Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Petua Merawat Sakit Gigi

Imej
Sakit gigi menyeksakan. Makan tidak lalu, tapi perut lapar. Cakap pun terbatas, senyum tak larat. Kalau berjalan, aduh berdenyut. Namun apakan daya gigi sakit. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi: Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang. Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang. Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam. Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas. Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas. Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi. Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit

Mengembalikan Masa

Imej
Masa yang telah berlalu tidak mungkin dapat diputarkan kembali. Masa mendewasakan kita. Dari kita kecil sehinggalah kini. Perjalanan hidup terasa panjang. Tapi sedarkah kita sebaliknya masa itu sangat singkat. Pejam celik, siang malam, semuanya bagaikan tidak sempat untuk kita kejar. Tak puas untuk kita nikmati. Masa jika dimanfaatkan banyak perkara yang akan lakukan. Allah telah tetapkan perjalanan masa itu 24jam sehari. Namun masih ada yang merungut tidak cukup masa. Mungkin tanpa kita sedar kita sendiri dalam kelalaian. Kita dibekalkan dengan akal. Akal untuk kita berfikir, akal untuk kita membuat perhintungan, akal untuk memilih, akal untuk dimanfaatkan. Namun kehendak yang pelbagai, keinginan yang meluap sehingga kita lalai akan tuntutan sebenarnya kita. Semasa di sekolah dahulu kita kerap diingatkan dengan peribahasa "masa itu emas", memang benar masa itu emas, masa itu sangat bernilai dan sukar untuk kita miliki apabila kita terlepas sesuatu peluang. Ketika itu barul

Kisra Parsi dan Seorang Perempuan Tua

Imej
Sekadar Hiasan Bazarjamhar, seorang lelaki yang bijaksana di Parsi mengatakan: " Ada seorang perempuan tua yang memiliki seekor ayam betina yang diletakkan di sebuah kandang yang berdekatan dengan istana Kisra. Suatu hari perempuan tua itu ke desa lain. Sebelum berangkat dia berdoa, "wahai Tuhanku, aku serahkan dan amanahkan ayam betinaku ini kepadaMu." Pada ketika perempuan tua tersebut pergi, Kisra mendekati kandangnya itu untuk memperluaskan tanah istana dan taman kerajaan. Para tenteranya kemudian menyembelih ayam milik perempuan tua itu dan memusnahkan kandangnya. Sekembalinya peremuan tua itu dari perjalannya, dai pun menengadah ke langit seraya berkata: " wahai Tuhanku, aku memang tidak ada saat terjadinya kejahatan itu, namun di mana Engkau saat itu? Allah pun memberikan keadilan dan membalaskan perlakuan Kisra it. Kisra itu dibunuh oleh anaknya dengan sebilah pisau ketika dia sedang tidur dipembaringannya. Kesimpulan dari cerita ini, sebaiknya redhalah

Kahwin Muta'ah

Imej
Ramai yang tidak tahu akan apa itu perkahwinan muta'ah. Di sini terdapat beberapa persoalan dan jawapan yang menjawab persoalan tersebut. Bagaimana kiranya seseorang lelaki menentukan dalam ijab kabulnya, ia akan berkahwin hanya dalam masa tiga bulan, atau enam bulan atau setahun. Adakah sah akadnya itu dan apa pula hukumnya? Mereka yang berkahwin yang menentukan dalam akad nikahnya untuk masa yang tertentu dinamakan dalam istilah hukum syarak kahwin muta'ah, atau kahwin muaqqat, atau kahwin mungqatek. Kahwin seperti ini dalam mazhab ahli sunnah waljamaah tidak sah, dan hukumnya adalah haram, tetapi dalam mazhab Syi'ah, kahwin seperti ini adalah sah dan tidak haram. Rasulullah s.a.w tidak saja mengkhuatiri umatnya yang masih lemah imannya, tapi juga kepada mereka yang kuat imannya. Banyak di antara mereka yang berniat mengebiri dirinya sendiri agar bisa menahan syahwat seksualnya. Untuk mengatasi hal tersebut, maka penyelesaian sementaranya adalah nikah mut’ah. “Kami da

