Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Miaooo dah tak ada...

Imej
Miaoo.... Ya Allah, baby dah meninggal...Baru sahaja ingat kat baby.. Tapi dapat khabar dah meninggal. Tak sepat jumpa. Kesian baby kemalangan digilir tayar kereta. Masa hidup baby, baby manja sangat, lari sana, lari sini. Panjat-panjat... Pantang tengok orang makan, mesti nak jengah dalam pinggan apa yang kami makan. Bila malam bukan main atktif lagi dia dengan si manja tu..Dua beradik bergurau..Rindunya pada baby. Baby dalam kenangan. tak tahu lah kenapa sedih saja rasa ni. Sebab bela sejak dia lahir. Akhirnya umurnya tak panjang.  Nanti mesti manja bosan. Dah tak ada kawan bergurau. Dah lah itu kakak dia....    p/s: Nak Nangislah....

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433

Imej
Dalam tidak sedar terlalu pantas masa berlalu. Hari ini kita kita bakal melangkah ke tahun baru. Berhijrah dari yang lama kepada yang baru.. Bukannya masih kekal di takuk lama tanpa ada secebis kekesalan. Dengan berbekalkan nikmat akal, menanam azam untuk melakukan transfomasi terhadap diri. Hiba yang teramat tatkala mengenang kembali dosa-dosa lalu, diri dalam kelalaian. Sesungguhnya aku adalah orang yang rugi. Masih belum terlambat lagi untuk kembali ke jalan-Nya. Dia Maha Pengampun dan Maha Pengasihani. Namun terdetik di hati ini layakkah aku masuk syurga???  Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Manfaatkan Dua Bibirmu

Imej
Bibir merupa antara nikmat pancaindera yang Allah kurniakan untuk kita. Sama ada kita perasan atau tidak, atau mungkin sengaja membuat tuli. Kita makhluk ciptaan Allah yang cukup sempurna. Bibir pelengkap wajah, memudahkan kita melontarkan kata-kata, tertawa tersenyum riang. Syukurilah nikmat ini dengan memanfaatkan kedua bibirmu. Gunakanlah untuk beribadah kepada Allah. Janganlah mengerakkannya kecuali untuk membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah dan berkata-kata baik dan bermanfaat. Bukanlah menggunakannya untuk perkara yang sia-sia. Kekanglah kedua bibir itu dari berkata-kata kotor, berkata-kata nista, mencium sesuatu yang tidak halal bagi kita sebagai Islam, dan banyak lagi.  Tanpa sedar lancar bibir menuturkan kata-kata, Tanpa sedar ada hati yang terguris, Tanpa sedar ada yang bertelingkah, Tanpa sedar tersenarai anak derhaka, Tanpa sedar menjadi pendusta, Tanpa sedar diri bergelumang dalam noda. Merah munggilnya bibir bak delima, manis dilihat namun siapa d

Penceraian terpantas..

Imej
Dasyat...baru saja lepas nikah..tup-tup cerai... Tanggal 11.11.11 sangat istimewa dan tidak mungkin kita jumpa  selepas ini. Para mempelai memilih tarikh bersejarah ini untuk mendirikan mahligai indah hasil cinta mereka yang telah disemai. Namun apa yang terjadi pada pasangan ini sangat mengejutkan. DHAKA - Seorang lelaki Bangladesh yang berkahwin pada 11.11.2011 pada pukul 11.11 pagi akhirnya bercerai dengan isterinya beberapa minit selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung. Lelaki Bangladesh itu, Shawkat Ali Khan berkata, dia tidak mengetahui kenapa isterinya itu bertindak keluar dari majlis perkahwinan mereka. Namun, pasangannya itu, Farzana Yasmin berkata, dia berasa marah ekoran permintaan keluarga Shawkat yang mahu hantaran perkahwinan termasuk sebuah peti sejuk dan sebuah televisyen. Amalan hantaran perkahwinan oleh pengantin wanita telah dilarang di Bangladesh. "Untuk menjadikan majlis tersebut istimewa, saya mengeluarkan kad mahal, mengundang rakan

Mengapa Allah Mengutuskan Malaikat Mengajar Ilmu Sihir?

