Asalamualaikum ....
Kita selalu dengar dan orang pesan, 'makanlah ikut sunnah Nabi SAW....' tapi jarang atau mungkin tak pernah dengar mengenai minun menurut sunnah Nabi SAW. Pakai balun je..asal teguk ye tak... Jadi ini saya rasakan ianya menarik dan ilmu yang baru untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah....
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam telah menunjukkan contoh teladan
yang terbaik yang boleh diikuti untuk menjaga kesihatan tubuh badan agar
sentiasa sihat bagi memudahkan kita menjalani ibadah kepada Allah Ya Rahim Ya
Karim.!
1. Gunakan Tangan Kanan
Nabi Muhammad SAW mengajar untuk kita makan dan memegang bekas minuman
menggunakan tangan kanan dan melarang umatnya menggunakan tangan kiri kerana ia
adalah sifat syaitan dan ciri-ciri orang yang bongkak.
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Jangan engkau makan dengan
(tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan)
kirinya.” (HR Muslim)
Rasulullah SAW bersabda; “Jika salah seorang dari kamu hendak makan,
hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum
dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum
dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)
2. Niat Kerana Allah SWT
Hendaklah ketika minum berniat bagi menyegar dan
menyihatkan tubuh badan supaya memudahkan beribadah dan kerana Allah SWT.
Hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, Rasulullah
SAW bersabda; “Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan
sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan.”
(Riwayat al-Bukhari).
3. Baca ‘Basmallah’
Memulai minum dengan Basmalah:
‘Bismillahir-rahmanir-rahim’
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan
penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt,
apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan
itu.
“Apabila seseorang di antara kamu minum dan memakan
makanan, katakanlah ‘Bismillah’. Apabila lupa pada permulaannya, katakanlah
‘Bismillahi fii awwalihi wa aakhirihi.’” (HR. Abu
Dawud dan at-Tirmidzi)
4. Membaca Doa
Doa minum air;
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَشْرَبُهُ لِتَغْفِرَلِى وَلِتَفْعَلَ بِى، فَاغْفِرْلِى أَوِافْعَلْ
Ya Allah! Sesungguhnya daku meminumnya dengan
harapan Dikau mengampuni daku dan mengabulkan maksudku; Maka ampunilah daku
serta kabulkanlah.
5. Minum Dengan Tiga Nafas
Minum
dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali
berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.Dari Abu Qatadah,
Nabi SAW bersabda, “Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air
minumnya.” (HR. Bukhari dan
Muslim r.a.)
Nabi SAW
sering meminum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di luar gelas dan
mengucapkan ‘Alhamdulillah’ di antara tiga kali tegukan. Baginda SAW juga akan
teruskan minum dengan setiap tegukan diselangi bernafas di luar gelas sehingga
habis.
Diriwayatkan
dari Anas radhiyalaahu anhu (r.a.) bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali
ketika minum, “Rasulullah SAW biasa bernafas tiga kali sewaktu minum.” (HR.
Muttafaq ‘alaih).
Anas bin
Malik r.a. berkata lagi; Baginda SAW bersabda: “Sungguh, ini lebih
mengenyangkan, menyembuhkan, dan menyegarkan”. (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu beliau
mengatakan, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam minum beliau mengambil
nafas di luar bekas air minum sebanyak tiga kali.” Dan Baginda SAW bersabda,
“Hal itu lebih segar, lebih sedap dan lebih nikmat.” Anas mengatakan, “Oleh
kerana itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR.
Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)
6. Dilarang Meniup Minuman
Jangan
bernafas dan meniup air minum di dalam bekas, terutama meniup air yang panas,
kerana perbuatan itu akan menjadikan minuman bertoksid disebabkan Co2 yang
dihembuskan ke dalamnya.
Ubay bin
Ka’ab berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak
bernafas di dalam cawan. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman.”
Dari Ibnu
Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk bernafas
atau meniup bekas air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728,
hadits ini dishahihkan oleh Al-Albani)
Dalam
Syarah Shahih Muslim, Imam Nawawi mengatakan, “Larangan bernafas dalam bekas
air minum adalah termasuk etika kerana dikhuatirkan hal tersebut mengotori air
minum atau menimbulkan bau yang tidak enak atau dibimbangkan ada sesuatu dari
mulut dan hidung yang terjatuh ke dalamnya dan hal-hal semacam itu.”
7. Hindari Menonggang
Rasulullah SAW telah mengajarkan adab meminum air
dengan cara duduk, menempelkan bibir ke air, bernafas di luar gelas serta tidak
minum dengan cara menonggang. Maksudnya adalah mencegah masuknya udara ke dalam
perut.
8. Minum Dalam Keadaan Duduk
Janganlah kita minum dalam keadaan berdiri walaupun
ia dibolehkan tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Anas juga berkata: “Rasulullah SAW telah melarang
minum sambil berdiri”. (HR Muslim)
Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan
minum sambil berdiri.
Adapun Rasulullah SAW pernah sekali minum sambil
berdiri, oleh kerana ada sesuatu yang menghalangi Baginda SAW untuk duduk,
seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan
kebiasaan. Ingat hanya sekali kerana darurat!
Dari Ibnu Abbas beliau mengatakan, “Aku memberikan
air zam-zam kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka Baginda SAW
lantas minum dalam keadaan berdiri.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)
9. Larangan Minum Dalam Bekas Besar
Elakkan diri kita meminum dari bekas yang besar
seperti teko dan cerek. Apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya
kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan
menghembuskan nafas dari hidung kita.
Sewaktu kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2
iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi
H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Ibnu Abbas menambahkan: “Rasulullah SAW telah
melarang minum dari mulut teko”. (HR Bukhori dan Ibnu Majah)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Janganlah kamu minum sambil berdiri. Sesiapa terlupa sehingga minum sambil
berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad r.a.)
10. Menutup makanan dan minuman
Tutuplah tempat minuman terutama pada malam hari.
Rasulullah SAW mewajibkan menutup makanan untuk melindunginya dari pencemaran,
sebagaimana dinyatakan dalam hadis Nabi SAW: “Tutuplah makanan dan minuman”.
(HR. Bukhari r.a.)
Dari Jabir bin Abdillah, ia berkata, aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda, “Tutupilah bejana-bejana dan wadah air. Kerana dalam
satu tahun ada satu malam, ketika itu turun wabak, tidaklah ia melalui
bejana-bejana yang tidak tertutup, ataupun wadah air yang tidak diikat melainkan
akan turun padanya sesuatu penyakit.” (HR. Muslim r.a.)
11. Ucapkan Hamdalah, ‘Alhamdulillah’
Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan)
dan setelah selesai minum bacalah ‘Alhamdullilah’ tanda kita bersyukur atas
nikmat yang Allah SWT kurniakan.
12. Mencuci mulut (berkumur) selepas makan
Hal ini dimaksudkan untuk membersihkan gigi dari
sisa makanan dan bakteria. Secara Rasulullah SAW beliau menekankan pentingnya
berkumur setelah minum susu: “Berkumurlah kalian setelah minum susu, kerana di
dalamnya mengandung lemak”. (HR. Ibnu Majah)
p/s: Untuk kebaikan diri....bukan susah mana pun...
Ulasan
Catat Ulasan