Wanita Derhaka kepada Suami

Imej
Perkara- perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah: Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.  Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami. Minta talak. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya. Sebaliknya perkara yang wajib bagi wanita adalah: Mengekalkan malu pada suaminya. Merendahkan (menundukkan)

Duduk Antara Dua Sujud

Imej
TAHUKAH ANDA..... Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju-laju.. tahukah maksudnya?? Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku) Warhamni (sayangi aku) Wajburnii (Tutuplah aib-aibku) Warfa’nii (Angkatlah darjatku) Warzuqnii (Berilah aku rezeki) Wahdinii (Berilah aku petunjuk) Wa’Aafinii (Sihatkan aku) Wa’fuannii (Maafkan aku) Sungguh Indah maksud yang terterdapat di sebalik doa ini, namun kita alpa dan membiarkannya ibarat angin lalu. Seolah-olah tiada maknanya. Bahkan ibarat berlakon dalam meminta. Mintalah kepada Allah dengan rasa rendah diri dan penuh pengharapan. InsyaAllah  pasti berlapang dada.   Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain  (Hadis riwayat Al-Qudhi) Sebarkan.  Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t  InsyaAllah...

Kesedihan Membawa Kematian

Imej
Mungkin tidak ramai yang tahu akan kesedihan yang dihadapi boleh menyumbang kepada mati dengan lebih cepat. Memanglah ajal maut itu ketentuan Allah. Tidak siapa yang menafikan itu, kerana itu semua qada' dan qadar Allah.    Tapi sedarkah kita, diri yang dibelenggu rasa hiba yang teramat sangat tanpa dapat dikawal boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang kita sendiri tidak duga. Tubuh dan otak boleh rosak dengan kegelisahan, kekecewaan, kedengkian, dendam, pemberontakan dan rasa takut. Percaya atau tidak? Contoh, kenapa boleh sakit jantung? Sebab berada dalam keadaan yang cemas, marah, jiwa tidak tenang, maka darah  pun naik. Sedih dan tekanan juga boleh mendorong kepada bunuh diri.  Percayalah... Sebaliknya jika kita berada dalam keadaan yang tenang, berlapang dada dan bahagia insyaAllah kita dapat elak dari penyakit yang kita sendiri tak ingin. Mengikut pengalaman sendiri kalau saya tidak solat solat sama ada sengaja atau tidak, pasti saya akan rasa tak kena

Kuih Kacang (Kasturi)

Imej
BahanBahan  : Untuk inti: 1 cawan kacang hijau (rendam selama 45  jam) Air secukupnya untuk merebuskan ½ cawan gula pasir (ikut suka manisnya) 3 sudu makan kelapa parut muda (putih sajaha)   3 sudu makan tepung gandum Untuk kulit /salut : 1 cawan tepung beras 1 sudu makan tepung jagung 1 sudu teh kunyit serbuk ½ sudu teh kapur sirih Air secukupnya ½ sudu teh garam ½ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng) Cara : Untuk inti: 1) Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau itu pecah/lembut dan kering airnya.   (Jangan sampai  hangus) 2) Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Gaul sebati dan sejukkan. 3) Ambil sedikit adunan dan bentukkan saperti bebola. Leperkan. Buat hingga habis. Untuk kulit /salut : 1) Panaskan minyak di dalam kuali. 2) Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk. Bancuh sebati. 3) Celup adunan kacang ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. S

