Salam Ukhwah

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis riwayat Al-Qudhi) Semoga perkongsian bermanfaat. InsyaAllah....

Tags

Cerita (7) Cinta (2) Diari Rasa (34) Doa (16) emosi (17) Hadis (10) Hukum (7) ilmu (34) Kata Hikmah (9) Kesihatan (10) Lagu/Nasyid (4) Lawak (2) Nasihat (46) Pendapat (12) Perkahwinan (3) Petua (11) Puisi (3) resepi (9) Solat (5) Universiti (12) Wanita (10) ZIKIR (1)

Kisah Kesabaran Nabi Yusuf


Kesabaran Nabi Yusof

Kasih sayang yang dicurahkan oleh Nabi Yaakub a.s terhadap puterannya, Yusuf a.s menimbulkan perasaan iring hati di kalangan anak-anaknya yang lain. Sepuluh orang saudara Yusuf ini merasa mereka seperti tidak diendahkan lagi. Pujian terhadap kebaikan budi pekerti Yusuf yang sering meniti di bibir Nabi Yaakub menambahkan lagi rasa dengki. Nabi Yaakub telah menyedari hal ini. Oleh kerana itu Nabi Yaakub merasa bimbang mereka merancang sesuatu yang buruk untuk menginaya Yusuf.

Mimpi Yusuf melihat 11 butir bintang dan matahari serta bulan bintang tunduk hormat kepadanya memberi pertanda bahawa baginda pada suatu hari nanti bakal mendapat kedudukanyang tinggi. Nabi Yaakub berpesan kepada Yusuf agar tidak memberitahu mimpi itu kepada saudaranya yang lain kerana khuatir mereka akan menjalankan pakatan jahat terhadapnya. Menyedari Yusuf adalah bakal pemimpin umat dan menerus tall kenabian menyeabkan kasih Nabi Yaakub pada puteranya Yusuf semakin erat.

Namun segala rahsia tentang kemulian yang akan diperolehi Yusuf itu sampai ke telinga abang-abangnya. Api kebencian dan kedengkian yang sedia ada dalam hati mereka menjadi marak. Lantaran idea-idea jahat mula menusuk dalam kotak fikiran mereka. Yusuf mesti dihapuskan segera! “Kita bunuh saja Yusuf,” acum adik-beradik itu di antara satu sama lain. “Oh jangan bunuh dia. Apa kata kalau kita campak dia ke dasar perigi buta. Biarkan sahaja musafir lalu di situ memungutnya,” kata salah seorang dari mereka.

Bagi menjayakan rancangan jahat itu, lantas mereka meminta izin Nabi Yaakub untuk membawa Yusuf pergi bersiar-siar. Pada mulanya Nabi Yaakub agak keberatan kerana khuatirkan keselamatannya. Tetapi jaminan dan janji yang diberi oleh anak-anaknya untuk menjaga Yusuf dengan baik akhirnya Nabi Yaakub membenarkannya.

Keesokan harinya Yusuf dibawa jauh dari kawasan rumah menuju ke satu kawasan yang jauh dari situ. Setibanya di sana Yusuf terus diheret ke sebuah telaga buta yang dalam lagi gelap. Tanpa belas kasihan, Yusuf yang ketika itu masih kecil dicampak ke dalam perigi.

Ketika hari hamper senja abang-abang Yusuf sampai ke rumah. Mereaka berpura-pura menangis tersedu sedan di depan Nabi Yaakub dan mengadu tentang nasib yang menimpa Yusof. “Ayah Yusuf dimakan serigala. Kami tidak sedar binatang itu datang membahamnya kerana ketika itu kami pergi memburu dan Yusuf menjaga barang-barang,” jelas salah seorang dari anak-anaknya. “Memang ayah tidak akan percaya cakap kami, tapi ini buktinya,” balas mereka sambil menunjukkan baju Yusuf yang sengaja dilumurkan darah serigala.

Nabi Yaakub terpaksa menerimanya walaupun hati kecilnya bukti kematian Yusuf adalah palsu.

Namun Allah Yang Maha Berkuasa, Yusuf selamat apabila sekumpulan pedagang menjumpainya terdampar dalam perigi itu. Lantas baginda dibawa ke sebuah bandar di negeri Mesir. Setelah melakukan perundingan ahli perniagaan itu bersetuju menjual Yusuf kepada seornag wazir negeri Mesir bernama Al-Aziz. AKhirnya Yusof dijadikan anak angkat wazir itu.

