Penceraian terpantas..
Dasyat...baru saja lepas nikah..tup-tup cerai...
Tanggal 11.11.11 sangat istimewa dan tidak mungkin kita jumpa selepas ini. Para mempelai memilih tarikh bersejarah ini untuk mendirikan mahligai indah hasil cinta mereka yang telah disemai. Namun apa yang terjadi pada pasangan ini sangat mengejutkan.
DHAKA - Seorang lelaki Bangladesh yang berkahwin pada 11.11.2011 pada pukul 11.11 pagi akhirnya bercerai dengan isterinya beberapa minit selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung.
Lelaki Bangladesh itu, Shawkat Ali Khan berkata, dia tidak mengetahui kenapa isterinya itu bertindak keluar dari majlis perkahwinan mereka.
Namun, pasangannya itu, Farzana Yasmin berkata, dia berasa marah ekoran permintaan keluarga Shawkat yang mahu hantaran perkahwinan termasuk sebuah peti sejuk dan sebuah televisyen.
Amalan hantaran perkahwinan oleh pengantin wanita telah dilarang di Bangladesh.
"Untuk menjadikan majlis tersebut istimewa, saya mengeluarkan kad mahal, mengundang rakan dan saudara-mara untuk menyertai majlis perkahwinan," kata Shawkat yang berusia 32 tahun.
Menurutnya, majlis itu diadakan pada pukul 11.11 pagi pada 11.11.2011.
"Majlis itu berlangsung di sebuah masjid tepat pada waktu itu," katanya yang merupakan seorang guru besar.
Dia percaya 11 merupakan nombor yang bertuah.
"Kami telah merancang parti selepas perkahwinan dua hari kemudian.
"Saya menunggu majlis yang mempunyai nombor tersebut selama bertahun-tahun lamanya.
"Saya tidak mengetahui bahawa ia akan berakhir," tambahnya.
Farzana yang berusia 27 tahun dipuji oleh ramai penduduk Bangladesh kerana pendiriannya berhubung hantaran perkahwinan itu.
Amalan hantaran dalam perkahwinan itu dikritik kerana keluarga pengantin perempuan perlu memberikan hadiah yang mewah kepada si suami.
Ketua polis tempatan, Babul Akhter menyokong dakwaan Farzana dengan menyatakan perkahwinan tersebut berkecai berhubung ekoran tuntutan hantaran yang dibuat oleh ibu saudara Shawkat semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Namun, Shawkat menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan dia berkemampuan untuk tidak menerima hantaran itu. [Sumber]
Berani sungguh pengantin perempuan.. Menegakkan kebenaran. Sememangnya hantaran bukanlah perkara yang wajib dalam pernikahan. Yang pentingnya akad nikah itu sendiri dan mas kahwinnya. Secepat kilat penceraian terjadi. Siapa boleh jangka...
p/s: Takut plak dengar kes cerai berai ni....
Gosiiiiiiipppppppp masih hangat neehh ;)
BalasPadam