Jadilah seteguh Pohon

Imej
Setiap orang tidak pernah terlepas dari sebarang dugaan dan ujian, lepas satu, satu pula tiba. Perselisihan faham dalam pergaulan sacara langsung atau tidak langsung pasti merunsingkan kita. Bagaimana untuk menyelesaikannya, bimbang ada hati yang terluka. Ingin menjaga hati orang sebaliknya hati sendiri yang teluka. Dalam apapun hal sekalipun kebijaksanaan amat diperlukan. Berlemah lembut itu lebih baik dari berkeras. Daripada kita bertikam lidah lebih baik kita duduk berbincang pasti hikmah akan kelihatan. Semuanya akan terungkai.  Disebutkan dalam hadith: "Seorang mukmin bagaikan pohon yang kuat, yang tahan tertiup angin ke kanan dan ke kiri."   Ikut liuk pohon yang ditiup angin, ke kiri ke kanan. Jika kita berkeras melawan tiupan angin pasti kita akan tewas jatuh menyembam bumi.  Contohi juga sifat air, seorang yang bijak itu ibarat air, yang tidak berbenturan dengan batu karang dilautan, namun mengenanginya dari setiap sudut, iaitu sebelah kiri dan kanan, dar

Segalanya Pasti Terungkai

Imej
Allah, Dzat yang Maha Adil, Mati itu pasti, Kebangkitan semula itu juga pasti, Sama-sama kita menuju… Berkumpul di sana… Tiada apa yang terselindung, Segalanya pasti terungkap… Diri terinaya, tidak mampu melawan bagaikan tiada kuasa..mulut bagaikan terkunci, namun hati merintih. Kaki melangkah menggagahkan diri berjalan menyusuri denai kehidupan. Apalah daya selain menerima dengan redha terdapat hikmah di balik semua. Jika bukan di dunia, akhirat lah jawapannya. Ini semua ujian, ujian, ujian, ujian… Allah menguji hambanya. Kezaliman apakah ini? Manusia menzalimi manusia, tidak berperikemanusiaan!!!… Sanggupkah? Tidak berhati perut!!! Masing-masing melakukan dengan kepentingan yang tersendiri tanpa memikirkan orang lain. Tidak takutkah mereka dengan azab seksa Allah…Sedangakan ditimpa musibah sudah rasa tidak mahu hidup inikan pula keadaannya balasan Allah di akhirat kelak. Sungguh dasyat dan tidak terperi. Mana mahu lari. Hidup di dunia hanya sementara sebaliknya akhirat itu abadi.

Jawatan satu Ujian Allah

Imej
Tugas… Tugasan atau jawatan yang diberikan kepada kita membuatkan kita merasakan diri begitu bertuah kerana kita yang terpilih di kalangan rakan-rakan. Banyak sebab dan faktor kenapa kita begitu mahukan atau terpilih untuk menggalas jawatan itu. Walauapapun alasannya, memegang suatu jawatan bukanlah sesuatu yang hanya pada nama atau populariti semata-mata. Tugasan dan jawatan merupakan suatu amanah untuk kita dan bukan mudah untuk kita sempurnakan. Banyak dugaan dan kesukaran yang bakal kita hadapi. Kekuatan dan kecekalan amat penting untuk kita menghadapi sabarang kemungkinan di hari mendatang. Bagi segolongan pelajar, jawatan di sekolah, asrama, kolej atau di institusi pengajian masing-masing merupakan medan untuk mereka melatih diri mereka untuk menjadi pemimpin yang berjaya pada suatu hari kelak.  Kita merupakan pewaris bangsa yang bakal menyambung generasi kini untuk mentadbir negara suatu hari nanti. Jika bukan negara sekalipun mungkin dalam suatu firma, badan-badan pertubuh

Miaooo dah tak ada...

Imej
Miaoo.... Ya Allah, baby dah meninggal...Baru sahaja ingat kat baby.. Tapi dapat khabar dah meninggal. Tak sepat jumpa. Kesian baby kemalangan digilir tayar kereta. Masa hidup baby, baby manja sangat, lari sana, lari sini. Panjat-panjat... Pantang tengok orang makan, mesti nak jengah dalam pinggan apa yang kami makan. Bila malam bukan main atktif lagi dia dengan si manja tu..Dua beradik bergurau..Rindunya pada baby. Baby dalam kenangan. tak tahu lah kenapa sedih saja rasa ni. Sebab bela sejak dia lahir. Akhirnya umurnya tak panjang.  Nanti mesti manja bosan. Dah tak ada kawan bergurau. Dah lah itu kakak dia....    p/s: Nak Nangislah....

