Ilmu & Pendidikan
Tamadun Islam ,Pemikiran & Sejarah Perkembangan (CTU151) .....sem ni subjek agama yang diajar menjurus ke arah sejarah tamadun... Time cuti nilah masanya nak buat segala tugasan yang tertunggak. Tapi semuanya melibatkan tugasan berkumpulan. Ada dua tugasan, satu kertas kerja, satu lagi pembentangan. Yang kertas kerja dah selamat dihantar kepada pensyarah, tajuknya Adat Istiadat Melayu: Bertentangan dengan Islam atau Seiring? Alhamdulillah berkat usaha dan kerjasama dari ahli kumpulan, semuanya berjaya disudahkan.
Bermula 2.00-7.15pm...Fuhhhh...lega siap juga powerpoint untuk pembentangan naik cuti ni nanti. Segala isinya adalah seperti yang berikut ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Definisi Ilmu
· Dari segi bahasa :
(Bahasa Arab) ‘Alima – Pengetahuan.
(Kamus Dewan 1970) – Pengetahuan bidang-bidang dunia & akhirat, zahir & batin.
(Kamus Dwibahasa 1985) – Knowledge dan science : Pengerthuan yang sistematik yang boleh diuji kebenarannya.
· Dari segi Istilah: Cahaya dan petunjuk dari Ilahi.
Imam Syafie berkata, “ Aku mengadu kepada Waki’ tentang lemahnya ingtanku. Dia menasiahti aku supaya meninggalkan maksiat kerana ilmu itu (cahaya) dan nur Allah tidak akan diberikan kepdada orang yang melakukan maksiat.”
(Syed Muhammad Naquib Al- Attas) – Ketibaan makna hasil dari maklumat yang benar ke dalam diri sesorang.
Hierarki Ilmu Menurut Islam
Wahyu
ž Sumber utama ilmu pengetahuan.
ž Adalah pemberitahuan daripada Allah SWT kepada seoarnag hamba-Nya dengan secara sulit dan rahsia berlainan apa yang dialami oleh manusia biasa. (Allah SWT kepada rasul-rasul-Nya serta nabi-nabi terdahulu)
ž Teras kepada segala ilmu.
ž Al-Quran merupakan rujukan terpenting dalam semua aspek kehidupan manusia termasuk perkara-perkara ghaib.
Pancaindera
ž Sumber pengetahuan yang penting meliputi sentuhan, ciuman (bau), penglihatan, pendengaran, dan deria rasa.
ž Memudahkan untuk berinteraksi dengan alam sekeliling.
ž Cara mendapatkan ilmu secara percubaan dan pengalaman yang berulang-ulang.
Akal
ž Sumber utama pengetahuan manusia.
ž Membeza antara manusia dan haiwan.
ž Punca lahirnya sesebuah tamadun.
ž Menimbang dan membezakan antara baik buruk.
ž Gunakan akal semaksima mungkin untuk sampai kepada pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan.
Allah menggalakan manusia agar supaya memerhatikan alam sekililing mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari kebenaran yang hakiki.
Intuisi atau Ilham
ž Dalam Islam, ilham dikenali dengan istilah “firasat” atau pandangan basirah (tembus mata) yang dikurniakan oleh Allah kepada para ulamak.
ž Diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu.
ž Pendapat sarjana ilmu yang diperolehi melalui sumber lisan wujud dalam sistem pendidikan tidak formal. ( Pertukangan dll)
ž Ilmu perubatan, matematik,dan undang-undang adalah antara ilmu yang sumbernya dari tulisan.
ž Ilmu daripada kajian sejarah. (Kajian-kajian dan penulisan-penulisan yang khusus tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku)
Klasifikasi Ilmu
ž Menurut termonologi Islam idak wujud klasifikasi ilmu, antara ilmu agama dan bukan agama tetapi yang wujud ialah penjenisan ilmu antara ilmu naqli dan aqli atau fardu ain dan fardu kifayah.
(Abdullah Ishak, 1989)
Fardu Ain
ž Ilmu yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim mempelajari dan mengamalkannya.
ž Merupakan ilmu-ilmu asas.
ž Menjadi dasar kepada ajaran Islam seperti ilmu yang berkenaan akidah, ibadah, syariah, dan akhlak.
ž Wajib bagi mereka yang telah akil baligh.
Kelebihan Ilmu fardu Ain
ž Boleh memperbaiki pegangan agama dan keyakinan serta membentuk peribadi yang sempurna secara lahiriah mahupun rohaniah.
ž Boleh mengenal Allah, mengetahui peraturan dan syariat-Nya dalam rangka mengabdikan diri kepada-Nya.
ž Mendorong seseorang itu melakukan kebaikan terhadap masyarakat menurut lunas-lunas yang diredhai Allah.
Fardu Kifayah
ž Diwajibkan ke atas masyarakat Islam mempelajarinya secara kolektif.
ž Cukup jika ada seorang daripada satu kumpulan orang Islam yang belajar ilmu itu dan semua orang dalam kumpulan itu terlepas daripada dosa. Sebaliknya jika tidak ada seorang pun dalam kumpulan itu yang mengetahui ilmu ini, maka semua orang dalam kumpulan itu berdosa (Al-Ghazali, 1988).
Kelebihan Ilmu Fardu Kifayah
ž Bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan dan kestabilan masyarakat Islam.
ž Untuk memenuhi segala keperluan masyarakat Islam tanpa bergantung kepada pihak lain.
ž Dengan bergantung kepada orang lain dapat membendung pemikiran, kretiviti dan daya usaha umat Islam dari hidup berdikari, benas dan maju bahkan boleh melemahkan pegangan umat Islam terhadap ketinggian dan kemajuan Islam itu sendiri. (Abbullah Ishak, 1989)
Kesimpulannya
ž Perlaksanaan kedua-duanya haruslah berjalan seiring, serentak, seimbang dan sepadu sepertimana bersepadunya unsur-unsur akal, ruh, dan jasad yang terdapat dalam diri seseorang manusia.
ž Atau lebih jelas lagi, di samping membangunkan modal insan dengan unsur-unsur spiritual dan intelektual, aspek-aspek fizikal dan material yang membangunkan masyarakat dan negara tidak boleh diabaikan.
SEKIAN
Ha!!!! Itulah dia... ringkas sangat. Huraiannya masa pembentangan tulah... Semoga kami dalam keadaan tenang dan lancar berkata-kata...
Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w:
طلب العلم فريضة على كل مسلم
Maksudnya: " Menuntut ilmu itu adalah wajib keatas tiap-tiap orang Islam." (Riwayat ibnul Abdil Barr)
Selagi kita bernafas, selagi itulah kita berlajar. Tidak pernah terhenti malah ada yang mengatakan di dalam tidur sekalipun kita berlajar. Ilmu Allah itu luas, ibarat setitik air di lautan begitulah perbandingan antara ilmu kita dengan Allah... Tuntutlah ilmu walau sampai ke liang lahat....
TERIMA KASIH kekawan ye..... (*_*)ahli kumpulan |
Ulasan
Catat Ulasan