balik rumah nanti... Baca ayat 287 surah Al-Baqarah ... Sebab ayat ni ada kena mengena dengan tajuk baru kita nanti..

MURID-MURID : Orait ustaz!

Minggu depannya... Mata pelajaran pendidikan Islam..

USTAZ: Minggu lepas Ustaz Suruh kamu baca Ayat 287 Surah Al-Baqarah kan? saper yang dah baca ayat tu kat rumah?

Ramai Murid-murid yang mengangkat tangan.. Ustaz pun tersenyum... Lalu berkata...

USTAZ : Saya tak percaya lah....

MURID-MURID : Betul Ustaz... Kami baca..

USTAZ : Cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer... Mana ada ayat 287..
Harini kita akan belajar tajuk baru... Dosa-dosa menipu ...



Buku atau bermuka buku

Sepanjang cuti ini sangat membosankan. Duduk di rumah macam-macam dah buat. Bermuka buku, tengok tv, melukis, mengadap internet, buat kerja rumah dan sebagainya. Semuanya membosankan. Takkanlah nak tidur pula. Tidur berlebihan tidak bagus untuk tubuh badan.

Minat membaca selalu terbatas kerana kekangan waktu. Kini waktu terluang takkan nak dibiarkan terbazir begitu sahaja.  Kadang kala tu khayal juga mengadap muka buku. Tak tahulah apa yang dicari di situ. Memang berhubung dengan rakan-rakan yang dah lama tidak bertemu. Tapi semuanya bualan kosong dan tidak bermanfaat. Jarang nak jumpa tentang perkongsian ilmu.
Apa lagi capailah buku. Buku ni kalau nak baca perlulah disertai minat, kalau tak mana nak melekat dalam otak isi yang terkandung dalam buku tu.

 Teringat pesanan seorang sahabat. 
"Jika kamu di dalam kesedihan, kesempitan dan kesusahan. Jadikanlah kitab ini sebagai peneman untuk menghilangkan segala gundah-gulana...Manfaatkanlah ilmu didalamnya dalam kehidupan kamu....Semoga hidup sentiasa di dalam jagaan dan keredhaanNya...." 
Itulah buku yang dia hadiahkan untuk saya. Tak tahulah kenapa mana saya pergi, saya capai buku tu mesti bawa sama, tapi bacanya tak...hahaha..niat tu ada nak baca tapi selalu tak berpeluang. Walaupun buku tu besar dan agak berat. Saya jadi tak kisah.  Ha, baru saya perasan. Betul lah...Kenapa ek...? Macam satu amanah pula ya. Jutaan terima kasih pada sahabat saya tu.

 Buku menjadi teman hidup yang bermanfaat. Itulah sebenarnya. Orang yang membaca adalah orang yang berilmu. Betul tak? Jadi jika timbul satu isu ke, orang bertanya ke, orang ajak berdebad ke apa ke...senanglah jawab balik. Sesungguhnya orang yang berilmu mempunyai dada yang lapang, hati yang tidak sempit, jiwa yang tenang dan berwawasan luas. Setiap kali membaca setiap kali itu ilmu itu akan bertambah. Mudah bagi kita untuk mengungkap sesuatu dalil. Jadi nanti andai kata orang nak tipu kita tentang sesuatu kita boleh bangkang dengan pengetahuan yang kita ada tu. 

Tapi kalau ilmu yang kita ada tu kita tak kongsi, ia akan hilang begitu sahaja. Ibarat macam sebutir benih yang kita tanamlah, kalau tak disiram air, tak dibaja, mana kan tumbuh pohonnya. Jadi janganlah kedekut ilmu. Tu sebab saya suka berkongsi walaupun penemuan saya ni tak seberapa. Saya masih belajar. Banyak lagi yang belum saya temui. Berapa banyak pun ilmu yang kita ada, tak dapat dibandingkan dengan luasnya ilmu Allah. Ilmu manusia ibarat satu patukan paruh burung pada air di lautan yang luas.

Dengan ilmu daripada buku, kita dapat manfaatkan dan memuhasabah diri. 

p/s: baca   novel khayal, tak ingat dunia.


Hikmah dari Musibah


Selalunya kita berada di tempat yang selesa sehinggalah kita lalai. Tatakala kegagalan datang menerpa, pelbagai perkara yang datang menerjah kotak fikiran. Tidak dapat hendak menerima kenyataan. Terasa hina benar diri ini. Persoalan, demi persoalan bermain-main di fikiran. Mampukah untuk menghadapi dugaan ini sendirian.? Macam mana nak lalui hari-hari mendatang? Apa kata mereka?  Emosi kian melonjak, dada terasa sesak, bagaikan ingin menjerit. Saat ini semua bagaikan kebuntuan. Tiada jalan keluar. Hilang sudah semangat. Air jernih hangat mengalir. Tidak mampu untuk menenangkan diri sendiri. Ingin diluahkan tapi pada siapa.
Itulah yang akan kita rasa jia ditimpa musibah. Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Mencari tongkat untuk menggagahka diri bangkit dari terduduk. Mencari bahu mereka yang sudi memapah diri buat berjalan seiringan sehingga sampai di hujung lorong sana.
Sememangnya kegagalanlah yang mengajar kita untuk lebih beringat dan membawa kita ke arah kejayaan. Gagal sekali bukanlah bererti gagal selamanya. Pahit itulah ubat, manis itu racun. Tapi ada juga ubat yang manis, macam madu tu. Madu kan manis. Tapi bukan itu yang hendak dibicarakan. Meskipun pahit untuk menelan sebuah kenyataan tetapi itulah hakikat kehidupan, demi mencapai kejayaan. Kejayaan dunia dan akhirat. Sesungguhnya dunia ini sementara. Jika berkehendakkan dunia, maka kepuasan duniawilah yang kita miliki, sebaliknya jika akhirat yang kita idamkan maka dengan izin Allah kedua-duanya akan kita miliki. Bahagia dunia akhirat.

