Mengembalikan Masa
Masa yang telah berlalu tidak mungkin dapat diputarkan kembali. Masa mendewasakan kita. Dari kita kecil sehinggalah kini. Perjalanan hidup terasa panjang. Tapi sedarkah kita sebaliknya masa itu sangat singkat. Pejam celik, siang malam, semuanya bagaikan tidak sempat untuk kita kejar. Tak puas untuk kita nikmati. Masa jika dimanfaatkan banyak perkara yang akan lakukan. Allah telah tetapkan perjalanan masa itu 24jam sehari. Namun masih ada yang merungut tidak cukup masa. Mungkin tanpa kita sedar kita sendiri dalam kelalaian. Kita dibekalkan dengan akal. Akal untuk kita berfikir, akal untuk kita membuat perhintungan, akal untuk memilih, akal untuk dimanfaatkan. Namun kehendak yang pelbagai, keinginan yang meluap sehingga kita lalai akan tuntutan sebenarnya kita.
Semasa di sekolah dahulu kita kerap diingatkan dengan peribahasa "masa itu emas", memang benar masa itu emas, masa itu sangat bernilai dan sukar untuk kita miliki apabila kita terlepas sesuatu peluang. Ketika itu barulah kita sedara akan bertapa berharganya masa itu. Penyesalan yang tidak terperi.
p/s: Masih ada masa...main-main je lebih...
Ulasan
Catat Ulasan