Ingin Kekal Langsing

Banyak cara untuk menurunkan berat badan. Antaranya pemakanan, rutin harian, dan juga senaman. Berat badan saya mudah naik dan mudah turun dengan disiplin yang saya amalkan.
Mesti ramai yang tahu perkara ini, makan sambil bersulam air akan menyebabkan perut kita buncit. Sebab badan kita akan berlebihan dengan air. Tulah jadinya gemuk air. Jadi jangan makan bersulam air. Minum air hanya setelah selesai makan sebaik-baiknya minumlah kira-kira 1/2jam sehingga 3jam. Minum air suam, jangan asyik telan air sejuk yang berais. Boleh nak minum tapi jangan terlalu kerap.


Untuk mendapatkan perut yang sihat juga, amalkanlah meminum air suam setiap kali sebelum dan sebaik sahaja bangun dari tidur pada awal pagi. Jangan lupa selawat 3x, dan minum dengan satu nafas sahaja.
Boleh mengatasi masalah kembung perut dan juga melancarkan pembuangan air besar.


Untuk kurangkan berat badan juga saya mengamalkan meminum air oren atau limau setiap hari, tak pun air mangga. Selain itu, air perahan lobak merah (carrot) dan timun yang telah diparut serta dicampurkan dengan perahan limau nipis boleh melangsingkan tubuh. Minum 2x sehari.

Saya juga mengikuti latihan kecergasan dan seni mempertahankan diri dua kali seminggu. Bukan sahaja dapat tambah ilmu, bahkan dapat menyihatkan tubuh badan dengan keluarnya peluh dari badan kita. Jadi badan pun tidaklah lesu. Nak buat apapun jadi bersemangat. Jika anda tidak minat seni mempertahankan diri, cubalah lakukan sukan yang lain yang diminati. Asalkan mengeluarkan peluh, kerana tenaga yang tersimpan dan tidak digunakan boleh mendatangkan mudharat kepada diri. Maka berpenyakitlah tubuh.

Tidur juga kena jaga. Tidur yang berlebihan tidak baik untuk tubuh badan dan otak. Saya dah perasan perkara ni, kalau saya tidur lebih dan bukan pada waktunya, badan mesti berat semacam dan kepala akan sakit.

Pemakanan yang seimbang perlu juga dititik beratkan. Jangan ambil makanan yang berminyak terlalu kerap. Elakkan minum air yang bergas. Dan yang saya ingat yang selalu saya amalkan lagi adalah, makan bila perlu sahaja. Tak ada lah terlalu melahap macam orang tak makan tiga hari. Maksudnya di sini, makan bila betul-betul lapar.

Ishh, kalau nak cerita pasal pertua-pertua ni banyak. Tak terikut....
Ni saja nak kongsi supaya berat bada kita kekal macam yang kita inginkan. Kalau malas nak joging, jagalah makan. Kalau malas nak buat dua-dua ni atau salah satu daripadanya, ha, sediakan jelah duitnya...bersepah produt kesihatan yang ada dipasaran.

Apa-apa pun semoga perkongsian ini bermanfaat. InsyaAllah...

p/s: Kalau dah malas semua benda tak jadi, sayalah tu....huhuhu...^_^

Ulasan

  1. buat je dik..bukan takat lansing, sihat tubuh badan...:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?