Solidarity With Palestinian Prisoners On Hunger Strike
Bagaikan katak bawah tempurung...ketinggalan sedikit. Ramai kenalan FB tukar DP kepada simbo warna coklat. Peliknya. Mana dapat DP yang macam ni. Setelah mengkaji barulah saya tahu, rupa-rupanya mereka menukar default picture dengan avatar 'Solidarity With Palestinian Prisoners On Hunger Strike' sebagai tanda sokongan terhadap banduan Palestin yang di dalam penjara Israel. Ramai yang menukar DP kepada avatar ini dan ade juga yang mungkin yang tidak nampak akan manfaatnya sehingga memperlekehkannya.
Apakah maksud avatar coklat ini:
+ Sebagai tanda simbolik tahanan Palestin di dalam penjara.
+ Coklat adalah pakaian tahanan yang dikuatkuasakan oleh Penjara Israel terhadapa tahanan Palestin.
+ Tujuan DP ini adalah untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada semua orang mengenai nasib saudara Islam kita para tahanan Palestin di penjara Israel yang sedang mogok lapar. Ini adalah mogok lapar yag paling terbesar dalam sejarah dunia.
+ Coklat adalah pakaian tahanan yang dikuatkuasakan oleh Penjara Israel terhadapa tahanan Palestin.
+ Tujuan DP ini adalah untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada semua orang mengenai nasib saudara Islam kita para tahanan Palestin di penjara Israel yang sedang mogok lapar. Ini adalah mogok lapar yag paling terbesar dalam sejarah dunia.
Di sini saya lampirkan mengenai nasib yang Palestin yang saya dapat dari FB (Be Humble).
MEMPERINGATI 64 TAHUN HARI NAKBAH PALESTIN - 15 MEI 2012
Tanggal 31 ogos merupakan tarikh bersejarah buat Negara Malaysia kerana berjaya bebas dari belenggu jajahan british. Saat yang menggembirakan pabila menggambarkan laungan ‘ MERDEKA ‘ bersahutan di stadium merdeka. Betapa bahagia rakyat Malaysia saat itu. Malaysia melakarkan sejarahnya yang tersendiri.Tarikh 16 mei juga menjadi sebutan saban tahun. Masakan tidak, segala jasa guru diabadikan pada hari tersebut. Namun, pernahkah terdetik di hati kita akan tarikh bersejarah 15 mei 1948? Jika Malaysia mempunyai detik bersejarah yang membanggakan, namun, sebaliknya telah berlaku pada sahabat seislam kita di palestin. Ya, sudah pasti meruntun hati kita.
Pernahkah anda mendengar istilah nakbah? Apakah itu nakbah? Jom kita susuri sejarah nakbah Palestin. Moga dengan sejarah ini mampu terus menaikkan semangat juang kita seterusnya menggegar dunia palestin yang sejak sekian lama suram.
Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin pula bermaksud penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytihar rasmi pada tanggal 15 Mei 1948. Ini merupakan satu bencana besar yang menimpa bumi palestin. Kedamaian, keadilan telah direntap sekelip mata. Sebagai gantinya, kepedihan, keperitan dan derita makin dirasai di bawah kongkongan yahudi zionis.Pakatan Israel ini berjaya mengorak langkah sejak 1897 apabila tertubuhnya Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO). Kemudian, dengan satu tekad pembentukan negara zionis, serta kerjasama sekutu kuat mereka, British, mereka telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 november 1917. British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa yahudi di Palestin. Sejak itu, berlakulah penghijrahan beramai-ramai bangsa yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin sehingga mencecah ratusan ribu orang. Sedikit demi sedikit tanah Palestin dirampas samada secara kekerasan dan juga penipuan oleh pendatang yahudi. Mereka dengan angkuhnya menguasai tanah haram tersebut. Yahudi laknatullah ini bukan sahaja menidakkan hak penduduk bumi Palestin yang sah, malah tegar mencabuli perjanjian antarabangsa. British juga tanpa segan silu mendesak PBB menjadikan isu Palestin ini sebagai salah satu agenda PBB.
