Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

Minum Ikut Sunnah Nabi SAW.


Asalamualaikum ....
Kita selalu dengar dan orang pesan, 'makanlah ikut sunnah Nabi SAW....' tapi jarang atau mungkin tak pernah dengar mengenai minun menurut sunnah Nabi SAW. Pakai balun je..asal teguk ye tak... Jadi  ini saya rasakan ianya menarik dan ilmu yang baru untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah....

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik yang boleh diikuti untuk menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat bagi memudahkan kita menjalani ibadah kepada Allah Ya Rahim Ya Karim.!

1. Gunakan Tangan Kanan
Nabi Muhammad SAW mengajar untuk kita makan dan memegang bekas minuman menggunakan tangan kanan dan melarang umatnya menggunakan tangan kiri kerana ia adalah sifat syaitan dan ciri-ciri orang yang bongkak.

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim) 

Rasulullah SAW bersabda; “Jika salah seorang dari kamu hendak makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)

2. Niat Kerana Allah SWT
Hendaklah ketika minum berniat bagi menyegar dan menyihatkan tubuh badan supaya memudahkan beribadah dan kerana Allah SWT.
 
Hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, Rasulullah SAW bersabda; “Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan.” (Riwayat al-Bukhari).

3. Baca ‘Basmallah’
Memulai minum dengan Basmalah: ‘Bismillahir-rahmanir-rahim’ 
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
 
“Apabila seseorang di antara kamu minum dan memakan makanan, katakanlah ‘Bismillah’. Apabila lupa pada permulaannya, katakanlah ‘Bismillahi fii awwalihi wa aakhirihi.’” (HR. Abu Dawud dan at-Tirmidzi)

4. Membaca Doa
Doa minum air;
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَشْرَبُهُ لِتَغْفِرَلِى وَلِتَفْعَلَ بِى، فَاغْفِرْلِى أَوِافْعَلْ
Ya Allah! Sesungguhnya daku meminumnya dengan harapan Dikau mengampuni daku dan mengabulkan maksudku; Maka ampunilah daku serta kabulkanlah.

5. Minum Dengan Tiga Nafas
Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.Dari Abu Qatadah, Nabi SAW bersabda, “Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)

Nabi SAW sering meminum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di luar gelas dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ di antara tiga kali tegukan. Baginda SAW juga akan teruskan minum dengan setiap tegukan diselangi bernafas di luar gelas sehingga habis.
Diriwayatkan dari Anas radhiyalaahu anhu (r.a.) bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum, “Rasulullah SAW biasa bernafas tiga kali sewaktu minum.” (HR. Muttafaq ‘alaih).
Anas bin Malik r.a. berkata lagi; Baginda SAW bersabda: “Sungguh, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan, dan menyegarkan”. (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam minum beliau mengambil nafas di luar bekas air minum sebanyak tiga kali.” Dan Baginda SAW bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih sedap dan lebih nikmat.” Anas mengatakan, “Oleh kerana itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)

6. Dilarang Meniup Minuman
Jangan bernafas dan meniup air minum di dalam bekas, terutama meniup air yang panas, kerana perbuatan itu akan menjadikan minuman bertoksid disebabkan Co2 yang dihembuskan ke dalamnya.
Ubay bin Ka’ab berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak bernafas di dalam cawan. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman.”

Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk bernafas atau meniup bekas air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, hadits ini dishahihkan oleh Al-Albani)

Dalam Syarah Shahih Muslim, Imam Nawawi mengatakan, “Larangan bernafas dalam bekas air minum adalah termasuk etika kerana dikhuatirkan hal tersebut mengotori air minum atau menimbulkan bau yang tidak enak atau dibimbangkan ada sesuatu dari mulut dan hidung yang terjatuh ke dalamnya dan hal-hal semacam itu.”

7. Hindari Menonggang
Rasulullah SAW telah mengajarkan adab meminum air dengan cara duduk, menempelkan bibir ke air, bernafas di luar gelas serta tidak minum dengan cara menonggang. Maksudnya adalah mencegah masuknya udara ke dalam perut.