Imej
Sepertimana yang ita ketahui bahawa Allah telah mengangkat Nabi/Rasul dari golongan manusia untuk memberi peringatan dan mengajar manuisa pelbagai ilmu. Tetapi untuk mengajar ilmu sihir Allah tidak mengangkat golongan manuisa tetapi malaikat. Ini kerana malaikat tidak dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan. Malaikat tidak memerlukan daya khidmat dari tukang sihir itu kerana sifat malaikat yang diciptakan dengan tidak ada nafsu, tidak ada padanya perasaan iring hati, dengki, cinta dan lain-lain seperti manusia. Jadi hal ini tidak menjadi salah faham terhadap manusia, bahawa kedua malaikat itu menggunakan ilmu yang diajarkan. Seandainay Allah mengutuskan golongan manusia untuk mengajar ilmu sihir, sedangkan Rasul dari golongan  manusia adalah menjadi contoh teladan dan dari ajaran yang dibawanya bagi meyakinkan manusia bahawa semua ajaran yang dibawa adalah baik dan bermanfaat bagi manusia keseluruhannya. Manusia akan berkata, "Kami telah mendapat pelajar

Kisah Sihir Malaikat Harut dan Marut

Imej
Bilakah bermulanya sihir? Tidak ada manusia yang mengetahui bilakah secara pasti bermulanya sihir. Sebahgian kitab menyebutkan bahawa sihir bermula sejak malaikat harut dan marut mengajarkan sihir pada manusia. Ada juga mengatakan sejak Nabi Sulaiman a.s dan ada pula yang mangatakan sejak Nabi Saleh a.s dan sebagainya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Sebenarnya pekerja tukang sihir dibantu oleh jin yang memang menyesatkan manusia. Nyatanya juga, semua pekerja sihir tidak akan terjadi tanpa izin Allah juga. Untuk mengetahuan sebenarnya tentang sihir kepada manuisa, Allah swt mengutuskan dua malaikat Harun dan Marut di negeri Babiil. Kedua malaikat ini mendedahkan dan mengajarkan kepada manusia teori ilmu sihir. Apakah gunanya manusia diajar ilmu sihir? Untuk menentang keburukan-keburukan yang dilakukan oleh tukang-tukang sihir yang menjadi kawan jin dan mendakwa dirinya Nabi. Untuk memberi penerangan kepada manusia perbezaan antara mukjizat dan ilmu sihir. Sihir dapa

Hukum Mencukur Alis

Imej
Trend sekarang demi kecantikan dan untuk nampak lebih kemas ramai perempuan mencukur alisnya... Alis atau lebih senang faham bulu kening. Hal ini seolah-olah menjadi keperluan bagi mereka.  Tapi sedarkah kita bahawa mencukur alis ini hukumnya HARAM bagi wanita muslimah. Tidak kisahlah sama ada cukur dengan mencukur habis, memendekkannya atau menggunakan bahan kimia yang dapat menghilangkan sebahagian atau keseluruhannya. Mengapa jadinya haram? Kerana perbuatan ini disebut an-namsh (menghilangkan alis) yang dilaknat Nabi Rasulullah saw. Baginda sungguh melaknat wanita yang membuang alisnya (keseluruhan atau sebahagiannya untuk kecantikan). Perbuatan ini termasuk MERUBAH CIPTAAN ALLAH.   Syaitan berbisik keras menyuruh manusia melakukan itu. Katanya sebagaimana diceritakan oleh Allah: ....dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan Allah, dan mereka pun benar-benar melakukannya .  (An-Nisa': 199) Mereka yang melakukan ini, yang diminta melakukannya...pakej dua-dua dapat point dosan

Yes, beg baju dah siap kemas....