Menurut laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah menyatakan ketidakadilan bagi pihak Palestin untuk membahagikan tanah mereka kepada dua buah Negara bersaingan. Namun, usaha itu hanya sia-sia apabila pada tanggal 29 november 1947, PBB yang bertopengkan manusia tetap mengeluarkan sidang pleno PBB dengan meluluskan ‘ ketetapan 181 ‘. Sebagai akibatnya, 2/3 tanah Palestin secara sahnya telah dibahagikan kepada pendatang yahudi serta bakinya 1/3 keluasan tanah, diberikan kepada penduduk Palestin yang sah. Sekali lagi berlaku ketidak adilan apabila penduduk Palestin dinafikan hak mereka untuk bersuara. Mereka tidak langsung diminta pendapat serta keizinan malah sebaliknya, penindasan serta kezaliman makin bermaharajalela. Liga Negara Arab ketika itu juga gagal membantu Palestin apabila tentera yang dihantar turut dimusnahkan oleh pengganas yahudi. Akhirnya, Palestin terpaksa akur apabila yahudi zionis mengumumkan Negara Israel pada petang 14 Mei 1948 seterusnya mengisytiharkan kemerdekaan ‘ palsu ‘ mereka secara rasmi pada 15 Mei 1948.
Inilah yang dikatakan yahudi laknatullah. Mereka tidak akan sesekali berdiam diri serta bersenang lenang selagi impian mereka tidak terlaksana. Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud “Engkau akan temukan orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (QS. Al-Ma’idah: 82). Rejim yahudi meningkatkan serangan dengan menghancurkan 478 buah kampung dan mengusir hampir 800 000 rakyat palestin ke luar Negara. Warga tua, kanak-kanak serta ibu mengandung dibunuh. Malah, anak di dalam kandungan dikeluarkan terburai. Sehingga kini Palestin terus diasak kekejaman dan penindasan.
Peristiwa dahulu seolah-olah di ulang tayang semula kini. Pembunuhan, pemenjaraan, sekatan ekonomi serta serangan ke atas masjidil aqsa semakin menjadi-jadi. Namun, kemana perginya umat islam kini? Ketika saat British, yahudi dan PBB bersatu bergabung untuk menjatuhkan Palestin, umat islam tetap diam membatu seolah-olah menurut telunjuk PBB seperti Pak Pandir.
Ayuh, sahabat.. Isu Palestin ini bukan khas untuk rakyat Palestin sahaja. Bukan juga untuk negara-negara arab di sekitarnya, tetapi isu kita bersama selaku umat islam seluruh dunia. Sebagaimana termaksub dalam alquran yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat“ (Al-hujurat:10).
Pelbagai mekanisma harus diatur. Kefahaman perlu diperluaskan lagi, sumbangan kemanusiaan pula perlu dipergiatkan. Jom sama-sama tingkatkan usaha, perkasakan ukhuwwah, serta patrikan kesatuan bersama. Selebihnya, kita serahkan kepada ALLAH untuk menentukan segalanya. Insya-Allah, semoga kejayaan dan kegemilangan Islam sampai ke kemuncak satu hari nanti. Amin...Oleh: Nur ‘Amahirah binti Hasan Zaki,Kuliah Perubatan Universiti Iskandariah.
Syukur nikmat saya hidup dengan aman di bumi Malaysia ini. Mungkin dengan usaha ini dapat membangkitkan rasa keinsafan terhadap keberuntungan yang kita miliki kini, kerana kesenangan bukan milik kita, sebaliknya milik Allah. Bila-bila masa boleh Allah tarik. Mungki DP ini tidak membantu mereka secara langsung. Sekurang-kurangnya dengan DP ini dapat memberi peringatan kepada semua umat Islam di dunia ini agar mendoakan mereka yang berada di Palestin itu. Sesungguhnya senjata umat Islam adalah doa... Jadi marilah sama-sama kita berdoa untuk mereka...Wallahualam...
p/s: Sedangkan pemimpin dan negara menjalinkan hubungan diplomatik dengan Yahudi. Berdoa sahajalah kepada Allah, itu yang mampu kita lakukan... :(
Ulasan
Catat Ulasan