8. Minum Dalam Keadaan Duduk
Janganlah kita minum dalam keadaan berdiri walaupun ia dibolehkan tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Anas juga berkata: “Rasulullah SAW telah melarang minum sambil berdiri”. (HR Muslim)

Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
Adapun Rasulullah SAW pernah sekali minum sambil berdiri, oleh kerana ada sesuatu yang menghalangi Baginda SAW untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan. Ingat hanya sekali kerana darurat!

Dari Ibnu Abbas beliau mengatakan, “Aku memberikan air zam-zam kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka Baginda SAW lantas minum dalam keadaan berdiri.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)

9. Larangan Minum Dalam Bekas Besar
Elakkan diri kita meminum dari bekas yang besar seperti teko dan cerek. Apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Sewaktu kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Ibnu Abbas menambahkan: “Rasulullah SAW telah melarang minum dari mulut teko”. (HR Bukhori dan Ibnu Majah)


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kamu minum sambil berdiri. Sesiapa terlupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad r.a.)

10. Menutup makanan dan minuman
Tutuplah tempat minuman terutama pada malam hari. Rasulullah SAW mewajibkan menutup makanan untuk melindunginya dari pencemaran, sebagaimana dinyatakan dalam hadis Nabi SAW: “Tutuplah makanan dan minuman”. (HR. Bukhari r.a.)

Dari Jabir bin Abdillah, ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tutupilah bejana-bejana dan wadah air. Kerana dalam satu tahun ada satu malam, ketika itu turun wabak, tidaklah ia melalui bejana-bejana yang tidak tertutup, ataupun wadah air yang tidak diikat melainkan akan turun padanya sesuatu penyakit.” (HR. Muslim r.a.)

11. Ucapkan Hamdalah, ‘Alhamdulillah’
Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) dan setelah selesai minum bacalah ‘Alhamdullilah’ tanda kita bersyukur atas nikmat yang Allah SWT kurniakan.

12. Mencuci mulut (berkumur) selepas makan
Hal ini dimaksudkan untuk membersihkan gigi dari sisa makanan dan bakteria. Secara Rasulullah SAW beliau menekankan pentingnya berkumur setelah minum susu: “Berkumurlah kalian setelah minum susu, kerana di dalamnya mengandung lemak”. (HR. Ibnu Majah)


 p/s: Untuk kebaikan diri....bukan susah mana pun...

Amalan Untuk Ibu Hamil


Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:

1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar,bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.
   
         p/s: Besar sungguh jasa seorang ibu...Syurga anak di bawah telapak kaki ibu.....

Pilih, Syurga atau Neraka???



Rasulullah saw bersabda: "Ketika Allah mencipta syurga dan neraka, Dia mengutuskan Jibril untuk melihat ke syurga, Allah berfirman: 'Lihat ke syurga dan lihat apa saja yang telah sediakan untuk para calon penghuninya!' Maka Jibril pun mendatangi syurga, kemudian melihat melihat syurga dan kepada apa yang Allah telah sediakan untuk para calon penghuninya. Kemudian Jibril kembali kepada Allah dan berkata: 'Demi keperkasaanMu, tidak ada seorang pun akan mendengar tentang syurga kecuali dia pasti ingin memasukinya.'
Lalu Allah memerintahkan agar syurga dikelilingi oleh hal-hal yang dibenci, kemudian Allah berfirman kepada Jibril: 'Kembalilah ke syurga dan lihatlah serta pula apa yang Aku telah sediakan bagi calon penghuninya.' Maka Jibril pun kembali ke syurga, ketika itu syurga telah dikelilingi oleh perkara-perkara yang tidak disukai. 
Kemudian dia kembali kepada Allah dan berkata: 'Demi keperkasaanMu, sesungguhnya aku takut kalau tidak ada seorang pun yang mahu memasukinya.' Allah berfirman: 'Pergilah ke neraka, lihatlah ke neraka dan kepada apa yang telah Aku telah persiapakan untuk para calon penghuninya!' Maka dilihatlah neraka, sebagainya pengantaran sebagian yang lain. Lalu Jibril kembali dengan berita tersebut, dan berkata: "Demi keperkasaanMu, tidak ada seorang pun yang mendengar tentang neraka kemudian ia berminat memasukinya."
Kemudian Allah memerintahkan agar neraka dikelilingi dengan hal-hal yang diingini oleh hawa nafsu, kemudian Allah berfirman: 'Kembalilah ke neraka!' Jibril pun kembalike neraka, lalu berkata: 'Demi keperkasaanMu, aku khawatir tidak akan ada yang selamat dari neraka, kecuali ia pasti memasukinya.''(HR Ahmad Abu Dawud dan At-Tirmizi) 

