Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Minum Ikut Sunnah Nabi SAW.

Imej
Asalamualaikum .... Kita selalu dengar dan orang pesan, 'makanlah ikut sunnah Nabi SAW....' tapi jarang atau mungkin tak pernah dengar mengenai minun menurut sunnah Nabi SAW. Pakai balun je..asal teguk ye tak... Jadi  ini saya rasakan ianya menarik dan ilmu yang baru untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah.... Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik yang boleh diikuti untuk menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat bagi memudahkan kita menjalani ibadah kepada Allah Ya Rahim Ya Karim.! 1.   Gunakan Tangan Kanan Nabi Muhammad SAW mengajar untuk kita makan dan memegang bekas minuman menggunakan tangan kanan dan melarang umatnya menggunakan tangan kiri kerana ia adalah sifat syaitan dan ciri-ciri orang yang bongkak. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)

Amalan Untuk Ibu Hamil

Imej
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah: * Saidul (peng hulu) Istighfar * Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 ) * Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) * Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan) * Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin) * Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak) * Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa) * Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat) * Surat Toha (Semoga bayi lembut hati) * Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin) * Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati) * Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat) Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elo

Pilih, Syurga atau Neraka???

Imej
Rasulullah saw bersabda : " Ketika Allah mencipta syurga dan neraka, Dia mengutuskan Jibril untuk melihat ke syurga, Allah berfirman: 'Lihat ke syurga dan lihat apa saja yang telah sediakan untuk para calon penghuninya!' Maka Jibril pun mendatangi syurga, kemudian melihat melihat syurga dan kepada apa yang Allah telah sediakan untuk para calon penghuninya. Kemudian Jibril kembali  kepada Allah dan berkata: 'Demi keperkasaanMu, tidak ada seorang pun akan mendengar tentang syurga kecuali dia pasti ingin memasukinya.' Lalu Allah memerintahkan agar syurga dikelilingi oleh hal-hal yang dibenci, kemudian Allah berfirman kepada Jibril: 'Kembalilah ke syurga dan lihatlah serta pula apa yang Aku telah sediakan bagi calon penghuninya.' Maka Jibril pun kembali ke syurga, ketika itu syurga telah dikelilingi oleh perkara-perkara yang tidak disukai.  Kemudian dia kembali kepada Allah dan berkata: 'Demi keperkasaanMu, sesungguhnya aku takut kalau tidak ada seo

10 Kaedah Meraih kebahagiaan

Imej
Seorang pakar piskologi berbangsa Amerika Dr. Dicks mengatakan: “Kehidupan yang bahagia adalah keindahan yang memiliki sepuluh kaedah iaitu: 1.        Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yang anda sukai itu      sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu terluang. 2.        Perhatikan kesihatan fizikal , kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dengan mengaturkan rutin makan dan minum tanpa kelebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan. 3.        Harus memiliki tujuan dalam hidup , kerana itu yang akan membuatnya bersemangat. 4.        Menjalani kehidupan dengan seadanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit, dengan hati yang lapang. 5.        Hayati hidup yang sedang dijalani, jangan menyesali perkara yang sudah berlalu, dan jangan pula merisaukan hari esok yang belum tiba. 6.        Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menya

Berusaha Meniti Kejayaan

Imej
    Menang kalah, jatuh bangun, berjaya dengan cemerlang atau gagal dalam apa jua perkara yang dilakukan adalah lumrah kehidupan. Sekalipun gagal, berputus asa bukanlah jalan yang bijak perlu diambil. Sebaliknya bangkitlah dari simpuh akibat jatuh tergelincir sedari tadi. Berdirilah dengan kaki sepenuh daya kudrat dan iradat yang Allah telah kurniakan kepada hambaNya. Lihatlah tempat anda tersimpuh tadi mungkin terdapat batu kecil yang menyebabkan ketergelinciran itu. Mengkaji kelemahan dan kesilapan, seterusnya memperbaiki dan ubahlah kecacatan yag telah dilakukan dalam meraih keinginan itu.  Andai inilah habuannya atas usaha yang itu,  Cekalkanlah hati terima dengan berlapang dada... Gagal sekali tidak bererti selamanya gagal.... Usahlah berputus asa.... Hapuskanlah airmatamu dan raihlah redha Allah... Yakinlah bahawa sesungguhnya jika Allah menyukai sesuatu kaum maka Dia akan campakkan cubaan pada mereka. Begitu jugalah diri kita. Allah ♥ kita. Jadi usahlah berputus asa