Sentiasa bersyukur ke atas musibah yang Allah turukan buat kita, kerna ini tanda yang membutikan kasih sayang Allah pada kita. Dia tidak mahu kita terus lalai dalam mengejar duniawi. Mereka yang cintakan dunia, maka hati mereka akan gundah gulana dan sentiasa cemas jika tidak mencapai kenikmatan dunia serta takut tidak selesa hidupnya di dunia.

Setiap bencana yang terjadi pada diri kita adalah sebuah peringatan dan kasih Allah pada kita. Dia tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan mereka. Jelaslah sememangnya kita kuat untuk berhadapan dengan musibah itu. Kesabaran amat diperlukan dalam semua hal yang kita kerjakan. Ketabahan kita akan dibalas dengan kerahmatan, keberkatan dan juga dsyurga firdausi. Syurga...Bukankah itu yang amat kita idamkan. Musibah dan sengsara dunia, hidup senang di akhirat kelak. Itu janji Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Hadapilah musibah dengan tenang, tabah, sabar, berlapang dada dan fikiran. Muhasabah diri itu yang penting. Jangan sesekali berputus asa dan berpaling dari jalan Allah. Kerana itu sikap orang yang sombong dan rugi. Manisnya musibah pasti akan terlihat.


 p/s: hari ini bagaikan orang bisu, terdiam, terkejut, tak disangka-disangka...

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?

Mesti anda suka bergelak sakan...
Percaya atau tidak dengan menggeletek boleh menyebabkan kematian..???
Persoalan di situ...

Suka pula tengok monyet ni gelak geletek
geletek kaki sendiri
Cuba anda geletek kawan anda, pasti dia akan tergelak-gelak. Ketawa kegelian. Tapi jangan buat lama-lama. Kesian pula dia.
Tahukah anda bahawa terdapatnya hukuman kelakar? Hukumannya ialah geletek.
Tapi awas!!! Geletek adalah hukuman kelakar yang menyebabkan si mangsa ketawa hingga terkencing-kencing, kejang urat-urat perut, dan terkentut ini akhirnya bertukar kepada menyakitkan pula. Tapi geletek bukan main-main, seminit dua sebaliknya berjam-jam. Boleh gila, boleh pengsan, boleh mati, boleh apa lagi. Ngerinya. Bahaya tu..

Sebenarnya saya tak suka gelak sangat, kalau gelak pun hanya sekadarnya sahaja. Sebab bila dah gelak mesti susah nak berhenti punya. Saya pernah terdengar orang tua-tua cakap "jangan gelak lebih-lebih, nanti putus urat gelak, tak gelak-gelak kau!! Baru kau tahu." Uishh, takut. Memanglah gelak tu seronok, boleh hilangkan tekanan. Erhmm...hahaha..Teringat satu peristiwa di mana saya dan sekumpulan kawan perempuan tiba-tiba kena tegur oleh seorang pak cik ni disebabkan ada di antara kami yang gelak mengekek-ngekek, kuat pula tu. Segan dan terkedu. Nak tahu apa pak cik tu cakap. Hihihi... "Ha, kau gelak, kau gelak, kau gelak macam tu lagi, tak kahwin kau nanti!!!" Tu yang terkedu tu. Saya nak kahwin pak cik, mana boleh tak kahwin. Macam satu batu besar yang menghempap jatuh atas kepala ni bila dengar teguran pak cik tu. Jadi lepas ni sopan-sopan gelak, baru orang berkenan.
....Gelak dan bergurau tu berpada-padalah ya...
p/s: Ni tengok cerita lawak lah tadi ni...

Gangguan Makhluk Halus


FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN
A) Berpunca Daripada Jin

  1. Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  2. Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  3. Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  4. Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  5. Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  6. Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia
  1. Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  2. Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  3. Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  4. Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  5. Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  6. Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
  7. Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
  8. Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk ialah terlalu marah, terlalu tajut, nafsu syahwat yang tinggi, manusia yang lalai dan jahil.
  9. Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
  10. Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.