Dalam kehidupan ini kita mempunyai banyak pilihan. Jalan mana yang hendak kita ikut. Sama ada baik atau buruk di depan sana. Jika diletak antara intan permata dan batu kerikil di hadapan mata, sudah tentu kita akan memilih intan permata kerana kita tahu bertapa bernilainya dan indahnya intan permata tersebut. Jadi mengapa tidak kita memandang untuk kehidupan akhirat kita. Keindahan dan keseronokan dunia adalah sementara. Asyik kita menikmati syurga dunia, bersambung pula pesta bahang api di akhirat. Itulah habuannya... Dan begitulah sebaliknya. Allah telah menjanjikan ganjaran atas setiap perbuatan hamba-Nya. Allah kurniakan kita akal untuk berfikir, itulah beza kita dengan binatang. Bukan mudah hendak mendapatkan syurga Allah, sebelum itu kita perlu menghadapi pelbagai ujian dan cubaan dari Allah untuk memastikan bahawa layakkah kita memasukinya. Sesungguhnya syurga adalah nikmat bahagi yang abadi. Semoga sentiasa mendapat rahmat Allah...Ya Allah teguhkanlah hati kami, berikanlah kami kekuatan untuk mengadapi segala dugaanMu, janganlah Engkau golongkan kami di dalam golongan yang lalai. Ya Allah permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat kami....
Jadi pilih antara syurga atau neraka....Wallahualam...
Kongsikan....sama2 saling memperingti. ♥ ♥ ♥ 


 p/s: Demi mendapatkan sesuap nasi,  perlu berjerih bermandi peluh membanting tulang. Supaya tempolok berkerocong terisi. 


10 Kaedah Meraih kebahagiaan


Seorang pakar piskologi berbangsa Amerika Dr. Dicks mengatakan: “Kehidupan yang bahagia adalah keindahan yang memiliki sepuluh kaedah iaitu:
1.       Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yang anda sukai itu      sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu terluang.
2.       Perhatikan kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dengan mengaturkan rutin makan dan minum tanpa kelebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.
3.       Harus memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.
4.       Menjalani kehidupan dengan seadanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit, dengan hati yang lapang.
5.       Hayati hidup yang sedang dijalani, jangan menyesali perkara yang sudah berlalu, dan jangan pula merisaukan hari esok yang belum tiba.
6.       Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda atau atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.
7.       Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda, pasti anda akan berasa beruntung. Jangan memandang orang yang berada di atas, sudah pasti anda akan merasa sebaliknya.  
8.       Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang yang optimis.
9.       Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumannya kebahagiaan darinya.
10.   Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.
p/s: Keresahan dan kesempitan akan terus menyesakkan dada jika tidak berusaha untuk keluar dari celahan sengsara itu.

Berusaha Meniti Kejayaan

  
Menang kalah, jatuh bangun, berjaya dengan cemerlang atau gagal dalam apa jua perkara yang dilakukan adalah lumrah kehidupan. Sekalipun gagal, berputus asa bukanlah jalan yang bijak perlu diambil. Sebaliknya bangkitlah dari simpuh akibat jatuh tergelincir sedari tadi. Berdirilah dengan kaki sepenuh daya kudrat dan iradat yang Allah telah kurniakan kepada hambaNya. Lihatlah tempat anda tersimpuh tadi mungkin terdapat batu kecil yang menyebabkan ketergelinciran itu. Mengkaji kelemahan dan kesilapan, seterusnya memperbaiki dan ubahlah kecacatan yag telah dilakukan dalam meraih keinginan itu. 