Kelebihan Berselawat

Imej
Assalamualaikum sahabat....   Sesungguhnya dengan berselawat jiwa akan menjadi tenang.  Selawat merupakan salah satu amalan yang paling utama.  Terdapat banyak kelebihan jika mengamalkan selawat nabi ini. Antaranya: - Tiket untuk mudah masuk syurga dan terlepas daripada kerumitan semasa perhisaban. - Menyebabkan hajat doa dan amalan diterima Allah. Maka amalkan selawat pada pembuka dan penutup doa. - Boleh menghapuskan dosa dan kesalahan lalu. - Menjadi jaminan untuk mendapatkan rahmat Allah di dunia dan akhirat. Juga mendapat syafaat Nabi Muhammada saw. - Sebagai benteng daripada sifat orang munaiq dan kafir. - Berselawat jga dianggab bersedekah. Sebagai ganti kepada mereka yang tidak mampu bersedekah. - Selamatkan daripada huru-hara hari kiamat. - Dikasihi Rasulullah dan dapat turut serta mendampingi Baginda di syurga. - Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia. Manakala di akhirat pula terlepas daripada segala dukacita, sepertimana sabda Rasulullah saw yang b

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Imej
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama... Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan... Mengalir air mataku Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga.. Ketika aku marah Ingin ku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah... Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Diterik padang pasir merah Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar... Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersi

Daun Sirih Segarkan Wajah

Imej
Tengok bertapa hebatnya kita Melayu. Petua nenek moyang nak sihat banyak tapi masih tak suka nak ambil tahu. Kolot ke amalkan untuk kesihatan? Orang zaman sekarang sanggup berhabis untuk sihat. Jadi apalah salahnya kita gunakan malar hijau ni, daripada dia mati kering. Allah telah ciptakan penyakit, tetapi Dia juga sediakan kita ubat-ubatan untuk kita berusaha dan berikhtiar. Sesungguhnya orang yang bersabar akan peroleh habuannya.  Ha, gitulah ceritanya.... Mari kita lihat apa benda sebenarnya daun sirih dan khasiatnya.   Daun sirih....Nama pokok menjalar yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu. Banyak kegunaan dan khasiatnya. Sepeti yang kita tahu, daun sirih sering digunakan dalam pelbagai adat istiadat orang Melayu. Sehingga ke hari ini tepak sirih masih menjadi keutamaan di dalam adat istiadat perkahwinan. Menurut orang tua-tua dahulunya tepak sirih atau daun sirih ini akan diletak di ruang tamu. Sebelum air bujang dijamu, sirihlah yang menjadi santapan mereka. Ka

AYAT LIMA Pendinding Diri

Imej
Ayat lima ialah ayat-ayat yang diambil dari lima surah dalam Al-Quran. Tiap-tiap satu dari lima ayat itu terdapat sepuluh buah huruf "Qaf" (kaf besar), sebab itu ayat lima ini boleh juga disebut dengan ayat 50 Qaf. Ayat ini boleh digunakan sebagai penolong dan pendinding diri.   + Al-Baqarah ayat 246 + Ali-Imran ayat 181 + An-Nisaa ayat 77 + Al-Maaidah ayat 27 + Ar-Ra'd ayat 16  Rahsia/Khasiat yang besar sekali ertinya, diantaranya ialah: ü   Ibnu Mas'ud meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw selalu membaca ayat lima ini, baik sedang berada dalam negeri atau sedang dalam perjalanan dan dalam peperangan. Dalam peperangan beliau selalu selalu dapat mengalahkan orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan selalu mendapat pertolongan Allah . ü     Sayyidah Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw menerangkan bahawa bila ayat lima dituliskan di dalam bekas, kemudiaan diisi dengan air dan airnya diminum pada hari Jumaat, maka Allah akan menyembuhkan

Kisah Kesabaran Nabi Yusuf

Imej
Kesabaran Nabi Yusof K asih sayang yang dicurahkan oleh Nabi Yaakub a.s terhadap puterannya, Yusuf a.s menimbulkan perasaan iring hati di kalangan anak-anaknya yang lain. Sepuluh orang saudara Yusuf ini merasa mereka seperti tidak diendahkan lagi. Pujian terhadap kebaikan budi pekerti Yusuf yang sering meniti di bibir Nabi Yaakub menambahkan lagi rasa dengki. Nabi Yaakub telah menyedari hal ini. Oleh kerana itu Nabi Yaakub merasa bimbang mereka merancang sesuatu yang buruk untuk menginaya Yusuf. Mimpi Yusuf melihat 11 butir bintang dan matahari serta bulan bintang tunduk hormat kepadanya memberi pertanda bahawa baginda pada suatu hari nanti bakal mendapat kedudukanyang tinggi. Nabi Yaakub berpesan kepada Yusuf agar tidak memberitahu mimpi itu kepada saudaranya yang lain kerana khuatir mereka akan menjalankan pakatan jahat terhadapnya. Menyedari Yusuf adalah bakal pemimpin umat dan menerus tall kenabian menyeabkan kasih Nabi Yaakub pada puteranya Yusuf semakin erat.