Apakah itu zina?
Zina adalah perbuatan buruk yang paling banyak memberi kesan
buruk kepada si pelaku, bahkan kepada keluaraga, masyarakat, bangsa dan agama.
Zina merupakan dosa besar malah seburuk-buruk kejahatan yang telah dinyatakan
oleh Allah swt.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” (Surah Al-Israa’: 32)
Allah swt menjadikan hukuman zina sebagai sekeras-keras
hukuman kepada penzina. Hukuman zina sama ada di dunia atau di akhirat.
Sesungguhnya pengaruh zina boleh memporak perandakan institusi kekeluargaan
sehingga tersebar luas yang menyebabkan keaiban seterusnya mencetuskan
pepecahan dalam masyarakat. Mungkin ada yang mengatakan ‘biarlah itu urusan dia
dengan Tuhan’ atau mungkin ‘ini urusan aku dengan Tuhan.’ Sememangnya hal ini
berkaitan dengan Allah...dan implikasinya akan bersangkut paut dengan semua
pihak. Menarik semua ke jurang neraka jahanam.
Zina?
Az-Zina bermaksud hubungan badan yang diharamkan. Hubungan badan ertinya
keintiman di antara lelaki dan wanita yang tidak berkahwin tetapi melakukan
perbuatan seperti mereka yang telah berkahwin dan bersetubuh. Hukumnya adalah
haram dan berdosa besar. Ini adalah bigha’ (perbuatan nista). Dalam istilah
syariat pula menyatakan bahawa zina adalah seseorang lelaki yang menggauli
seorang wanita yang belum dinikainya dengan pernikahan yang sesuai dengan
syariat.
Zina dikategorikan sebagai peringkat ketiga selepas
mensyirikkan Allah swt dan membunuh. Ini kerana zina bukan sahaja satu
perbuatan keji malah menjatuhkan maruah serta kehormatan diri si pelakunya. Dari
perbuatan zina itu tidak mustahil akan lahirnya anak zina yang menyebabkan
nasab keturunan seseorang itu tercalar dan menjatuhkan maruah serta harga diri
nasab keturunan itu sendiri.
Alah, comelnya...buat apa buang2.. Ne tahu jadi engineer ke nanti ni... |
Tidak kasihankah kita kepada anak zina itu. Sungguh si anak
tidak berdosa, yang berdosa adalah hubungan haram bapa dan ibunya di masa
lampau. Si anak terpaksa menanggung sengsara di pandang hina oleh masyarakat.
Si anak sangat berasa malu, merendah diri dan merasa diri tidak berguna. Keraguan nasab keturunan juga timbul, kerana
si anak tidak tahu dibin kan siapa. Inilh yang terjadi, si anak zina menjadi
mangsa dek kerana kerakusan nafsu si lelaki dan si wanita.
Ingatlah sesungguhnya telah jelas dalam Al-Quran, bahawa
lelaki penzina tidak akan mengahwini wanita kecuali wanita penzina atau
perempuan musyrik dan perempuan penzina tidak akan kahwini lelaki melainkan
lelaki itu penzina atau lelaki musyrik, yang demikian itu adalah haram di atas
orang-orang Mukmin.
Tidak takutkah kita dengan azab Allah yang amat pedih.
Sedangkan terkena api lilin kita mengaduh...Inikan pula bermandi api neraka. Sama-samalah kita renungkan dan bertaubat
kembali ke jalan Allah dalam segenab hal, kerana mungkin kita sendiri tidak
sedar akan bertapa banyaknya debit dalam akaun amalan kita. Wallahualam...
p/s: Malu adalah benteng dari runtuhnya iman...
Ulasan
Catat Ulasan