Andai inilah habuannya atas usaha yang itu, 
Cekalkanlah hati terima dengan berlapang dada...
Gagal sekali tidak bererti selamanya gagal....
Usahlah berputus asa....
Hapuskanlah airmatamu dan raihlah redha Allah...
Yakinlah bahawa sesungguhnya jika Allah menyukai sesuatu kaum maka Dia akan campakkan cubaan pada mereka. Begitu jugalah diri kita. Allah ♥ kita. Jadi usahlah berputus asa, pandang terus ke hadapan dan apa yang berlaku di belakang kita jadikan pengajaran.
(^_^) 

Kongsikan, mungkin dapat membantu rakan kita yang sedang diamuk duka. InsyaAllah... 

p/s: Sedang menyusun orak langkah masa depan.... 

Kelebihan Berselawat

Assalamualaikum sahabat....


Sesungguhnya dengan berselawat jiwa akan menjadi tenang. Selawat merupakan salah satu amalan yang paling utama. Terdapat banyak kelebihan jika mengamalkan selawat nabi ini. Antaranya:

- Tiket untuk mudah masuk syurga dan terlepas daripada kerumitan semasa perhisaban.
- Menyebabkan hajat doa dan amalan diterima Allah. Maka amalkan selawat pada pembuka dan penutup doa.
- Boleh menghapuskan dosa dan kesalahan lalu.
- Menjadi jaminan untuk mendapatkan rahmat Allah di dunia dan akhirat. Juga mendapat syafaat Nabi Muhammada saw.
- Sebagai benteng daripada sifat orang munaiq dan kafir.
- Berselawat jga dianggab bersedekah. Sebagai ganti kepada mereka yang tidak mampu bersedekah.
- Selamatkan daripada huru-hara hari kiamat.
- Dikasihi Rasulullah dan dapat turut serta mendampingi Baginda di syurga.
- Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia. Manakala di akhirat pula terlepas daripada segala dukacita, sepertimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya mereka yang paling utama di hari kiamat bagiku ialah paling banyak berselawat untukku."
- Rasulullah saw juga bersabda, yang bermaksud: "Sesungguhnya yag membaca satu selawat kepadaku, nescaya daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat pangkatnya sepuluh darjat." (Riwayat Ibn. Abi Syaibah)
- Dalam riwayat al-Tabrani daripada Husian bin Ali ra, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ''Di mana sahaja kamu berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu sampai kepadaku."' 

 Kongsi dan sebarkan. Sama-sama kita perolah kebaikan.


p/s:  Mencari redha Allah........

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..
 
 
Pinjam nurkilan ini dari [sini] . Huhuhu..kalau pinjam kena pulang. Saya ambil n kongsikan pada kalian. Secara tidak langsung promosikan tulisan beliau. Terima kasih kepadanya. :D Inilah dia, memandangkan diri ni tidak pandai bermadah...Tetapi sememangnya ini sebenarnya desus rasa hati....Mampukah aku menjadi sepertimana mereka. Yang hebat.....
 
     p/s: Allah telah memberi kita contoh-contoh teladan  wanita solehah....Jadi didiklah diri menjadi sepertimana mereka. 

Daun Sirih Segarkan Wajah


Tengok bertapa hebatnya kita Melayu. Petua nenek moyang nak sihat banyak tapi masih tak suka nak ambil tahu. Kolot ke amalkan untuk kesihatan? Orang zaman sekarang sanggup berhabis untuk sihat. Jadi apalah salahnya kita gunakan malar hijau ni, daripada dia mati kering. Allah telah ciptakan penyakit, tetapi Dia juga sediakan kita ubat-ubatan untuk kita berusaha dan berikhtiar. Sesungguhnya orang yang bersabar akan peroleh habuannya. Ha, gitulah ceritanya.... Mari kita lihat apa benda sebenarnya daun sirih dan khasiatnya.
 