Imej
... Selamat kembali ....                                                                       Perpustakaan.                                           Lubuk ilmu kami.... Kampus Melaka (KAG) Setelah sebulan bercuti, kini tiba masanya kembali semula ke kolej. Duduk rumah lama-lama tak tahu nak buat apa dah. Takut nak keluarkan perkataan ni... Tapi itulah hakikatnya, agak BOSAN...!!! Kadang-kadang saja rasa macam ni...  Hihi... Ditanya kawan ada buat fitness tak, dengan bangganya saya jawab...Mestilah!!! Fitness jari, apa lagi mengadap laptop ni ha... Bina sixpack lagi tu..bukan sixpack tp onepack..makan isi perut..Almaklumlah masakan di rumah berbeza dengan masakan kat kedai. Menikmati keseronokan di rumah. Itulah yang bestnye di rumah makan, tengok tv, tidur...Tapi ada lah juga pengisiannya. Tak adalah kosong, terbazir macam itu saja.... Tapi yang seronoknya sekarang, beg baju dah siap kemas. Bukab tak sabar tapi persediaan awal. Walaupun nak baliknya sabtu ni

Kaedah Belajar

Imej
MEMERHATIKAN APA YANG ORANG LAIN LAKUKAN PERBINCANGAN DAN MENDENGAR DARIPADA ORANG LAIN MENENANGKAN DIRI DAN MENGHISAB DIRI MENGKAJI DAN MERANCANG BERLATIH DAN MENYEMPURNAKAN KERJA BERTINDAK!!! Di bilik guru>> Puan Zarina baru sahaja selesai mengajar. Dia kembali ke mejanya. Baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi empuk tiba-tiba dia didatangi oleh pelajarnya.  "Assalamualaikum cikgu, maaf mengganggu cikgu." "Waalaikumussalam Lela...tak mengapa. Ada apa yang boleh saya bantu? Awak tak faham tajuk yang saya ajar tadi tu ke?" "Eh, tak ada lah cikgu...Saya faham sangat apa yang cikgu ajar tadi tu. Cuma.... Cuma saya nak mintak nasihat dari cikgu." "Nasihat tentang apa tu?" "Ermm...tentang teknik belajar. Saya nak tingkatkan lagi pelajaran saya. Tapi saya tak tahu cara mana yang betul. Boleh cikgu?" "Owh, boleh....ha, dengar betul-betul....catat yaaa.... MEMERHATIKAN APA YANG ORANG

Cara Memilih Sahabat

Imej
Nasihat ini boleh diikuti dalam membina persahabatan sebagaimana pesanan Al-Qamah yang merupakan sahabat Rasulullah saw kepada anaknya.  Pilihlah Sahabat yang suka melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupkan keperluan. Pilihlah Sahabat yang apabila engkau menghulurkan untuk memberikan jasa baik atau bantumu, dia suka menerima denga rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghintungnya (menyebut-nyebut dan mengingati). Pilihlah Sahabat yang apabila engkau minta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi dengan senang hati. Jikalau engkau diam, dia menyapamu terlebih dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran atau kesedihan yang menimpamu, dia suka membantu meringankanmu dan menghiburkanmu. Pilihlah Sahabat yng apabila engkau berkata, dia suka membenarkan ucapanmu dan bukan mempercayainya saja, jikalau engkau mengemukakan persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika berselisih den

Demi Matahari

Imej
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari Demi bulan apabila ia mengiringi Demi siang hari bila menampilkan dirinya Demi malam apabila ia menutupi Demi langit beserta seluruh binaannya Demi bumi serta yang ada di hamparannya Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya Allah, Subhanallah.... Allah, Subhaallaah Allah, Subhanallah.... Allah, Subhaallaah Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan Beruntung bagi yang mensucikannya Merugi bagi yang mengotorinya... Subhanallah Album: Di Pintu Langit oleh Snada p/s: Lagu ni salu nyanyi ramai2 klu ade kem motivasi

Sedapnya Kalau dapat...

Imej
Cendol Pulut... Sedapnya .... Di kala kepanasan, berjalan-jalan di kota,  di bawah terik sinar mentari,  kerongkong terasa perit, Pergghhh...sedapnya cendol buat basah tekak...bukan basah tekak lagi... Menikmatinya, tak terperi rasanya...bertambah-tambah... p/s: Lame dah xjmpe cendol ni...

Hidup ini adalah ujian....

Imej
Hidup penuh dengan cubaan dan dugaan, Walau sehebat manapun ujian, Didiklah diri, ingatkanlah diri bahawa hidup ini adalah ujian.... Kumpulkanlah segala kekuatan untuk menghadapinya.... Tiada kekuatan yang lain selain bersandar kepada Allah swt Dekatkanlah diri pada Allah swt Sesengguhnya insan yang kuat adalah insan yang mengaku kelemahan dirinya pada Allah swt.....   p/s:  Otak kosong ke hati kosong...