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433

Imej
Dalam tidak sedar terlalu pantas masa berlalu. Hari ini kita kita bakal melangkah ke tahun baru. Berhijrah dari yang lama kepada yang baru.. Bukannya masih kekal di takuk lama tanpa ada secebis kekesalan. Dengan berbekalkan nikmat akal, menanam azam untuk melakukan transfomasi terhadap diri. Hiba yang teramat tatkala mengenang kembali dosa-dosa lalu, diri dalam kelalaian. Sesungguhnya aku adalah orang yang rugi. Masih belum terlambat lagi untuk kembali ke jalan-Nya. Dia Maha Pengampun dan Maha Pengasihani. Namun terdetik di hati ini layakkah aku masuk syurga???  Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Manfaatkan Dua Bibirmu

Imej
Bibir merupa antara nikmat pancaindera yang Allah kurniakan untuk kita. Sama ada kita perasan atau tidak, atau mungkin sengaja membuat tuli. Kita makhluk ciptaan Allah yang cukup sempurna. Bibir pelengkap wajah, memudahkan kita melontarkan kata-kata, tertawa tersenyum riang. Syukurilah nikmat ini dengan memanfaatkan kedua bibirmu. Gunakanlah untuk beribadah kepada Allah. Janganlah mengerakkannya kecuali untuk membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah dan berkata-kata baik dan bermanfaat. Bukanlah menggunakannya untuk perkara yang sia-sia. Kekanglah kedua bibir itu dari berkata-kata kotor, berkata-kata nista, mencium sesuatu yang tidak halal bagi kita sebagai Islam, dan banyak lagi.  Tanpa sedar lancar bibir menuturkan kata-kata, Tanpa sedar ada hati yang terguris, Tanpa sedar ada yang bertelingkah, Tanpa sedar tersenarai anak derhaka, Tanpa sedar menjadi pendusta, Tanpa sedar diri bergelumang dalam noda. Merah munggilnya bibir bak delima, manis dilihat namun siapa d

Penceraian terpantas..

Imej
Dasyat...baru saja lepas nikah..tup-tup cerai... Tanggal 11.11.11 sangat istimewa dan tidak mungkin kita jumpa  selepas ini. Para mempelai memilih tarikh bersejarah ini untuk mendirikan mahligai indah hasil cinta mereka yang telah disemai. Namun apa yang terjadi pada pasangan ini sangat mengejutkan. DHAKA - Seorang lelaki Bangladesh yang berkahwin pada 11.11.2011 pada pukul 11.11 pagi akhirnya bercerai dengan isterinya beberapa minit selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung. Lelaki Bangladesh itu, Shawkat Ali Khan berkata, dia tidak mengetahui kenapa isterinya itu bertindak keluar dari majlis perkahwinan mereka. Namun, pasangannya itu, Farzana Yasmin berkata, dia berasa marah ekoran permintaan keluarga Shawkat yang mahu hantaran perkahwinan termasuk sebuah peti sejuk dan sebuah televisyen. Amalan hantaran perkahwinan oleh pengantin wanita telah dilarang di Bangladesh. "Untuk menjadikan majlis tersebut istimewa, saya mengeluarkan kad mahal, mengundang rakan

Mengapa Allah Mengutuskan Malaikat Mengajar Ilmu Sihir?