Daun sirih....Nama pokok menjalar yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu. Banyak kegunaan dan khasiatnya. Sepeti yang kita tahu, daun sirih sering digunakan dalam pelbagai adat istiadat orang Melayu. Sehingga ke hari ini tepak sirih masih menjadi keutamaan di dalam adat istiadat perkahwinan. Menurut orang tua-tua dahulunya tepak sirih atau daun sirih ini akan diletak di ruang tamu. Sebelum air bujang dijamu, sirihlah yang menjadi santapan mereka. Kalau tak makan akan dianggab tidak beradab.

Itu adalah adatnya berkaitan tumbuhan ini.. Saya kurang arif berkaitan adat Melayu ni, bukan tak mahu belajar, kalaulah belajar sekalipun tidak terikut...terlalu banyak. Rasanya ramai yang kenal daun sirih ini. Tapi tak ramai yang tahu khasiatnya. Bukan sahaja untuk di makan/minum malah untuk dijadikan ubat sapu, air bilasan dan sebagainya.

  • Kurangkan resdung/cerahkan penglihatan/segarkan dan pencuci muka:
Basuh muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Seelok-eloknya 3kali disertai dengan selawat. InsyaAllah muka akan segar dan kurang jerawat. Jika yang ada resdung tu, sedut air rebusan daun sirih itu semasa mencuci muka dan sambil-sambil basuh muka juga, janganlah ditutup matanya. Biarkan mata terbuka. InsyaAllah terang mata, muka bercahaya, bernafas pun segar.  
  • Bau ketiak/badan:
Ambil daun sirih 2-3 helai direndam dalam air panas 1/2gelas. Tambah satu sudu teh gula pasir. Biarkan sampai air suam-suam kuku. Jangan lupa sebelum minum didahului dengan bismillah dan selawat. Asingkan daun sirih itu tadi dan airnya diminum. Amalkan 2-3 kali seminggu. Boleh juga ketika mandi, daun sirih yang telah lumat dicampurkan sedikit air, dilumurkan di sekitar bandan dan ketiak. Bandan akan kurang berbau dan daki.
  • Ubat bisul:
Ambil beberapa helai daun sirih, sedikit gambir dan kapur. Tumbul sehingga lumat dengan sedikit air. Kemudian sapukan di sekeliling tempat bisul. Biarkan sehari semalam. Ulang sehingga pulih. 
  •  Perapat/keputihan/gatal-gatal/kurangkan bau busuk  di vagina :
 Ambil daun sirih secukupnya dan direbus bersama garam kasar, dan buah manjakani. Gunakan rebusan daun sirih untuk dibuat cebok dengan disertai selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Kalau gatal-gatal badan boleh juga air rebusan daun sirih ini dibuat mandi. 
  • Hidung berdarah:
Ambil sehelai daun sirih, dilipat dan direyuk-renyuk (gosok-gosok di telapak tangan) sehingga lembut. Terus sumbat di lubang hidung. Mendongak dan bernafas seperti biasa.  Selang beberapa minit pendarahan akan berhenti.
  • Bau mulut dan gusi berdarah:
    Kunyah daun sirih sehingga lumat, tahan dan dikumur-kumur. Setelah itu, ludah. Jangan ditelan pula (nak telan pun boleh). Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari. 
~Peringtan selalunya kalau rebus air daun sirih, pastikan kalau letak 4 gelas air, hasil air rebusan tadi mestilah kurang dari kuantiti asal airnya tadi. Contoh 4 gelas, jadinya 2 gelas. 


Setakat ini sahaja yang saya tahu mengenai petua nak manfaatkan ciptaan Allah yang berguna ni, daun sirih.
Selamat mencuba........ :-D


 p/s: Ada lagi beberapa petua merepek saya, yang saya reka sendiri. Segan nak kongsi....belimbing buluh+bawang+madu= nanti saya kongsi ya...

