Hikmah dari Musibah


Selalunya kita berada di tempat yang selesa sehinggalah kita lalai. Tatakala kegagalan datang menerpa, pelbagai perkara yang datang menerjah kotak fikiran. Tidak dapat hendak menerima kenyataan. Terasa hina benar diri ini. Persoalan, demi persoalan bermain-main di fikiran. Mampukah untuk menghadapi dugaan ini sendirian.? Macam mana nak lalui hari-hari mendatang? Apa kata mereka?  Emosi kian melonjak, dada terasa sesak, bagaikan ingin menjerit. Saat ini semua bagaikan kebuntuan. Tiada jalan keluar. Hilang sudah semangat. Air jernih hangat mengalir. Tidak mampu untuk menenangkan diri sendiri. Ingin diluahkan tapi pada siapa.
Itulah yang akan kita rasa jia ditimpa musibah. Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Mencari tongkat untuk menggagahka diri bangkit dari terduduk. Mencari bahu mereka yang sudi memapah diri buat berjalan seiringan sehingga sampai di hujung lorong sana.
Sememangnya kegagalanlah yang mengajar kita untuk lebih beringat dan membawa kita ke arah kejayaan. Gagal sekali bukanlah bererti gagal selamanya. Pahit itulah ubat, manis itu racun. Tapi ada juga ubat yang manis, macam madu tu. Madu kan manis. Tapi bukan itu yang hendak dibicarakan. Meskipun pahit untuk menelan sebuah kenyataan tetapi itulah hakikat kehidupan, demi mencapai kejayaan. Kejayaan dunia dan akhirat. Sesungguhnya dunia ini sementara. Jika berkehendakkan dunia, maka kepuasan duniawilah yang kita miliki, sebaliknya jika akhirat yang kita idamkan maka dengan izin Allah kedua-duanya akan kita miliki. Bahagia dunia akhirat.

Sentiasa bersyukur ke atas musibah yang Allah turukan buat kita, kerna ini tanda yang membutikan kasih sayang Allah pada kita. Dia tidak mahu kita terus lalai dalam mengejar duniawi. Mereka yang cintakan dunia, maka hati mereka akan gundah gulana dan sentiasa cemas jika tidak mencapai kenikmatan dunia serta takut tidak selesa hidupnya di dunia.

Setiap bencana yang terjadi pada diri kita adalah sebuah peringatan dan kasih Allah pada kita. Dia tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan mereka. Jelaslah sememangnya kita kuat untuk berhadapan dengan musibah itu. Kesabaran amat diperlukan dalam semua hal yang kita kerjakan. Ketabahan kita akan dibalas dengan kerahmatan, keberkatan dan juga dsyurga firdausi. Syurga...Bukankah itu yang amat kita idamkan. Musibah dan sengsara dunia, hidup senang di akhirat kelak. Itu janji Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Hadapilah musibah dengan tenang, tabah, sabar, berlapang dada dan fikiran. Muhasabah diri itu yang penting. Jangan sesekali berputus asa dan berpaling dari jalan Allah. Kerana itu sikap orang yang sombong dan rugi. Manisnya musibah pasti akan terlihat.


 p/s: hari ini bagaikan orang bisu, terdiam, terkejut, tak disangka-disangka...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?