Kesedihan Membawa Kematian


Mungkin tidak ramai yang tahu akan kesedihan yang dihadapi boleh menyumbang kepada mati dengan lebih cepat. Memanglah ajal maut itu ketentuan Allah. Tidak siapa yang menafikan itu, kerana itu semua qada' dan qadar Allah. 
 

Tapi sedarkah kita, diri yang dibelenggu rasa hiba yang teramat sangat tanpa dapat dikawal boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang kita sendiri tidak duga. Tubuh dan otak boleh rosak dengan kegelisahan, kekecewaan, kedengkian, dendam, pemberontakan dan rasa takut. Percaya atau tidak? Contoh, kenapa boleh sakit jantung? Sebab berada dalam keadaan yang cemas, marah, jiwa tidak tenang, maka darah  pun naik. Sedih dan tekanan juga boleh mendorong kepada bunuh diri. 


Percayalah... Sebaliknya jika kita berada dalam keadaan yang tenang, berlapang dada dan bahagia insyaAllah kita dapat elak dari penyakit yang kita sendiri tak ingin. Mengikut pengalaman sendiri kalau saya tidak solat solat sama ada sengaja atau tidak, pasti saya akan rasa tak kena dan semua yang saya lakukan semuanya tak sempurna. Jadi kesimpulannya solat tu menenangkan jiwa. Kalau jiwa tenang secara tidak langsung akan mempengaruhi kehidupan seharian kita. Barulah apa yang kita kerjakan tu berkat. Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. 

Sabda Rasulullah saw:
"Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari segala kesulitan duniawi." (Riwayat ad-Dailami).
 
Takut mati sebab ibadah belum cukup...? Rawatlah hati, rawatlah jiwa, hanya diri kita sahaja yang mampu lakukannya.
  • Beri makanan pada jiwa dengan berzikir kepada Allah. 
  • Perbanyakkan ibadah sunat di samping yang wajib, bertambah pahala.
  • Redha dengan ketentuan Allah, Allah pasti akan redha dengan hambaNya.
  • Sentiasa bersyukur kepada Allah, kita akan dapat yang lagi hebat kelak.
  • Lakukan segala pekerjaan niat kerana Allah, hasilnya pasti memberangsangkan. 
  • Akui kesilapan dengan memuhasabah diri pasti senyuman akan terpancar di wajah.
  • Lupakan segala kesedihan, hati akan tenang.
  • Sentiasa berserah diri kepada Allah.
  • Berlajar memaafkan orang, akan terlihat hikmahnya. 
  • Jangan selalu berangan atau termenung, otak jadi sempit dan itu adalah kerja yang sia-sia.
  • Menimba ilmu, sesungguhnya ilmu Allah itu luas.
Dan banyak lagi perkara bermanfaat yang boleh kita lakukan untuk menambahkan rasa cinta kita kepada Allah secara tidak langsung memberi ketenangan dan menghindarkan diri kita jauh dari kesedihan. InsyaAllah, semoga perkongsian ini bermanfaat.
 

p/s: Memotivasi diri sendiri sebenarnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?