AYAT LIMA Pendinding Diri

Ayat lima ialah ayat-ayat yang diambil dari lima surah dalam Al-Quran.
Tiap-tiap satu dari lima ayat itu terdapat sepuluh buah huruf "Qaf" (kaf besar), sebab itu ayat lima ini boleh juga disebut dengan ayat 50 Qaf. Ayat ini boleh digunakan sebagai penolong dan pendinding diri. 
+ Al-Baqarah ayat 246
+ Ali-Imran ayat 181
+ An-Nisaa ayat 77
+ Al-Maaidah ayat 27
+ Ar-Ra'd ayat 16
 Rahsia/Khasiat yang besar sekali ertinya, diantaranya ialah:

ü  Ibnu Mas'ud meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw selalu membaca ayat lima ini, baik sedang berada dalam negeri atau sedang dalam perjalanan dan dalam peperangan. Dalam peperangan beliau selalu selalu dapat mengalahkan orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan selalu mendapat pertolongan Allah.

ü   Sayyidah Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw menerangkan bahawa bila ayat lima dituliskan di dalam bekas, kemudiaan diisi dengan air dan airnya diminum pada hari Jumaat, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya kemudian diisi hatinya dengan nur hadiah keyakinan dan kasih sayang. 

ü  Jika seorang pemimpin selalu membaca ayat lima ini, maka akan ditetapkan hatinya oleh Allah, diberi pengaruh serta kekuataan dan patuh kepadanya oleh semua orang-orang pimpinannya.

ü  Jika ditulis dan digantungkan pada hujung senjata untuk menghadapi musuh dalam pertempuran, maka Allah akan memecahbelahkan kekuatan musuh.

ü  Dipelihara dari kekejamannya dan tipu daya. Ayat lima adalah dinding dari kejahatan manusia, jin dan syaitan. 

ü  Salman al-Farisi r.a berkata: "Rasulullah saw mengajarkan kepadaku ayat lima," kemudian baginda berkata, "Siapa yang membaca dan mengamalkannya Allah akan melanjutkan usianya, mengampuni dosanya dan mudah tercapai apa yang dikehendakinya."

Keterangan ini diambil dari Tafsir Al-Arais. Saya petik dari buku risalah amalan harian tulisan Amiruddin Faatih dan mungkin boleh rujuk [di sini]. Berikut adalah surah-surah AYAT LIMA, semoga dapat memudahkan kalian untuk merujuk dan diamalkan dalam kehidupan hariaan.
Boleh juga dengar AYAT LIMA [di sini].


Maksudnya: Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah: 246)

Maksunya: Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: "Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar mu. (Ali-Imran: 181)



Maksudnya: Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Harba benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun". (An-Nisaa: 77)


Maksudnya: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; (Al-Maaidah: 27)


Maksudnya: Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa". (Ar-Ra'd: 16)
 ..............................................................................................................................................
Allah yang berkuasa untuk melaksanakan apa yang dikehendaki.
Allah yang Maha Kuat tidak memerlukan orang untk menolong-Nya.
Allah Maha Perkasa kepada orang yang melampaui batas dan orang yang berdosa.
Semoga Maha Suci menunjukkan kepada orang yang dikendaki.
Allah Maha terus-menerus mengurus makhluknya dengan memberi rezeki kepada orang yang dikehendaki, rezeki kekuatan. 

              p/s: Semoga terpelihara dari sebarang anasir jahat oleh mereka yang durjana.

Kisah Kesabaran Nabi Yusuf


Kesabaran Nabi Yusof

Kasih sayang yang dicurahkan oleh Nabi Yaakub a.s terhadap puterannya, Yusuf a.s menimbulkan perasaan iring hati di kalangan anak-anaknya yang lain. Sepuluh orang saudara Yusuf ini merasa mereka seperti tidak diendahkan lagi. Pujian terhadap kebaikan budi pekerti Yusuf yang sering meniti di bibir Nabi Yaakub menambahkan lagi rasa dengki. Nabi Yaakub telah menyedari hal ini. Oleh kerana itu Nabi Yaakub merasa bimbang mereka merancang sesuatu yang buruk untuk menginaya Yusuf.