Maher Zain Live in Concert 2011

Imej
Maher Zain... Nama yang tidak asing lagi. Menjadi buah mulut orang. Mula menjadi sebutan peminat dunia hiburan sejak pertengahan tahun 2009. Mempunyai lebih sejuta peminat di facebook dalam tempoh hanya setahun dan hampir separuh dari jumlahnya diraih sepanjang kedatangannya ke Malaysia sebelum ini. Kali ini...sekali lagi Maher Zain datang menemui peminat-peminatnya.... Dengar harga tiketnya.. Wahh.....Cukup buat beli buku untuk sem baru ni...Duit makan seminggu, dua minggu, sebulan pun boleh....bayar yuran pun lepas tu, tambah sikit je.... Nilai sekeping kertas tu, fikirkanlah, nak digunakan untuk apa, bermanfaat atau........ Hahaha.... p/s: Otak tengah sarat ni....

Nenek yang Misteri

Imej
Saya ada seorang nenek, yang saya panggil wan acik. Wan acik ni isteri baru atok. Uiish, apa kata orang brutel... Sempoi gayanya.. Seronok gurau senda dengannya. Manis orangnya. Suka tersenyum dan ramah. Sebab itulah kami senang dengan wan acik ni. Badannya masih tetap tegab dan sihat walaupun usia dah lanjut. Banyak pengalamannya, orang tua, biasalah ya, mereka lebih dulu makan garam. Jadi tahulah rasa masinnya garam tu macam mana. Timbul minat nak belajar sikit ilmu nak hidup ni, pertua-pertualah... Namun, wan tinggalkan persoalan untuk saya untuk saya berfikir... Ceritanya mula macam ni. Ni masa pulang ke kampung sempena hari raya Aidil Adha. Lepas makan malam saya duduklah dekat tangga di dapur tu. Mama, wan dan adik-adik saya saja yang ada dekat dapur tu. Borak-borak, gelak-gelak, tiba-tiba saya mencelah. "Wan, kalau ada apa-apa pertua,makan ulam-ulaman ke, pertua awet muda ke, bagitahulah una....manalah tahu boleh diamalkan ke...hihihi.." Sambil tertawa bertanya. D

Ingin Kekal Langsing

Imej
Banyak cara untuk menurunkan berat badan. Antaranya pemakanan, rutin harian, dan juga senaman. Berat badan saya mudah naik dan mudah turun dengan disiplin yang saya amalkan. Mesti ramai yang tahu perkara ini, makan sambil bersulam air akan menyebabkan perut kita buncit. Sebab badan kita akan berlebihan dengan air. Tulah jadinya gemuk air. Jadi jangan makan bersulam air. Minum air hanya setelah selesai makan sebaik-baiknya minumlah kira-kira 1/2jam sehingga 3jam. Minum air suam, jangan asyik telan air sejuk yang berais. Boleh nak minum tapi jangan terlalu kerap. Untuk mendapatkan perut yang sihat juga, amalkanlah meminum air suam setiap kali sebelum dan sebaik sahaja bangun dari tidur pada awal pagi. Jangan lupa selawat 3x, dan minum dengan satu nafas sahaja. Boleh mengatasi masalah kembung perut dan juga melancarkan pembuangan air besar. Untuk kurangkan berat badan juga saya mengamalkan meminum air oren atau limau setiap hari, tak pun air mangga. Selain itu, air perahan lobak

Kedatangan Sahabat lama

Imej
Sunshine group..itulah nama kumpulan kami semasa zaman sekolah dulu. Kami berenam. Terpisah beberapa tahun disebabkan ada di antara kami yang berpindah sekolah. Kini kami membawa haluan hidup masing-masing. Melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA. Kami terputus hubungan. Rindu untuk berkumpul bersama kembali. Kedatangan sahabat saya sangat mengejutkan dan mengembirakan saya. Kedatangannya menghantar kad undangan perkahwinannya yang akan berlangsung pada pada 24 Disember ini. Alhamdulillah, jodohnya sampai awal. Bakal suaminya pun datang dari keturunan baik-baik. Mengenang kembali kenangan perbualan dan keakraban kami, rasa tercuit hati ni. Mana tidaknya, masing-masing menyatakan hasrat untuk berkahwin lambat. Namun hanyaku seorang sahaja menjawab untuk kahwin awal, dan akan jadi paling awal. Masing-masing mengelak. Dalam gurauan saya membetah, " sapa yang cakap nak kawen awal tu, sekali dielah yang kawen dulu...tengoklah...!!" huhuhu....Masin juga mulut saya. Jangan saya