Imej
Sepertimana yang ita ketahui bahawa Allah telah mengangkat Nabi/Rasul dari golongan manusia untuk memberi peringatan dan mengajar manuisa pelbagai ilmu. Tetapi untuk mengajar ilmu sihir Allah tidak mengangkat golongan manuisa tetapi malaikat. Ini kerana malaikat tidak dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan. Malaikat tidak memerlukan daya khidmat dari tukang sihir itu kerana sifat malaikat yang diciptakan dengan tidak ada nafsu, tidak ada padanya perasaan iring hati, dengki, cinta dan lain-lain seperti manusia. Jadi hal ini tidak menjadi salah faham terhadap manusia, bahawa kedua malaikat itu menggunakan ilmu yang diajarkan. Seandainay Allah mengutuskan golongan manusia untuk mengajar ilmu sihir, sedangkan Rasul dari golongan  manusia adalah menjadi contoh teladan dan dari ajaran yang dibawanya bagi meyakinkan manusia bahawa semua ajaran yang dibawa adalah baik dan bermanfaat bagi manusia keseluruhannya. Manusia akan berkata, "Kami telah mendapat pelajar

Kisah Sihir Malaikat Harut dan Marut

Imej
Bilakah bermulanya sihir? Tidak ada manusia yang mengetahui bilakah secara pasti bermulanya sihir. Sebahgian kitab menyebutkan bahawa sihir bermula sejak malaikat harut dan marut mengajarkan sihir pada manusia. Ada juga mengatakan sejak Nabi Sulaiman a.s dan ada pula yang mangatakan sejak Nabi Saleh a.s dan sebagainya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Sebenarnya pekerja tukang sihir dibantu oleh jin yang memang menyesatkan manusia. Nyatanya juga, semua pekerja sihir tidak akan terjadi tanpa izin Allah juga. Untuk mengetahuan sebenarnya tentang sihir kepada manuisa, Allah swt mengutuskan dua malaikat Harun dan Marut di negeri Babiil. Kedua malaikat ini mendedahkan dan mengajarkan kepada manusia teori ilmu sihir. Apakah gunanya manusia diajar ilmu sihir? Untuk menentang keburukan-keburukan yang dilakukan oleh tukang-tukang sihir yang menjadi kawan jin dan mendakwa dirinya Nabi. Untuk memberi penerangan kepada manusia perbezaan antara mukjizat dan ilmu sihir. Sihir dapa

Hukum Mencukur Alis

Imej
Trend sekarang demi kecantikan dan untuk nampak lebih kemas ramai perempuan mencukur alisnya... Alis atau lebih senang faham bulu kening. Hal ini seolah-olah menjadi keperluan bagi mereka.  Tapi sedarkah kita bahawa mencukur alis ini hukumnya HARAM bagi wanita muslimah. Tidak kisahlah sama ada cukur dengan mencukur habis, memendekkannya atau menggunakan bahan kimia yang dapat menghilangkan sebahagian atau keseluruhannya. Mengapa jadinya haram? Kerana perbuatan ini disebut an-namsh (menghilangkan alis) yang dilaknat Nabi Rasulullah saw. Baginda sungguh melaknat wanita yang membuang alisnya (keseluruhan atau sebahagiannya untuk kecantikan). Perbuatan ini termasuk MERUBAH CIPTAAN ALLAH.   Syaitan berbisik keras menyuruh manusia melakukan itu. Katanya sebagaimana diceritakan oleh Allah: ....dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan Allah, dan mereka pun benar-benar melakukannya .  (An-Nisa': 199) Mereka yang melakukan ini, yang diminta melakukannya...pakej dua-dua dapat point dosan

Yes, beg baju dah siap kemas....