Mimpi Yusuf melihat 11 butir bintang dan matahari serta bulan bintang tunduk hormat kepadanya memberi pertanda bahawa baginda pada suatu hari nanti bakal mendapat kedudukanyang tinggi. Nabi Yaakub berpesan kepada Yusuf agar tidak memberitahu mimpi itu kepada saudaranya yang lain kerana khuatir mereka akan menjalankan pakatan jahat terhadapnya. Menyedari Yusuf adalah bakal pemimpin umat dan menerus tall kenabian menyeabkan kasih Nabi Yaakub pada puteranya Yusuf semakin erat.

Namun segala rahsia tentang kemulian yang akan diperolehi Yusuf itu sampai ke telinga abang-abangnya. Api kebencian dan kedengkian yang sedia ada dalam hati mereka menjadi marak. Lantaran idea-idea jahat mula menusuk dalam kotak fikiran mereka. Yusuf mesti dihapuskan segera! “Kita bunuh saja Yusuf,” acum adik-beradik itu di antara satu sama lain. “Oh jangan bunuh dia. Apa kata kalau kita campak dia ke dasar perigi buta. Biarkan sahaja musafir lalu di situ memungutnya,” kata salah seorang dari mereka.

Bagi menjayakan rancangan jahat itu, lantas mereka meminta izin Nabi Yaakub untuk membawa Yusuf pergi bersiar-siar. Pada mulanya Nabi Yaakub agak keberatan kerana khuatirkan keselamatannya. Tetapi jaminan dan janji yang diberi oleh anak-anaknya untuk menjaga Yusuf dengan baik akhirnya Nabi Yaakub membenarkannya.

Keesokan harinya Yusuf dibawa jauh dari kawasan rumah menuju ke satu kawasan yang jauh dari situ. Setibanya di sana Yusuf terus diheret ke sebuah telaga buta yang dalam lagi gelap. Tanpa belas kasihan, Yusuf yang ketika itu masih kecil dicampak ke dalam perigi.

Ketika hari hamper senja abang-abang Yusuf sampai ke rumah. Mereaka berpura-pura menangis tersedu sedan di depan Nabi Yaakub dan mengadu tentang nasib yang menimpa Yusof. “Ayah Yusuf dimakan serigala. Kami tidak sedar binatang itu datang membahamnya kerana ketika itu kami pergi memburu dan Yusuf menjaga barang-barang,” jelas salah seorang dari anak-anaknya. “Memang ayah tidak akan percaya cakap kami, tapi ini buktinya,” balas mereka sambil menunjukkan baju Yusuf yang sengaja dilumurkan darah serigala.

Nabi Yaakub terpaksa menerimanya walaupun hati kecilnya bukti kematian Yusuf adalah palsu.

Namun Allah Yang Maha Berkuasa, Yusuf selamat apabila sekumpulan pedagang menjumpainya terdampar dalam perigi itu. Lantas baginda dibawa ke sebuah bandar di negeri Mesir. Setelah melakukan perundingan ahli perniagaan itu bersetuju menjual Yusuf kepada seornag wazir negeri Mesir bernama Al-Aziz. AKhirnya Yusof dijadikan anak angkat wazir itu.

Baginda membesar dalam istana Al-Aziz dengan penuh kemuliaan sehinggalah meningkat remaja. Ketika itu ketampanan Yusuf makin menyerlah. Keluhuran budi pekerti dan sifat lemah lembutnya sungguh menawan. Sifat kenabiannya jelas terpancar pada diri dan perilakunya.
Dalam diam-diam isteri Al-Aziz, Zulaikha menyimpan rasa cintanya pada Yusuf. Dia jatuh hati dengan ketampanan Yusuf dan kebaikan tingkah lakunya. Desakan naluri cintanya semakin marak dan sukar dibendung. Lantas suatu hari semasa Al-Aziz tiada di rumah, Zulaikha cuba menggoda Yusuf. Walaupun dia sudah berumur namun wajahnya masih menawan.