TANDA-TANDA GANGGUAN
A) Tanda-Tanda Ketika Tidur:

  1. Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
  2. Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
  3. Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
  4. Mimpi buruk yang menakutkan.
  5. Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
  6. Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  7. Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
  8. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  9. Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  10. Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
  11. Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
  12. Mimpi melihat makhluk halus.
  13. Mimpi melihat salib atau gereja.
  14. Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
  15. Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
  16. Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).

B) Tanda-tanda Ketika Jaga:
  1. Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  2. Hilang ingatan (Gila).
  3. Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
  4. Lesu dan malas.
  5. Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
  6. Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
  7. Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
  8. Lenguh sendi-sendi.
  9. Melihat sesuatu yang pelik.
  10. Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
  11. Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
  12. Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
  13. Jiwa lemah dan mudah mengalah.
  14. Selalu mengantuk.
  15. Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
  16. Mudah marah dan panas baran.
  17. Hilang darah.
  18. Agresif dan bertindak liar.

Titipan Untuk Wanita


Artikel Cinta ini telah disampaikan oleh saudari dieda di Forum Tentang Cinta.
"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

creadit: http://www.tentangcinta.com

Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah

Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah
"Manusia ideal adalah yang gembira dengan pekerjaan yang ia lakukan demi kepentingan orang lain dan ia sangat malu jika melakukan pekerjaan yang menjadi tugasnya. Sebab, memberi belas kasihan kepada orang lain adalah sebuah tanda ketinggian nilai sedang sedangan menerima belas kasihan dari orang lain adalah sebuah petunjuk tentang kegagalan." (Aristoteles)

Yang diatas itu adalah pemberi, yang di bawah itu pula adalah penerima.
Maka jadilah pemberi, jangan jadi penerima. BERSEDEKAHLAH....Sesungguhnya dengan bersedekah itu kamu akan berlapang dada.

".....Wahai orang-orang yang beriman,belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu...."(Al-Baqarah: 254)

"Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik (bersedekah dengan ikhlas), nescaya Allah akan melipatgandakan (pembalasannya) kepada kamu dan mengampuni kamu."
(At-Taghabun: 17)

Barang siapa yang bersedekah maka mereka pasti akan meperoleh keuntungan, tidak sedikitpun merugikan, harta tidak akan luak, malah semakin bertamabah. Allah akan tambah kasih pada hambaNya. Mereka yang memberi sedekah akan diredhai dan didoakan kesejahteran oleh penerima...Bersedekahlah, memberilah dengan ikhlas. Hati akan tenang dan puas. InsyaAllah.....

p/s: Tenang je suasana petang hari ni...

Pokok Kemam Malu/Duri Semalu, Kecutkan Rahim

Kemam Malu/Duri Semalu
Ramai yang tidak tahu bertapa berkhasiatnya tumbuhan liar ini. Kita melihat ia seolah tiada bernilai dan gunanya, malah menyakitkan jika terkena durinya. Tambahan pula apabila tumbuhan ini disentuh ia akan mengecut. Pada wanita atau ibu-ibu yang lepas bersalin, tumbuhan liar ini cukup berguna. Para bidan zaman datuk nenek kita sejak zaman berzaman kerap mengunakan tumbuhan ini dalam rawatan untuk memulihkan kesihatan dalaman dan luaran kerana ia boleh mengecutkan, menguatkan dan membersihkan faraj, khususnya untuk wanita lepas haid dan lepas bersalin.

Daun dan akar kemam malu yang juga dikenali sebagai duri semalu di sesetengah tempat, dibakar bersama-sama halba dan bahan-bahan lain semasa bertangas untuk tujuan mengecutkan rahim. 

Tumbuhan itu juga dipotong halus dan ditabur ke atas daun lengkuas, capa atau daun-daun lain sebelum dibalut bersama-sama batu tungku dengan menggunakan kain tebal untuk kegunaan bertungku. Ini bertujuan untuk mengecutkan bahagian peranakkan.


Selain itu, keseluruhan tumbuhan ini termasuk akarnya juga direbus bersama-sama buah manjakani untuk kegunaan mencebok bertujuan mengecut dan mengeringkan bahagian luar peranakan.

Tumbuhan ini juga boleh merawat masalah cekang kaki dan tangan yang pecah-pecah kerana di makan air. Kemam malu bersama akarnya dan juga sedikit kapur ditumbuk lumat dan disapu ditempat yang terkena penyakit tersebut.

Selamat mencuba, InsyaAllah mujarab.


p/s:Nak cuba juga lah...

Gulai Tempoyak Ikan Patin

Bahan-bahan:

10 ketul ikan patin
1cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh)
1 helai daun kunyit (disimpul)
2 batang serai (dititik)
20 tangkai cili api (suka pedas, tambahlah lagi)
3 keping asam gelugur@asam keping
Air secukupnya (nak kuah banyak, lebihkan air)
Garam & Gula secukup rasa

Cara memasak:
  1. Satukan air, tempoyak, kunyit+cili api (ditumbuk@dikisar), asam keping dan serai. Biarkan mendidih.
  2.  Tambahkan garam dan gula. Masukan ikan patin perlahan-lahan. Kemudian masukkan daun kunyit.
  3. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Selamat mencuba...

p/s: laparlah pula ....

Rakan Yang Setia