Pak Uda ku James Bond

Imej
Kereta pak uda, kemalangan di Palong 3 Malang tidak berbau... Tanpa diduga, macam-macam boleh jadi... Nasib baik semuanya selamat, tiada yang cedera parah dan kehilangan jiwa. Alhamdulillah.. p/s: Kecut perut....

Gurau senda ustaz dan anak murid

Imej
Dalam Kelas... Mata pelajaran pendidikan islam hampir tamat... Sebelum keluar... Ustaz pun menberitahu kepada murid-murid... USTAZ: Minggu depan kita akan belajar tajuk baru...Jadi ustaz nak kamu balik rumah nanti... Baca ayat 287 surah Al-Baqarah ... Sebab ayat ni ada kena mengena dengan tajuk baru kita nanti.. MURID-MURID : Orait ustaz! Minggu depannya... Mata pelajaran pendidikan Islam.. USTAZ: Minggu lepas Ustaz Suruh kamu baca Ayat 287 Surah Al-Baqarah kan? saper yang dah baca ayat tu kat rumah? Ramai Murid-murid yang mengangkat tangan.. Ustaz pun tersenyum... Lalu berkata... USTAZ : Saya tak percaya lah.... MURID-MURID : Betul Ustaz... Kami baca.. USTAZ : Cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer... Mana ada ayat 287.. Harini kita akan belajar tajuk baru... Dosa-dosa menipu ... creadit:  http://lepakotak.blogspot.com

Buku atau bermuka buku

Imej
Sepanjang cuti ini sangat membosankan. Duduk di rumah macam-macam dah buat. Bermuka buku, tengok tv, melukis, mengadap internet, buat kerja rumah dan sebagainya. Semuanya membosankan. Takkanlah nak tidur pula. Tidur berlebihan tidak bagus untuk tubuh badan. Minat membaca selalu terbatas kerana kekangan waktu. Kini waktu terluang takkan nak dibiarkan terbazir begitu sahaja.  Kadang kala tu khayal juga mengadap muka buku. Tak tahulah apa yang dicari di situ. Memang berhubung dengan rakan-rakan yang dah lama tidak bertemu. Tapi semuanya bualan kosong dan tidak bermanfaat. Jarang nak jumpa tentang perkongsian ilmu. Apa lagi capailah buku. Buku ni kalau nak baca perlulah disertai minat, kalau tak mana nak melekat dalam otak isi yang terkandung dalam buku tu.  Teringat pesanan seorang sahabat.  "Jika kamu di dalam kesedihan, kesempitan dan kesusahan. Jadikanlah kitab ini sebagai peneman untuk menghilangkan segala gundah-gulana...Manfaatkanlah ilmu didalamnya dalam kehidupan k

Hikmah dari Musibah

Imej
Selalunya kita berada di tempat yang selesa sehinggalah kita lalai. Tatakala kegagalan datang menerpa, pelbagai perkara yang datang menerjah kotak fikiran. Tidak dapat hendak menerima kenyataan. Terasa hina benar diri ini. Persoalan, demi persoalan bermain-main di fikiran. Mampukah untuk menghadapi dugaan ini sendirian.? Macam mana nak lalui hari-hari mendatang? Apa kata mereka?  Emosi kian melonjak, dada terasa sesak, bagaikan ingin menjerit. Saat ini semua bagaikan kebuntuan. Tiada jalan keluar. Hilang sudah semangat. Air jernih hangat mengalir. Tidak mampu untuk menenangkan diri sendiri. Ingin diluahkan tapi pada siapa. Itulah yang akan kita rasa jia ditimpa musibah. Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Mencari tongkat untuk menggagahka diri bangkit dari terduduk. Mencari bahu mereka yang sudi memapah diri buat berjalan seiringan sehingga sampai di hujung lorong sana. Sememangnya kegagalanlah yang mengajar kita untuk lebih beringat dan membawa kita ke arah kejayaan. Gagal sekali

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?

