Akhlak.....
Mendekati segala kebaikan dan menjauhi segala keburukan.
Sebagian ulamak lain menyatakan bahawa aklah yang baik adalah menahan marah kerana ALLAH, mempamerkan wajah yang berseri kecuali kepada orang keji dan ahli bid'ah, memaafkan orang yang salah kecuali tujuan untuk mendidik, menegakkan hukuman, tidak ganggu orang Muslim dan orang yang terikat dalam perjanjian kecuali ada perubahan yang dilakukanorang mungkar dan ada kezaliaman terhadap orang yang dizalimi.
"Sesuatu yang paling berat dalam timbangan adalah akhlak yang baik."
Sahabat sekalian...jika kita mahu dihormati, diterima masyarakt dan mendapat redha Allah itu sendiri, kita perlulah mempamerkan akhlak atau perilaku yang baik. Sebaliknya jika kita berakhlak buruk ia akan membawa musibah kepada kita...boleh jadi akhlak yang buruk itu juga akan mendatangkan seksaan di dunia serta di akhirat kelak.
Ingatlah wahai sahabat, dengan berakhlak baik, segala urusan kita akan menjadi mudah, hati yang dibakar amarah akan melunak dan kian bertambahlah orang yang menyayangi serta mencintai kita, maka berkuranglah orang yang memusuhi kita....
Lihat bertapa hebatnya manfaat berakhlak baik, sikit pun tak rugi...
bercakap melalui pengalaman sendiri, bukanlah untuk riak atau meninggi diri namun inilah hakikat. Pernah suatu ketika dimarah, dipandang serong kerana amanah yang besar yang digalas diri ini. Pelbagai cerita di balik cerita, namun dengan berbekalkan keyakinan bahawa diri ini menjalankan kewajiban atas jalan Allah dan niat yang baik biar apa pun kata mereka diri ini tetap membisu.
Diam tidak bermakna salah,
diam tidak bermakna tewas,
diam tidak bermakna pengecut...
Mengambil jalan mudah memuasabah diri sebelum tidur, memaafkan segala salah mereka dan sentiasa tenang serta tabah menghadapi segala cubaan menjadi kunci rahsiah diri ini berjaya mengawal emosi dari terjerumus ke naluri amarah yang memudaratkan itu.
Mungkin kalian boleh manfaatkan ini.....kata-kata ini diamalkan sebelum mata terlelap melayari mimpi indah. Bacalah surah Al-Fatehah, ayat Qursi, 3 Qul dan doa tidur....Imbau kembali segala yang telah kita lalui sepanjang hari, kemudian....muhasabah diri.
"Ya Allah, ampuni segala dosa ku, ampuni dosa-dosa mereka yang menyimpan perasaan marah terhadapku, dosa-dosa mereka yang melakukan kesalahan kepadaku dan Ya Allah, aku redha dan memaafkan segala perbuatan mereka terhadapku. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini, dan aku nekad tidak akan mengulangi segala kesilapan serta kelalaianku sepanjang hari ini...Amin."
"Barang siapa yang buruk akhlaknya, adalah sama sahaja dengan dia yang menyeksa dirinya sendiri"
Semoga perkongsian pada kali ini memberi manfaat kepada kalian.....
Ulasan
Catat Ulasan