Berusaha Meniti Kejayaan
Menang kalah, jatuh bangun, berjaya dengan cemerlang atau gagal dalam apa jua perkara yang dilakukan adalah lumrah kehidupan. Sekalipun gagal, berputus asa bukanlah jalan yang bijak perlu diambil. Sebaliknya bangkitlah dari simpuh akibat jatuh tergelincir sedari tadi. Berdirilah dengan kaki sepenuh daya kudrat dan iradat yang Allah telah kurniakan kepada hambaNya. Lihatlah tempat anda tersimpuh tadi mungkin terdapat batu kecil yang menyebabkan ketergelinciran itu. Mengkaji kelemahan dan kesilapan, seterusnya memperbaiki dan ubahlah kecacatan yag telah dilakukan dalam meraih keinginan itu.
Andai inilah habuannya atas usaha yang itu,
Cekalkanlah hati terima dengan berlapang dada...
Gagal sekali tidak bererti selamanya gagal....
Usahlah berputus asa....Hapuskanlah airmatamu dan raihlah redha Allah...
Yakinlah bahawa sesungguhnya jika Allah menyukai sesuatu kaum maka Dia akan campakkan cubaan pada mereka. Begitu jugalah diri kita. Allah ♥ kita. Jadi usahlah berputus asa, pandang terus ke hadapan dan apa yang berlaku di belakang kita jadikan pengajaran.
(^_^)
Kongsikan, mungkin dapat membantu rakan kita yang sedang diamuk duka. InsyaAllah...
Hari-hari saya bangun dan jatuh. Sebati dah dengan perjalanan hidup saya.. :)
BalasPadamBegitu jua saya...sesungguhnya Leia, segala cubaan ni lah yg membuat diri kita bertambah lebih matang dan kuat. Mungkin apa yang kita lalui ini adalah sebagai persiapan untuk diri kita di masa depan. Ada yang lebih hebat menanti kita di depan sana....:D Wallahualam....
BalasPadam