Nota Usrah

( Sumber FB...-Hilang pula link nya...:D)

Inilah kehidupan kita di dunia....Semuanya telah diaturkan oleh Allah. Jangan sesekali mudah lupa akn itu dan bersifat sombong dengan hidup ini. Manusia tidak mampu menghitung apa yang dinikmati kerana tidak ada satu pun melainkan ia adalah ihsan kurniaan Allah. Allah Maha Pengasih dan Maha Pemurah tidak meminta sebarang balasan terhadap apa dianugerahkan kepada manusia, melainkan beribadat dan bertakwa kepada-Nya.Setiap yang dilakukan manusia untuk dirinya sendiri baik di dunia mahupun akhirat, Allah tidak mengharapkan pertolongan daripada manusia. Sesungguhnya sifat manusia mudah lupa, maka Allah banyak kali memberi peringatan dalam al-Quran yang menyebut kalimah syukur digandingkan dengan kalimah zikr (ingat). 
 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun hanya seberat debu. Lalu seorang sahabat bertanya: “Sesungguhnya ada orang yang suka pakaian dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW menjawab dengan sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu adalah menolak yang hak dan menghina orang lain.” (HR Muslim) 
Indahnya kehijauan, kedamaian dan segar....Saya SUKA hijau..^_^
Jadi marilah kita saling berpesan-pesan dan mengigatkan rakan-rakan kita di luar sanahari ini, kerana 'esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.' Semoga mendapat keberkatan dari Allah swt. InsyaAllah.....wallahualam...

     p/s: Otak comelku semakin melesu.....perlukan kehangatan melancarkan peredaran....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?