Kaedah Belajar

MEMERHATIKAN APA YANG ORANG LAIN LAKUKAN
PERBINCANGAN DAN MENDENGAR DARIPADA ORANG LAIN
MENENANGKAN DIRI DAN MENGHISAB DIRI
MENGKAJI DAN MERANCANG
BERLATIH DAN MENYEMPURNAKAN KERJA
BERTINDAK!!!

Di bilik guru>>
Puan Zarina baru sahaja selesai mengajar. Dia kembali ke mejanya. Baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi empuk tiba-tiba dia didatangi oleh pelajarnya.

 "Assalamualaikum cikgu, maaf mengganggu cikgu."

"Waalaikumussalam Lela...tak mengapa. Ada apa yang boleh saya bantu? Awak tak faham tajuk yang saya ajar tadi tu ke?"

"Eh, tak ada lah cikgu...Saya faham sangat apa yang cikgu ajar tadi tu. Cuma.... Cuma saya nak mintak nasihat dari cikgu."

"Nasihat tentang apa tu?"

"Ermm...tentang teknik belajar. Saya nak tingkatkan lagi pelajaran saya. Tapi saya tak tahu cara mana yang betul. Boleh cikgu?"

"Owh, boleh....ha, dengar betul-betul....catat yaaa....

  • MEMERHATIKAN APA YANG ORANG LAIN LAKUKANKaedah ini mendatangkan faedah yang banyak pada diri. Tetapi mungkin kita tidak akan mengetahui akan sebenarnya sebalik apa yang dilakukan.
  • PERBINCANGAN DAN MENDENGAR DARIPADA ORANG LAIN
    Berbincang dan dengar dari mereka terutamanya pada orang yang mengetahui. Kita patut belajar daripada orang yang tahu dan dia tahu dirinya mengetahui sesuatu perkara. Orang inilah yang dianggap bijaksana.
  • MENENANGKAN DIRI DAN MENGHISAB DIRI
    Untuk memajukan diri sendiri, kita perlulah memperuntukkan masa untuk berfiir dan menghisab diri sendiri serta mencari jalan untuk melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.
  • MENGKAJI DAN MERANCANG
    Tidak cukup mendengar dan memerhati sahaja, kita sepatutnya mengkaji tentang potensi diri dan kelemahannya serta membuat perancangan yang sistematik bagi mencapai apa yang kita sasarkan.
  • BERLATIH DAN MENYEMPURNAKAN KERJA
    Berlatuh dengan apa yang kita ketahui. Pada mulanya kita mungkin melakukan banyak kesilapan tetapi usah patah semangat. Teruskan dan sempurnakan kerja itu sehingga kita bertambah yakin.
  • BERTINDAKUntuk mencapai apa yang kita sasarkan. Lakukan dengan bersungguh-sungguh. Yakin bahawa Allah akan memberi petunjuk ke arah kejayaan. InsyaAllah kita akan berjaya.
Faham, Lela?"

"Ha, baru saya tahu kaedah yang betulnya. Saya faham cikgu. Hihi, selama ni saya bukan peduli semua ni. Bagi saya tiada faedahnya, rupa-rupanya....hihi..."

Kring...!!! Krinnggg!!!! (loceng berbunyi)


"Baguslah awa faham, ermm, saya ada kelas ni, saya pergi dulu ya...Ingat amalkan ilmu ni...dan sebarkannya, jangan tamak...hehehe...Assalamualaikum.."

"Baik cikgu...InsyaAllah...Terima kasih cikgu..Waalaikumussalam..."


p/s: Muhasabah diri yang lalai ini....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?