Baginda membesar dalam istana Al-Aziz dengan penuh kemuliaan sehinggalah meningkat remaja. Ketika itu ketampanan Yusuf makin menyerlah. Keluhuran budi pekerti dan sifat lemah lembutnya sungguh menawan. Sifat kenabiannya jelas terpancar pada diri dan perilakunya.
Dalam diam-diam isteri Al-Aziz, Zulaikha menyimpan rasa cintanya pada Yusuf. Dia jatuh hati dengan ketampanan Yusuf dan kebaikan tingkah lakunya. Desakan naluri cintanya semakin marak dan sukar dibendung. Lantas suatu hari semasa Al-Aziz tiada di rumah, Zulaikha cuba menggoda Yusuf. Walaupun dia sudah berumur namun wajahnya masih menawan.

Yusuf diajak ke dalam bilik tidurnya. Apabila Yusuf masuk ke dalam Zulaikha segera menutup pintu biliknya. “Marilah wahai Yusuf. Aku sukakan kau,” pujuk Zulaikha sambil menahan gelojak nafsunya. “Sesungguhnya aku berlindung kepada Allah,” jawab Nabi Yusuf. Dia menolak ajakan Zulaikha kerana sedar bujukan itu adalah menuju kepada kemaksiatan.

Nabi Yusuf segera meluru dan menolak daun pintu. Zulaikah lantas mengejar Yusuf dan sempat menarik baju Yusuf hingga terkoyak. Malangnya Al-Aziz sudah tercegat di situ sebaik sahaja pintu terkuak. Zulaikha terjterus meluru kepada suaminya yang masih tercengang-cengang dengan apa yang terjadi. “Dia (Yusuf) yang memujukku! Penjarakan sahaja orang yang berbuat jahat pada isterimu,” jerit Zulaikha berhelah.

Nabi Yusuf yang segera mempertahankan diri dengan menafikan tuduhan berunsur fitnah yang bertujuan menjatuhkan maruahnya. Namun banginda tiada ruang yang cukup untuk menegakkan kebenarannya. Keadaan lebih berpihak kepada Zulaikha kerana dia berada diposisi yang kuat. Meskipun ada di antara ahli keluaraga Al-Aziz meragui tuduhan itu kerana baju Yusuf yang terkoyak dari belakang, Yusuf terpaksa dipenjarakan atas desakan Zulaikah. Ini jelas menunjukan bahawa Zulaikha lah yang berlaku sumbang. Namun begitu seluruh masyarakat Mesir tahu kebenaran berpihak pada Yusuf. Mereka mengkeji perbuatan terkutuk Zulaikha itu.

Baginda tetap cekal meskipun disumbat dalam penjara sekian lama. Nabi Yusuf cukup sabar menghadapi ibtila (uijan) yang berat sebagai persediaan untuk menjadi rasul dan pemimpin umat. Ini merupakan sunatullah bagi setiap hambaNya. Baginda akhirnya dibebaskan kerana berjaya memberi cadangan untuk menyelamatkan rakyat Mesir dari kebuluran semasa musim kemarau. Setelah itu Nabi Yusuf diamanahkan menjaga perbendaharaan negara. Malah kemudiannya pemerintahan Mesir turut diserahkan kepada baginda.
 
Ikhtibar dari Kisah Nabi Yusuf ini... 

 ü Fitnah pada umumnya sudah lama digunakan untuk memusnahkan/menjatuhkan seseorang.

 ü Seseorang itu mudah diperdayakan dengan perempuan.
  * Justeru perlulah berhati-hati dan jangan dedahkan diri dengan fitnah. Sepertimana Zulaikha, seorang yang punyai kuasa boleh bertindak melakukan apa sahaja sehingga sanggup mengorbankan mangsanya yang tidak berdosa.

ü  Laranga terhadap membuat tuduhan zina tanpa bukti.
 *  Surah Al-Nur, Allah menjelaskan jika penuduh gagal membawa empat orang saksi, mereka akan dikenakan 80x sebatan.
 *  Empat orang saksi cukup penting bagi membuktikan sesuatu tuduhan itu melampaui keraguan.
 *  Bertujuan untuk menjaga kehormatan seseorang dan tidak sewenang-wenangnya menuduh orang melakukan zina. Hal ini kerana pernuduhan ini bukan sahaja memberi kesan buruk terhadap diri malah menjejaskan keluarga dan masyarakat bahkan akan disebut sampai bila-bila.

Sesungguhnya walauapapun yang menimpa, bersabarlah kerana kebenaran akan tersingkap juga. Kebenarana itu akan lahir sebanyak mana hujah kebatilan dan lenyap jua. Pokok utama adalah kesabaran dalam menghadapi/menempuh ujian. Wallahualam.....

   p/s: Sesungguhnya lembut lidah tidak bertulang, lembut lidah dari gigi...Hindarilah fitnah dan mengadu domba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Yang Setia