Saya Tidak Suka Bermusuh

Dalam kehidupan ini, tiada siapa yang terlepas daripada melakukan kesilapan. Hal yang sekecil kuman sehinggalah sebesar gunung. Kadang ia terjadi tanpa sedar, mungkin juga disengajakan. Bukan mudah untuk memuaskan hati manusia, kerana setiap manusia mempunyai keinginan dan pemikiran masing-masing. Sehingga kadang-kadang kala diri dimusuhi tanpa sebab dek kerana perasaan iring hati dan hasad dengki mereka yang durjana yag tidak senang melihat kejayaan dan kelebihan yang kita miliki. 


Walauapapun sebab dan alasannya, tidak bermaknanya kita juga perlu turut membenci dan memusuhinya walaupun dihina, dicerca, diherdik, dicaci atau apa sahaja perkataan yang seangkatan dengannya sekalipun. Jika itulah yang kita lakukan, bermakna tiadalah bezanya kita dan dia, sama sahaja. Maka permusuhan akan berterusan. Mana persaudaraan yang diterapkan dalam Islam, yang mengajurkan rasa kasih sayang sesama sendiri.

Disebut dari Isa bin Maryam bahawa 'Cintailah orang yang memusuhinya.' Jadi kerana itu, berikanlah kemaafan kepada semua musuh kalian agar kalian sendiri terhindar dari segala permusuhan, iri hati, segala bentuk balas dendam dan kebencian yang mungkin akan menghancurkan hidup anda. 
"....dan mereka yag mahu maaf kepada orang lain. Allah mencintai orang-orang yag berbuat kebaikan." (Ali-'Imran: 134) 
Hiduplah dengan aman dengan senyuman, pasti segala yang dikerjakan menjadi mudah dan memperoleh kebaikan di dunia dan insyaAllah di akhirat kelak. Bukan susah hendak memaafkan musuh anda, maafkannya, redhailah dia, serahkan segalanya pada Allah.  

Sedikit tips ingin dikongsikan mungkin kalian semua telah tahu yang ini tapi saya tetap ingin berkongsi juga..huhuhu.... Pastikan tidur dalam keadaan berwuduk, dan bacalah Al-Fatihah, 4Qul, dan berkomunikasilah dengan Allah. Imbau kembali segala yang anda kerjakan sepanjang hari itu, dan mungkin kalian boleh berdoa macam ini >>> " Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosaku, aku  maafkan semua kesalahan musuh-musuhku, para kenalan dan juga sesiapa yang telah melakukan silap terhadapku sama ada sengaja atau tidak, dengan pengetahuanku atau tidak. Aku maafkan mereka semua, semoga Kau bukakkanlah pintu hati mereka agar terlihat akan kebenaran dan keinsafan. Amin...."

Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui....mesej-mesej dengan Allah ya...free sahaja, tidak perlu kredit pra-bayar, sos topup ke apa...

 p/s: Bersabarlah...Kita masih ada Allah untuk mengadu dan bergantung harap. Sesungguhnya pahala orang yang bersabar ibarat air yang mengalir.

Ulasan

  1. <3 Elil Husna, tolong maafkan sy. Sy nk start over dgn semua org.. :)

    BalasPadam
  2. <3 Leia...knpa nk mnta maaf dgn sy...Apapun, senyum selalu ye...:D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAT LIMA Pendinding Diri

SABAR ITU INDAH

Percaya atau tidak, perbuatan geletek boleh membunuh?