Yusuf diajak ke dalam bilik tidurnya. Apabila Yusuf masuk ke dalam Zulaikha segera menutup pintu biliknya. “Marilah wahai Yusuf. Aku sukakan kau,” pujuk Zulaikha sambil menahan gelojak nafsunya. “Sesungguhnya aku berlindung kepada Allah,” jawab Nabi Yusuf. Dia menolak ajakan Zulaikha kerana sedar bujukan itu adalah menuju kepada kemaksiatan.

Nabi Yusuf segera meluru dan menolak daun pintu. Zulaikah lantas mengejar Yusuf dan sempat menarik baju Yusuf hingga terkoyak. Malangnya Al-Aziz sudah tercegat di situ sebaik sahaja pintu terkuak. Zulaikha terjterus meluru kepada suaminya yang masih tercengang-cengang dengan apa yang terjadi. “Dia (Yusuf) yang memujukku! Penjarakan sahaja orang yang berbuat jahat pada isterimu,” jerit Zulaikha berhelah.

Nabi Yusuf yang segera mempertahankan diri dengan menafikan tuduhan berunsur fitnah yang bertujuan menjatuhkan maruahnya. Namun banginda tiada ruang yang cukup untuk menegakkan kebenarannya. Keadaan lebih berpihak kepada Zulaikha kerana dia berada diposisi yang kuat. Meskipun ada di antara ahli keluaraga Al-Aziz meragui tuduhan itu kerana baju Yusuf yang terkoyak dari belakang, Yusuf terpaksa dipenjarakan atas desakan Zulaikah. Ini jelas menunjukan bahawa Zulaikha lah yang berlaku sumbang. Namun begitu seluruh masyarakat Mesir tahu kebenaran berpihak pada Yusuf. Mereka mengkeji perbuatan terkutuk Zulaikha itu.

Baginda tetap cekal meskipun disumbat dalam penjara sekian lama. Nabi Yusuf cukup sabar menghadapi ibtila (uijan) yang berat sebagai persediaan untuk menjadi rasul dan pemimpin umat. Ini merupakan sunatullah bagi setiap hambaNya. Baginda akhirnya dibebaskan kerana berjaya memberi cadangan untuk menyelamatkan rakyat Mesir dari kebuluran semasa musim kemarau. Setelah itu Nabi Yusuf diamanahkan menjaga perbendaharaan negara. Malah kemudiannya pemerintahan Mesir turut diserahkan kepada baginda.
 
Ikhtibar dari Kisah Nabi Yusuf ini... 

 ü Fitnah pada umumnya sudah lama digunakan untuk memusnahkan/menjatuhkan seseorang.

 ü Seseorang itu mudah diperdayakan dengan perempuan.
  * Justeru perlulah berhati-hati dan jangan dedahkan diri dengan fitnah. Sepertimana Zulaikha, seorang yang punyai kuasa boleh bertindak melakukan apa sahaja sehingga sanggup mengorbankan mangsanya yang tidak berdosa.

ü  Laranga terhadap membuat tuduhan zina tanpa bukti.
 *  Surah Al-Nur, Allah menjelaskan jika penuduh gagal membawa empat orang saksi, mereka akan dikenakan 80x sebatan.
 *  Empat orang saksi cukup penting bagi membuktikan sesuatu tuduhan itu melampaui keraguan.
 *  Bertujuan untuk menjaga kehormatan seseorang dan tidak sewenang-wenangnya menuduh orang melakukan zina. Hal ini kerana pernuduhan ini bukan sahaja memberi kesan buruk terhadap diri malah menjejaskan keluarga dan masyarakat bahkan akan disebut sampai bila-bila.

Sesungguhnya walauapapun yang menimpa, bersabarlah kerana kebenaran akan tersingkap juga. Kebenarana itu akan lahir sebanyak mana hujah kebatilan dan lenyap jua. Pokok utama adalah kesabaran dalam menghadapi/menempuh ujian. Wallahualam.....

   p/s: Sesungguhnya lembut lidah tidak bertulang, lembut lidah dari gigi...Hindarilah fitnah dan mengadu domba...

Rakan Yang Setia