Mengapa Allah Mengutuskan Malaikat Mengajar Ilmu Sihir?

Sepertimana yang ita ketahui bahawa Allah telah mengangkat Nabi/Rasul dari golongan manusia untuk memberi peringatan dan mengajar manuisa pelbagai ilmu. Tetapi untuk mengajar ilmu sihir Allah tidak mengangkat golongan manuisa tetapi malaikat.

Ini kerana malaikat tidak dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan. Malaikat tidak memerlukan daya khidmat dari tukang sihir itu kerana sifat malaikat yang diciptakan dengan tidak ada nafsu, tidak ada padanya perasaan iring hati, dengki, cinta dan lain-lain seperti manusia. Jadi hal ini tidak menjadi salah faham terhadap manusia, bahawa kedua malaikat itu menggunakan ilmu yang diajarkan.

Seandainay Allah mengutuskan golongan manusia untuk mengajar ilmu sihir, sedangkan Rasul dari golongan  manusia adalah menjadi contoh teladan dan dari ajaran yang dibawanya bagi meyakinkan manusia bahawa semua ajaran yang dibawa adalah baik dan bermanfaat bagi manusia keseluruhannya.
Manusia akan berkata, "Kami telah mendapat pelajaran dari Allah, Rasul itu merupakan contoh terbaik teladan bagi kami, kami mengikut jejaknya dan mengamalkan ajarannya (ilmu sihir) itu."

Maka itulah sebabnya Allah mengutuskan malaikat untuk mengajar ilmu sihir kepada manusia kerana malaikat bukanlah contoh teladan bagi manusia dan waktu yang sama Harut dan Marut telah memperingatkan orang-orang yang belajar kepada keduanya, bahawa ilmu itu (sihir) adalah fitnah yang menjerumuskan kepada kekafiran.

Dengan demikian ilmu yang diinginkan kepada manusia telah sampai dan sesuai dengan yang dikehendaki oleh Allah sendiri dan dikatakan bahawa sihir itu adalah satu kejahatan dan bencana kekafiran.

p/s: Meniti waktu....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?