Imej
Mesti anda suka bergelak sakan... Percaya atau tidak dengan menggeletek boleh menyebabkan kematian..??? Persoalan di situ... Suka pula tengok monyet ni gelak geletek geletek kaki sendiri Cuba anda geletek kawan anda, pasti dia akan tergelak-gelak. Ketawa kegelian. Tapi jangan buat lama-lama. Kesian pula dia. Tahukah anda bahawa terdapatnya hukuman kelakar? Hukumannya ialah geletek. Tapi awas!!! Geletek adalah hukuman kelakar yang menyebabkan si mangsa ketawa hingga terkencing-kencing, kejang urat-urat perut, dan terkentut ini akhirnya bertukar kepada menyakitkan pula. Tapi geletek bukan main-main, seminit dua sebaliknya berjam-jam. Boleh gila, boleh pengsan, boleh mati, boleh apa lagi. Ngerinya. Bahaya tu.. Sebenarnya saya tak suka gelak sangat, kalau gelak pun hanya sekadarnya sahaja. Sebab bila dah gelak mesti susah nak berhenti punya. Saya pernah terdengar orang tua-tua cakap "jangan gelak lebih-lebih, nanti putus urat gelak, tak gelak-gelak kau!! Baru kau tahu.

Gangguan Makhluk Halus

Imej
FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN A) Berpunca Daripada Jin Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat. Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia. Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah. Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin. Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama. Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir. B) Berpunca Daripada Manusia Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja. Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah. Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah. Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta. Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi. Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.

Titipan Untuk Wanita

Imej
Artikel Cinta  ini telah disampaikan oleh  saudari dieda  di  Forum Tentang Cinta . "Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki." Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias pe

Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah

Imej
Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah "Manusia ideal adalah yang gembira dengan pekerjaan yang ia lakukan demi kepentingan orang lain dan ia sangat malu jika melakukan pekerjaan yang menjadi tugasnya. Sebab, memberi belas kasihan kepada orang lain adalah sebuah tanda ketinggian nilai sedang sedangan menerima belas kasihan dari orang lain adalah sebuah petunjuk tentang kegagalan." (Aristoteles) Yang diatas itu adalah pemberi, yang di bawah itu pula adalah penerima. Maka jadilah pemberi, jangan jadi penerima. BERSEDEKAHLAH....Sesungguhnya dengan bersedekah itu kamu akan berlapang dada. ".....Wahai orang-orang yang beriman,belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu...." (Al-Baqarah: 254) "Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik (bersedekah dengan ikhlas), nescaya Allah akan melipatgandakan (pembalasannya) kepada kamu dan mengampuni kamu." (At-Taghabun: 17) Barang siap

Pokok Kemam Malu/Duri Semalu, Kecutkan Rahim

Imej
Kemam Malu/Duri Semalu Ramai yang tidak tahu bertapa berkhasiatnya tumbuhan liar ini. Kita melihat ia seolah tiada bernilai dan gunanya, malah menyakitkan jika terkena durinya. Tambahan pula apabila tumbuhan ini disentuh ia akan mengecut. Pada wanita atau ibu-ibu yang lepas bersalin, tumbuhan liar ini cukup berguna. Para bidan zaman datuk nenek kita sejak zaman berzaman kerap mengunakan tumbuhan ini dalam rawatan untuk memulihkan kesihatan dalaman dan luaran kerana ia boleh mengecutkan, menguatkan dan membersihkan faraj, khususnya untuk wanita lepas haid dan lepas bersalin. Daun dan akar kemam malu yang juga dikenali sebagai duri semalu di sesetengah tempat, dibakar bersama-sama halba dan bahan-bahan lain semasa bertangas untuk tujuan mengecutkan rahim.  Tumbuhan itu juga dipotong halus dan ditabur ke atas daun lengkuas, capa atau daun-daun lain sebelum dibalut bersama-sama batu tungku dengan menggunakan kain tebal untuk kegunaan bertungku. Ini bertujuan untuk mengecutkan ba