Imej
... Selamat kembali ....                                                                       Perpustakaan.                                           Lubuk ilmu kami.... Kampus Melaka (KAG) Setelah sebulan bercuti, kini tiba masanya kembali semula ke kolej. Duduk rumah lama-lama tak tahu nak buat apa dah. Takut nak keluarkan perkataan ni... Tapi itulah hakikatnya, agak BOSAN...!!! Kadang-kadang saja rasa macam ni...  Hihi... Ditanya kawan ada buat fitness tak, dengan bangganya saya jawab...Mestilah!!! Fitness jari, apa lagi mengadap laptop ni ha... Bina sixpack lagi tu..bukan sixpack tp onepack..makan isi perut..Almaklumlah masakan di rumah berbeza dengan masakan kat kedai. Menikmati keseronokan di rumah. Itulah yang bestnye di rumah makan, tengok tv, tidur...Tapi ada lah juga pengisiannya. Tak adalah kosong, terbazir macam itu saja.... Tapi yang seronoknya sekarang, beg baju dah siap kemas. Bukab tak sabar tapi persediaan awal. Walaupun nak baliknya sabtu ni

Kaedah Belajar

Imej
MEMERHATIKAN APA YANG ORANG LAIN LAKUKAN PERBINCANGAN DAN MENDENGAR DARIPADA ORANG LAIN MENENANGKAN DIRI DAN MENGHISAB DIRI MENGKAJI DAN MERANCANG BERLATIH DAN MENYEMPURNAKAN KERJA BERTINDAK!!! Di bilik guru>> Puan Zarina baru sahaja selesai mengajar. Dia kembali ke mejanya. Baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi empuk tiba-tiba dia didatangi oleh pelajarnya.  "Assalamualaikum cikgu, maaf mengganggu cikgu." "Waalaikumussalam Lela...tak mengapa. Ada apa yang boleh saya bantu? Awak tak faham tajuk yang saya ajar tadi tu ke?" "Eh, tak ada lah cikgu...Saya faham sangat apa yang cikgu ajar tadi tu. Cuma.... Cuma saya nak mintak nasihat dari cikgu." "Nasihat tentang apa tu?" "Ermm...tentang teknik belajar. Saya nak tingkatkan lagi pelajaran saya. Tapi saya tak tahu cara mana yang betul. Boleh cikgu?" "Owh, boleh....ha, dengar betul-betul....catat yaaa.... MEMERHATIKAN APA YANG ORANG

Cara Memilih Sahabat

Imej
Nasihat ini boleh diikuti dalam membina persahabatan sebagaimana pesanan Al-Qamah yang merupakan sahabat Rasulullah saw kepada anaknya.  Pilihlah Sahabat yang suka melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupkan keperluan. Pilihlah Sahabat yang apabila engkau menghulurkan untuk memberikan jasa baik atau bantumu, dia suka menerima denga rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghintungnya (menyebut-nyebut dan mengingati). Pilihlah Sahabat yang apabila engkau minta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi dengan senang hati. Jikalau engkau diam, dia menyapamu terlebih dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran atau kesedihan yang menimpamu, dia suka membantu meringankanmu dan menghiburkanmu. Pilihlah Sahabat yng apabila engkau berkata, dia suka membenarkan ucapanmu dan bukan mempercayainya saja, jikalau engkau mengemukakan persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika berselisih den

Demi Matahari

Imej
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari Demi bulan apabila ia mengiringi Demi siang hari bila menampilkan dirinya Demi malam apabila ia menutupi Demi langit beserta seluruh binaannya Demi bumi serta yang ada di hamparannya Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya Allah, Subhanallah.... Allah, Subhaallaah Allah, Subhanallah.... Allah, Subhaallaah Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan Beruntung bagi yang mensucikannya Merugi bagi yang mengotorinya... Subhanallah Album: Di Pintu Langit oleh Snada p/s: Lagu ni salu nyanyi ramai2 klu ade kem motivasi

Sedapnya Kalau dapat...

Imej
Cendol Pulut... Sedapnya .... Di kala kepanasan, berjalan-jalan di kota,  di bawah terik sinar mentari,  kerongkong terasa perit, Pergghhh...sedapnya cendol buat basah tekak...bukan basah tekak lagi... Menikmatinya, tak terperi rasanya...bertambah-tambah... p/s: Lame dah xjmpe cendol ni...